31 May 2022

KUALA LUMPUR, 31 May 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) posted a profit before tax (PBT) at RM501 million in its first quarter ended 31 March 2022, a significant improvement compared to RM15 million last year. This is mainly contributed by higher margin of palm products, downstream, fertilisers and logistic business.

For the period under review, crude palm oil (CPO) price averaged at RM5,058 per metric tonne (MT), which is 59 percent higher than the average CPO price realised in 1Q FY2021 of RM3,172 per MT.

The Group’s revenue rose to RM5.85 billion from RM3.39 billion a year earlier, a 73 percent year-on-year (y-o-y) jump, backed by higher average CPO price, strong volume and higher price for consumer and fertiliser products.

FGV Group’s Chief Executive Officer, Mohd Nazrul Izam Mansor said, “We are pleased to announce another profitable quarter amidst the uncertainties and challenges faced by the Group. We will strive to keep this positive momentum to meet the expectations of our stakeholders and to achieve the targets set for 2022.”

In 1Q FY2022, FGV recorded earnings before interest and taxes (EBIT) of RM509 million on the back of RM668 million operating profit, but was offset by RM159 million LLA fair value adjustment.

FGV’s Plantation Sector recorded an increase in operating profit of RM664 million versus RM108 million in 1Q FY2021, driven by higher CPO price and improved CPO/PPO sales volume.

In the upstream segment under the Plantation Sector, FGV recorded an increase of operating profit of RM489 million in 1Q FY2022 compared to RM91 million in 1Q FY2021. This is due to higher fresh fruit bunches (FFB) yield, better oil extraction rate (OER) and improved mills utilisation factor (UF). The revenue under the segment rose to RM3.18 billion in 1Q FY2022 versus RM1.78 billion in the corresponding quarter.

Additionally, FFB production increased to 0.83 million MT for the quarter under review compared to 0.74 million MT, 11 percent increase from the corresponding quarter. Meanwhile, FFB yield increased by 12 percent to 3.02 MT/Ha in 1Q FY2021 contributed by better yield performance of the young mature, prime and old palms.

CPO production increased by 11 percent y-o-y to 0.56 million MT compared to 0.51 million MT in the last corresponding quarter.

OER for the quarter under review also increased to 20.28 percent compared to 20.05 percent a year earlier due to better mills performance from stringent process control. As a result of the higher manuring and harvesting cost, CPO cost ex-mill increased by 3 percent y-o-y to RM2,057 per MT compared to RM2,003 per MT. Meanwhile, UF increased by 10 percent y-o-y to 55.18 percent from 50.17 percent due to higher FFB volume received.

The Group’s downstream segment under the Plantation Sector registered an operating profit of RM55 million in 1Q FY2022 compared to RM17 million in the preceding year.

FGV’s oils & fats sales volume rose by 1 percent y-o-y to 91,773 MT compared to 91,138 MT due to better demand for FMCG products as customers built up stock for Ramadhan.

The biodiesel segment recorded higher sales volume by 6 percent y-o-y to 13,152 MT compared to 12,384 MT as demand improved following the ease of travel restrictions and opening of economic sectors.

In addition, the Research & Development (R&D) and Fertiliser segment under FGV’s Plantation Sector recorded an increase in revenue of RM331 million for the period under review compared to RM116 million in 1Q FY2021, contributed by improved sales volume in fertiliser and seeds products due to better offtake.

Although revenue improved to RM593 million for the quarter under review from RM515 million a year earlier, FGV’s Sugar Sector under its subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) registered operating loss for the current quarter due to lower margin resulted from higher production cost and lower UF.

FGV’s Logistics Sector posted a higher operating profit of RM27 million compared to RM16 million in the previous corresponding quarter. The improvement was mainly contributed by increased in transport and bulking volume by 15 percent and 9 percent, respectively, in tandem with higher CPO production.

Going forward

In support of the Government’s food security agenda, FGV will expand its food producing activities, especially in producing fresh produce. One of the biggest initiatives is with Baladna Dairy Facility. The collaboration was signed in 2019 and it will become a large-scale dairy project in Chuping Valley, Perlis.

In a strategic move to strengthen the nation’s fragrant rice industry, FGV will be bringing more products to cater to the consumer’s needs such as SAJI Basmathi and SAJI Aroma (Fragrant rice) which will be launched in Mid-June 2022.

Apart from that, FGV via its subsidiary FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), has launched Alma, high-quality animal feed which uses palm kernel cake (PKC). FGV target to produce 75,000 tonnes of animal feed this year, a significant increase from 40,000 tonnes produced last year, in an effort to cater for the increasing demand in the meat farming industry such as cow, goat, rabbit and chicken.

END

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM501 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022, peningkatan ketara berbanding RM15 juta tahun lepas.

Prestasi ini dipacu oleh margin produk sawit yang lebih tinggi, operasi hiliran, pembajaan dan dan prestasi perniagaan logistik yang lebih baik.

Bagi suku yang dikaji, harga purata minyak sawit mentah (MSM) adalah RM5,058 setiap tan metrik (MT), iaitu 59 peratus lebih tinggi daripada harga purata MSM pada S1 TK2021 sebanyak RM3,172 setiap MT.

Hasil yang dicatatkan Kumpulan pula melonjak kepada RM5.85 bilion daripada RM3.39 bilion setahun sebelumnya, iaitu peningkatan 73 peratus tahun ke tahun (y-o-y), disokong oleh harga purata MSM, volum pengeluaran, produk pembajaan dan produk pengguna dengan harga yang lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, “Kami berbesar hati mengumumkan satu lagi suku yang menguntungkan di tengah-tengah ketidaktentuan dan cabaran yang dihadapi oleh Kumpulan. Kami akan berusaha mengekalkan momentum positif ini untuk memenuhi jangkaan pemegang taruh kami, dan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk 2022.”

Pada S1 TK2022, FGV merekodkan pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) sebanyak RM509 juta daripada keuntungan operasi berjumlah RM668 juta, tetapi telah diimbangi oleh pelarasan nilai saksama LLA berjumlah RM159 juta.

Sektor Perladangan FGV mencatatkan peningkatan dalam keuntungan operasi kepada RM664 juta berbanding RM108 juta yang dicatatkan pada S1 TK2021, didorong oleh harga MSM yang lebih tinggi dan peningkatan jumlah jualan MSM/PPO.

Dalam segmen huluan di bawah Sektor Perladangan, FGV mencatatkan peningkatan keuntungan operasi sebanyak RM489 juta pada S1 TK2022 berbanding RM91 juta pada S1 TK2021. Ini disebabkan oleh hasil tandan buah segar (TBS) yang lebih tinggi, Kadar Perahan Minyak (OER) yang lebih baik dan faktor penggunaan kilang (UF) yang lebih optimum. Perolehan di bawah segmen itu meningkat kepada RM3.18 bilion pada S1 TK2022 berbanding RM1.78 bilion pada suku yang sama.

Selain itu, pengeluaran TBS meningkat kepada 0.83 juta MT bagi suku yang dikaji berbanding 0.74 juta MT, peningkatan 11 peratus dari tahun sebelumnya. Manakala hasil TBS meningkat kepada 3.02 MT/Ha, peningkatan 12 peratus dari tahun sebelumnya. Ini adalah berikutan prestasi hasil yang lebih baik bagi pokok sawit matang muda, primer dan tua.

Pengeluaran MSM pula meningkat 11 peratus y-o-y kepada 0.56 juta MT berbanding 0.51 juta MT pada suku yang sama lalu.

OER bagi suku yang dikaji juga meningkat kepada 20.28 peratus berbanding 20.05 peratus setahun sebelumnya disebabkan prestasi kilang yang lebih baik daripada kawalan proses yang ketat. Hasil daripada kos pembajaan dan penuaian yang lebih tinggi, kos CPO ex-mill meningkat sebanyak 3 peratus y-o-y kepada RM2,057 setiap MT berbanding RM2,003 setiap MT. Sementara itu, UF meningkat 10 peratus y-o-y kepada 55.18 peratus daripada 50.17 peratus berikutan jumlah TBS yang diterima lebih tinggi.

Segmen hiliran Kumpulan di bawah Sektor Perladangan mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM55 juta pada S1 TK2022 berbanding RM17 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, volum jualan minyak dan lelemak FGV meningkat sebanyak 1 peratus y-o-y kepada 91,773 MT berbanding 91,138 MT berikutan peningkatan permintaan produk FMCG, memandangkan pelanggan menambah stok untuk Ramadan.

Segmen biodiesel merekodkan jumlah jualan lebih tinggi sebanyak 6 peratus y-o-y kepada 13,152 MT berbanding 12,384 MT disebabkan peningkatan permintaan, susulan pelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan sektor ekonomi.

Selain itu, segmen Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan Baja di bawah Sektor Perladangan FGV mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM331 juta bagi tempoh yang dikaji berbanding RM116 juta pada S1 TK2021, disumbangkan oleh peningkatan volum jualan produk baja dan benih berikutan dagangan yang lebih baik.

Sektor Gula FGV menerusi anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), mencatatkan hasil RM593 juta bagi suku yang dikaji, sedikit peningkatan berbanding RM515 juta yang direkodkan setahun sebelumnya. Namun begitu, sektor gula mencatatkan kerugian operasi bagi S1 TK2022 berikutan margin rendah hasil daripada peningkatan kos operasi dan penurunan UF.

Sektor Logistik FGV pula mencatatkan keuntungan operasi berjumlah RM27 juta, sedikit lebih tinggi berbanding RM16 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Faktor utama peningkatan itu adalah kerana kenaikan volum pengangkutan 15 peratus dan pukal sebanyak 9 peratus disebabkan oleh pengeluaran MSM yang lebih tinggi.

Maju ke hadapan

Bagi menyokong agenda keselamatan makanan Kerajaan, FGV akan memperluaskan aktiviti pengeluaran makanan, terutamanya dalam pengeluaran hasil segar. Antara inisiatif terbesar ialah menerusi Kemudahan Tenusu Baladna. Kerjasama itu ditandatangani pada 2019 dan ia akan menjadi projek tenusu berskala besar di Lembah Chuping, Perlis.

Menerusi langkah strategik untuk mengukuhkan industri beras wangi negara, FGV akan menghasilkan lebih banyak produk bagi memenuhi keperluan pengguna seperti SAJI Basmathi dan SAJI Aroma (beras wangi) yang akan dilancarkan pada pertengahan Jun 2022.

Selain itu, FGV melalui anak syarikatnya FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), telah melancarkan Alma, makanan haiwan berkualiti tinggi yang menggunakan hampas isirung sawit (PKC). FGV menyasarkan penghasilan sebanyak 75,000 tan makanan haiwan pada tahun ini, peningkatan ketara daripada 40,000 tan yang dikeluarkan tahun lalu, dalam usaha menampung permintaan yang semakin meningkat terhadap industry ternakan daging seperti lembu, kambing, arnab dan ayam.

TAMAT

Find