13 July 2024

SERDANG, 13 JULY 2024 – Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), an agricultural research centre under FGV Holdings Berhad (FGV), proudly commemorates its 55th anniversary at the Festival FGV @ Hari Peneroka FELDA 2024 in Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

This anniversary celebration, inaugurated by Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Secretary General of the Ministry of Plantation Industries and Commodities, marks over five decades of transformative contributions to Malaysia’s agricultural landscape especially in the palm oil sector.

PPPTR has been a hub for oil palm field scientific discoveries and agro-product development which are equipped with laboratories, specialised equipment and workspaces for researchers with expertise in areas such as plant breeding, agronomy, chemistry and entomology.

Since its inception in 1968, PPPTR has been instrumental in Malaysia’s oil palm-fuelled growth. Established to address the need for science-driven agricultural innovation to leverage on nature’s bounty to bring prosperity to the nation. Since then, FGV has produced various planting materials, making it the largest producer of oil palm seeds in Malaysia, with an annual production of 30 million seeds. Among its award-winning planting materials is the Yangambi ML161.

“PPPTR created the world’s first palm tree lysimeter in 1975, which has been instrumental in propelling the palm oil industry. Our commitment to innovation remains steadfast as we continue to play a role in developing a steady supply of high-quality planting material for major oil palm plantations and smallholders. This year’s celebration holds a special significance as we recognise and thank the Federal Land Development Authority (FELDA) settlers, the backbone of Malaysia’s palm oil success story as smallholders,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

The centre’s culture of collaboration with researchers and advisors at local and international level was initiated from the very start with partnerships with advisors from the World Bank. Initially focused on producing high-quality planting materials for the FELDA land development project, PPPTR quickly expanded its scope to include fertiliser analysis, agronomic studies, and crop cultivation practices, particularly in oil palm.

PPPTR has been a hub for oil palm field scientific discoveries and agro-product development. Its facilities are equipped with laboratories, specialised equipment and workspaces for researchers with expertise in areas such as plant breeding, agronomy, chemistry and entomology.

Over the decades, PPPTR has developed palm oil tree breeds with agronomic traits that are now common in Malaysian plantations today such as dwarfed palm trees for easy reaping, high disease tolerance, adaptability to various environments, water and nutrient efficiency, as well as high yield performance.

Innovation and discoveries by PPPTR also extend beyond palm trees which include systems and solutions catered to the plantation industries. One notable finding is the use of black soldier fly larvae to convert palm oil mill wastes into protein-rich fertilisers.

Other eco-friendly practices introduced by PPPTR to FGV plantations include using barn owls as natural predators to control rodent populations and employing non-toxic herbicides to manage weeds. Technological innovations are also developed by PPPTR to improve plantation operations including drone and geo-tagging technology as well as advancements derived from Internet-of-Things innovations. 

“Celebrating our 55th anniversary, we are proud to introduce the Yangambi Platinum S3 clonal seed, a new variant of planting material for the palm oil industry. Developed through cutting-edge breeding and tissue culture techniques, this innovative seed will further revolutionise the industry by enabling the mass propagation of elite and high yielding oil palm planting materials. This advancement has the potential to significantly boost overall productivity and oil yield per hectare compared to the conventional planting materials, aligning with Malaysia’s agricultural sustainability goals. With the implementation of this new seedling, FGV aims to achieve better oil extraction rate (OER) and fresh fruit bunch (FFB) production,” Dato’ Nazrul continued.

Dato’ Nazrul added, “We are proud of our role in Malaysia’s agricultural success story. As we celebrate this milestone, PPPTR remains steadfast in its mission to innovate, collaborate, and sustainably contribute to the nation’s agricultural sector.”

In alignment with its commitment to Environmental, Social, and Governance (ESG) principles, PPPTR integrates Good Agricultural Practices (GAP) throughout its operations. Initiatives such as biological pest control, eco-friendly cultivation methods, and adherence to certification standards like RSPO; underscore the centre’s dedication to sustainable agricultural practices and biodiversity conservation.

From left: Encik Romzi Ishak, Head of Research & Development Division, Tan Sri Rastam Mohd Isa, Chairman of FGV, Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Secretary General of the Ministry of Plantation Industries and Commodities , Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive officer of FGV and Mr Edwin Yeoh Tiong Chin, Senior Record Consultant, Malaysia Book of Records.

ENDS

SERDANG, 13 JULAI 2024 – Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), sebuah pusat penyelidikan pertanian di bawah FGV Holdings Berhad (FGV), meraikan ulang tahun yang ke-55 di Festival FGV @ Hari Peneroka FELDA 2024 di Taman Agro Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Sambutan ulang tahun ini, yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi menandakan lebih lima dekad sumbangan transformatif kepada landskap agritani Malaysia terutamanya dalam sektor minyak sawit.

PPPTR telah menjadi hab bagi penemuan saintifik ladang kelapa sawit dan pembangunan produk pertanian dengan kemudahan yang dilengkapi dengan makmal, peralatan khusus dan ruang kerja bagi penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang seperti pembiakan tumbuhan, agronomi, kimia dan entomologi.

Sejak penubuhannya pada tahun 1968, PPPTR telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri kelapa sawit di Malaysia. Pusat ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan inovasi agritani yang dipacu kemajuan sains bagi memanfaatkan alam semula jadi yang membawa kemakmuran kepada negara. Sejak itu, FGV telah menghasilkan pelbagai produk tani, menjadikan FGV pengeluar benih kelapa sawit terbesar di Malaysia, dengan pengeluaran tahunan sebanyak 30 juta benih. Antara produk keluarannya yang memenangi anugerah ialah benih Yangambi ML161.

“PPPTR mencipta lysimeter pokok sawit pertama di dunia pada tahun 1975, yang telah menjadi komponen penting dalam memacu industri sawit. Komitmen FGV terhadap inovasi terus kukuh dan FGV terus nekad memainkan peranan dalam menyediakan bekalan berterusan bahan tanaman berkualiti tinggi bukan sahaja untuk kelapa sawit termasuk untuk para petani dan pekebun kecil. Sambutan ulang tahun pada kali ini ini mempunyai makna yang istimewa kerana ini merupakan tanda sokongan dan terima kasih kami kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kerana menjadi tulang belakang kisah kejayaan minyak sawit Malaysia sebagai pekebun kecil,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Kerjasama antara penyelidik dan penasihat di peringkat tempatan dan antarabangsa telah dimulakan dari awal lagi hasil perkongsian khidmat penasihat dari Bank Dunia. Pada mulanya inisiatif ini tertumpu kepada penghasilan bahan tanaman berkualiti tinggi untuk projek pembangunan tanah FELDA, namun PPPTR meluaskan skopnya kepada analisis baja, kajian agronomik, dan amalan penanaman tanaman, khususnya dalam sektor kelapa sawit.

PPPTR telah menjadi hab bagi penemuan saintifik ladang kelapa sawit dan pembangunan produk pertanian. Kemudahannya dilengkapi dengan makmal, peralatan khusus dan ruang kerja bagi penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang seperti pembiakan tumbuhan, agronomi, kimia dan entomologi.

Sepanjang dekad ini, PPPTR telah membangunkan baka pokok kelapa sawit dengan ciri-ciri agronomi yang kini boleh didapati di seluruh ladang Malaysia hari ini. Ciri –cirinya adalah seperti pokok sawit kerdil untuk mudah dituai, toleransi penyakit yang tinggi, kebolehsuaian kepada pelbagai persekitaran, kecekapan air dan nutrien, serta prestasi hasil yang tinggi.

Bukan sekadar memberi fokus kepada pokok sawit, inovasi dan penemuan oleh PPPTR turut merangkumi sistem dan penyelesaian yang disediakan untuk industri perladangan. Salah satu penemuannya ialah penggunaan “black soldier fly larvae” atau larva lalat askar hitam untuk menukar sisa kilang kelapa sawit kepada baja yang kaya dengan protein.

Amalan mesra alam lain yang diperkenalkan oleh PPPTR di ladang FGV adalah termasuk penggunaan burung hantu yang dipelihara sebagai pemangsa semula jadi untuk mengawal populasi tikus dan menggunakan racun herba bukan toksik untuk pengurusan rumpai. Inovasi teknologi juga dibangunkan oleh PPPTR untuk menambah baik operasi ladang termasuk teknologi dron, geo-tag serta kemajuan yang diperoleh daripada inovasi Internet-of-Things.

“Bersempena meraikan ulang tahun ke-55, FGV berbesar hati untuk memperkenalkan benih klon Yangambi Platinum S3, satu lagi varian baharu bahan tanaman untuk industri sawit. Dibangunkan melalui teknik pembiakan dan kultur tisu, benih inovatif ini akan terus merevolusikan industri dengan membolehkan pembiakan besar-besaran bahan tanaman kelapa sawit premium dan membuatkan hasil yang tinggi. Kemajuan ini berpotensi meningkatkan produktiviti dan hasil minyak per hektar dengan ketara berbanding dengan bahan tanaman konvensional, sejajar dengan matlamat kemampanan agritani Malaysia. Dengan pelancaran anak benih baharu ini, FGV menyasarkan untuk mencapai kadar perahan minyak (OER) dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang lebih baik,” sambung Dato’ Nazrul.

Tambah Dato’ Nazrul, “Kami berbangga dengan peranan FGV dalam kejayaan pertanian Malaysia. PPPTR kekal teguh dalam misi kami untuk berinovasi, bekerjasama dan menyumbang kepada sektor pertanian negara.”

Selaras dengan komitmen terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), PPPTR menyepadukan Amalan Pertanian Baik (GAP) dalam keseluruhan operasinya. Inisiatif seperti kawalan perosak biologi, kaedah penanaman mesra alam, dan pematuhan kepada piawaian pensijilan seperti RSPO; menekankan dedikasi pusat terhadap amalan pertanian yang lestari termasuk pemuliharaan biodiversiti.

Dari kiri: Encik Romzi Ishak, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV, Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif FGV and Mr Edwin Yeoh Tiong Chin, Perunding Kanan, Malaysia Book of Records.

TAMAT

Find