6 February 2025

GUA MUSANG, 6 February 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) once again reaffirms its commitment to community development by sponsoring RM2.25 million for the “Welcome to School 2025” initiative, jointly organized by Yayasan FELDA for the benefit of communities under the Federal Land Development Authority (FELDA).

From left: Sulong Jamil Mohamed Shariff, National Felda Head of Settlers, YB Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN of Galas, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Chairman of FELDA, Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV, YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, ADUN of Nenggiri. 

This community assistance programme aims to ease the financial strain on parents of Year 1 primary school students as they prepare for the new school year. The “Welcome to School 2025” initiative was officially launched at FELDA Perasu, Gua Musang, by Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Chairman of FELDA, and Encik Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV.

The event was also graced by the presence of YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, the State Assemblyman (ADUN) of Nenggiri, and YB Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN of Galas, along with senior management from FELDA, FGV, and representatives from local communities.

The RM2.25 million sponsorship from FGV will benefit 15,000 Year 1 students, especially the children of FELDA settlers nationwide. The funds will be used to provide essential school supplies, including school uniforms, stationery sets, school bags, socks, and school shoes, ensuring that these students are well equipped for the start of their 2025 academic journey.

The “Welcome to School 2025” initiative today kicked off with the sponsorhip presentation to 555 Year 1 students from the Gua Musang region. The distribution of contributions to other regions such as Terengganu, Trolak, Jengka, Mempaga, Raja Alias, Kuantan, Segamat, Johor Bahru, Sahabat, and Alor Setar will be carried out in phases and is expected to be completed by 15 February 2025, in collaboration with local community representatives.

FGV’s continued involvement in the “Welcome to School” programme builds on the success of last year’s initiative, which saw RM2.17 million in sponsorship benefiting 14,500 students across Malaysia.

“As a responsible and caring corporate entity, FGV understands the crucial role that education plays in shaping the future of our nation’s youth, especially children in rural communities. Through our collaboration with FELDA, we are taking a proactive approach in ensuring that these children may begin their educational journey well-equipped, with necessary school essentials,” said Fakhrunniam.

Beyond this initiative, FGV continues to extend its support under its main corporate social responsibility (CSR) campaign, “FGV Seikhlas Hati.” In 2024, FGV allocated approximately RM10.3 million for CSR initiatives focused on poverty eradication in both urban and rural areas, as well as addressing the issue of school attrition.

Among these initiatives are contributions to mosques and schools in collaboration with state religious councils and zakat centres. FGV also partnered with Yayasan Didik Negara to distribute digital textbooks, and worked with Yayasan FELDA to offer digital and vocational courses to post-SPM students.

“Assistance programmes like this are vital tools in bridging the economic gaps and fostering community development, in line with FGV’s Sustainability Framework. We at FGV recognise the challenges faced by those in need, and we are committed to share our blessings, particularly with communities where we operate,” added Fakhrunniam.

The “Welcome to School 2025” programme further strengthens FGV’s relationship with FELDA and continues to support efforts to improve the economic well-being of smallholders. These smallholders form the backbone of FGV’s operations, contributing 70 percent of its fresh fruit bunches (FFB).

With a global business presence and a diversified portfolio, FGV remains committed to delivering value to its shareholders through responsible and sustainable business practices. FGV is focused on community engagement, support for smallholders, and contributing to Malaysia’s economic growth.

END

 

 

 

GUA MUSANG, 6 Febuari 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) sekali lagi menzahirkan komitmennya terhadap pembangunan komuniti dengan menaja RM2.25 juta untuk program “Selamat Datang ke Sekolah 2025” anjuran bersama Yayasan Felda untuk manfaat seluruh warga komuniti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Dari kiri: Sulong Jamil Mohamed Shariff, Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan,YB Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Galas, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA, Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, ADUN Nenggiri. 

Program bantuan komuniti ini dijalankan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ibu-bapa kepada pelajar-pelajar Tahun 1 dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka. Program “Selamat Datang ke Sekolah 2025” ini telah dirasmikan di FELDA Perasu, Gua Musang oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA serta Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Majlis turut diserikan oleh kehadiran YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri dan YB Mohd Syahbuddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas beserta pengurusan kanan FELDA, FGV serta wakil komuniti setempat.

Tajaan berjumlah RM2.25 juta oleh FGV itu akan disalurkan kepada 15,000 pelajar Tahun 1,  anak-anak peneroka FELDA di seluruh negara, dengan persiapan barangan persekolahan seperti sepersalinan pakaian seragm sekolah, set alat tulis, beg sekolah, stokin dan kasut sekolah bagi memulakan tahun akademik 2025.  

Program “Selamat Datang Ke Sekolah 2025” ini bermula dengan penyerahan sumbangan kepada 555 pelajar Tahun 1 wilayah Gua Musang di majlis pelancaran hari ini. Penyerahan sumbangan program ke wilayah-wilayah lain seperti Terengganu, Trolak, Jengka, Mempaga, Raja Alias, Kuantan, Segamat, Johor Bahru, Sahabat, serta Alor Setar akan diadakan secara berfasa dan dijangkakan selesai pada 15 Februari 2025 dengan kerjasama wakil komuniti setempat.

Penglibatan FGV dalam program ini merupakan tahun kedua berturut-turut syarikat itu, selepas kejayaan program sama tahun lalu dengan jumlah tajaan sebanyak RM2.17 juta yang telah memanfaatkan seramai 14,500 pelajar di seluruh negara.

“Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin dan bertanggungjawab, FGV sedar betapa pentingnya pendidikan dalam membentuk masa depan anak bangsa, khususnya mereka yang tinggal di luar bandar. Melalui kerjasama dengan FELDA, kami mengambil langkah proaktif dalam memastikan anak-anak ini dapat memulakan perjalanan pendidikan mereka dengan penuh persediaan, dilengkapi dengan barangan keperluan persekolahan yang mencukupi,” ujar Fakhrunniam.

Selain program ini, FGV turut menyalurkan bantuan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah program “FGV Seikhlas Hati”. Bagi tahun 2024, FGV telah memperuntukkan kira-kira RM10.3 juta untuk inisiatif CSR yang memfokuskan kepada pembasmian kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar serta menangani isu keciciran pendidikan.

Antara program yang dilaksanakan termasuk sumbangan kepada masjid dan sekolah melalui kerjasama dengan majlis agama serta pusat zakat negeri. Bagi inisiatif pendidikan pula, FGV bekerjasama dengan Yayasan Didik Negara untuk mengedarkan buku teks digital, selain berkolaborasi dengan Yayasan FELDA dalam menawarkan kursus digital dan vokasional kepada pelajar lepasan SPM.

“Program bantuan seperti ini merupakan antara instrumen penting untuk merapatkan jurang ekonomi dan memupuk pembangunan sosial masyarakat, selari dengan Rangka Kerja Kelestarian FGV. Kami di FGV memahami cabaran yang dihadapi golongan yang memerlukan, dan kami tekad untuk berkongsi rezeki kami dengan mereka, terutama untuk komuniti peneroka  FELDA serta komuniti di kawasan berhampiran operasi kami,” tambah Fakhrunniam lagi.

Program ‘Selamat Datang ke Sekolah 2025’ ini juga turut memperkukuhkan lagi hubungan FGV dengan FELDA serta terus menyokong usaha bagi meningkatkan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil industri sawit tempatan. Pekebun-pekebun kecil ini merupakan teras dalam ekosistem operasi FGV, di mana sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan buah tandan segar (BTS) FGV adalah hasil daripada pekebun-pekebun kecil.

Dengan kehadiran yang meluas dan portfolio yang pelbagai, FGV komited untuk memberikan nilai kepada para pemegang saham melalui amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan lestari. FGV juga memberi penekanan kepada penglibatan komuniti, sokongan kepada pekebun kecil, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

TAMAT

 

Find