Over five decades of FGV’s R&D expertise translated into homegrown solutions to support a more productive, efficient and sustainable agriculture sector
SERDANG, 3 September 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) continues to strengthen its contribution to agricultural innovation by leveraging its research and development (R&D) expertise to develop solutions that respond to the evolving needs of the industry, smallholders and agricultural producers.
Three innovations developed through FGV’s in-house expertise, BacN-Fix, Adjuvax 248 and FGV Geotagger Pro, were launched by YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Minister of Agriculture and Food Security, in conjunction with the Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition (MAHA) 2026 at the Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

BacN-Fix, Adjuvax 248 and FGV Geotagger Pro, were launched by YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Minister of Agriculture and Food Security, witnessed by Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman, FELDA Director General and Puan Nurul Muhaniza Hanafi, Group Managing Director of FGV.
For more than five decades, FGV’s R&D capabilities have continued to evolve in line with industry needs, from the development of planting materials and agronomic solutions to green technologies, digitalisation and automation. In the plantation sector, planting materials developed by FGV currently account for more than 40 per cent of Malaysia’s annual demand for germinated oil palm seeds, with a production capacity of up to 30 million germinated seeds annually, supporting the needs of the industry and smallholders.
Building on its expertise developed through the plantation sector, FGV continues to advance innovations that address a broader range of agricultural needs, including crop growth and protection, efficient use of agricultural inputs, as well as the application of technology and data. FGV’s R&D capabilities also extend to the development of planting materials for high value crops such as pineapple, banana and coconut.
FGV’s participation in MAHA 2026 reflects this progress, in line with the aspiration of “Value Creation for Food Security” and efforts to modernise the agriculture sector through the adoption of technology and innovation. The three solutions introduced at MAHA demonstrate how FGV’s expertise is being applied to address practical needs in the field.
BacN-Fix is a plant growth enhancer that uses beneficial bacteria to help plants absorb nutrients more efficiently, supporting root development and overall plant growth. The product is suitable for a variety of crops and has been tested under local conditions, including on local rice varieties. It also has the potential to reduce reliance on chemical fertilisers and support more sustainable fertilisation practices.

BacN-Fix support more sustainable fertilisation practices and has the potential to reduce reliance on chemical fertilisers
Adjuvax 248 helps improve the effectiveness of pesticides and herbicides. Improved spray distribution helps reduce wastage and the need for repeated applications, contributing to more efficient use of agricultural inputs, lower operating costs and reduced carbon emissions.

Adjuvax 248 helps to improve spray distribution, helps reduce wastage and the need for repeated applications
FGV Geotagger Pro enables field mapping and positioning to be carried out more accurately and systematically, with an accuracy of approximately one to 10 centimetres. The technology supports precision planting, area mapping and farm management, with potential applications across the broader agriculture and geospatial sectors.

FGV Geotagger Pro supports precision planting, area mapping and farm management.
“Modernising the agriculture sector requires collaboration among various stakeholders to ensure that technology and innovation are translated into practical solutions that address actual needs. With our R&D capabilities and operational experience built over more than five decades, FGV will continue to translate this expertise into innovations that enhance value and extend benefits to the industry, smallholders and agricultural producers,” said Nurul Muhaniza Hanafi, Group Managing Director of FGV.
As a key entity within the FELDA ecosystem, FGV’s scale and operational experience provide an environment where innovations can be tested and refined under actual operating conditions before being introduced more widely, while contributing to a stronger ecosystem for FELDA and its settler community. This approach was also applied through the trial of B100 biodiesel in FGV’s plantation operations in July 2026.
FGV’s R&D capabilities span both upstream and downstream research and have resulted in a range of high value products, including Yangambi Platinum oil palm tissue culture, biological control products Palmashield and PalmaGro, as well as consumer products under the ADELA and PREMEO brands. FGV, through its subsidiary FGV Agri Services Sdn. Bhd., also received the Most Active Participant Award under the Planting Material Verification Scheme (SPBT) for the Planting Materials, Industrial Crops category from the Department of Agriculture Malaysia in conjunction with MAHA 2026.

In addition to the launch of BacN-Fix, Adjuvax 248, and FGV Geotagger® Pro, FGV is showcasing its wide range of products for visitors at MAHA 2026, including SAJI, SERI PELANGI, ADELA, GULA PRAI, KEDAI FGV, PREMEO, ALMA, SUNFLOWER, PALMAGRO, SUNBEAR, YANGAMBI ML161, BUTIK’S, BIORICH, and more.
All three innovations introduced at MAHA 2026 have been commercialised for industry and agricultural use. FGV also welcomes collaborations with industry players, smallholders and agricultural producers to explore the application of these innovations based on their respective crop and operational requirements.
ENDS
Lebih lima dekad kepakaran R&D FGV diterjemahkan kepada penyelesaian tempatan bagi menyokong sektor agri yang lebih produktif, cekap dan lestari
SERDANG, 3 September 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV), terus memperkukuh sumbangannya dalam inovasi pertanian tempatan dengan memanfaatkan kepakaran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan penyelesaian yang relevan dengan keperluan industri, pekebun kecil dan pengusaha pertanian.
Tiga inovasi yang dibangunkan menerusi kepakaran dalaman FGV, iaitu BacN-Fix, Adjuvax 248 dan FGV Geotagger Pro, dilancarkan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

BacN-Fix, Adjuvax 248 dan FGV Geotagger Pro, dilancarkan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, disaksikan oleh Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman,
Pengarah Besar FELDA, dan Puan Nurul Muhaniza Hanafi, Pengarah Urusan Kumpulan FGV Holdings Berhad.
Sepanjang lebih lima dekad, keupayaan R&D FGV terus berkembang seiring dengan keperluan industri, daripada pembangunan bahan tanaman dan penyelesaian agronomi kepada teknologi hijau, digitalisasi serta automasi. Dalam sektor perladangan, bahan tanaman yang dibangunkan FGV kini membekalkan lebih 40 peratus daripada keperluan tahunan benih sawit cambah di Malaysia, dengan kapasiti pengeluaran sehingga 30 juta biji cambah setahun, menyokong keperluan industri dan pekebun kecil.
Berpandukan kepakaran yang dibina menerusi sektor perladangan, inovasi FGV terus berkembang untuk menangani pelbagai keperluan pertanian, termasuk pertumbuhan dan perlindungan tanaman, kecekapan penggunaan input serta penggunaan teknologi dan data. Keupayaan R&D FGV turut merangkumi pembangunan bahan tanaman bernilai tinggi seperti nanas, pisang dan kelapa.
Penyertaan di MAHA 2026 mengetengahkan perkembangan ini selaras dengan aspirasi “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” dan usaha memodenkan sektor pertanian melalui penerapan teknologi dan inovasi. Ketiga-tiga inovasi yang diperkenalkan mencerminkan aplikasi kepakaran tersebut dalam menangani keperluan sebenar di lapangan.
BacN-Fix ialah penggalak tumbuhan berasaskan bakteria baik yang membantu tanaman mendapatkan nutrien dengan lebih cekap, sekali gus menyokong pertumbuhan akar dan tanaman. Produk ini sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tanaman dan telah melalui ujian dalam persekitaran tempatan, termasuk pada varieti padi tempatan. Ia berpotensi membantu mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia bagi menyokong amalan pembajaan yang lebih mampan.

BacN-Fix menyokong amalan pembajaan yang lebih mampan dan berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap baja kimia.
Adjuvax 248 pula membantu racun perosak dan racun rumpai berfungsi dengan lebih berkesan. Penyebaran semburan yang lebih baik membantu mengurangkan pembaziran dan keperluan semburan berulang, sekali gus menjimatkan penggunaan input, kos operasi pertanian dan pelepasan karbon.

Sementara itu, FGV Geotagger Pro membantu kerja pemetaan dan penentuan lokasi di lapangan dilakukan dengan lebih tepat dan sistematik, dengan ketepatan sekitar 1 hingga 10 sentimeter. Teknologi ini menyokong penanaman tepat, pemetaan kawasan dan pengurusan ladang, serta mempunyai potensi aplikasi dalam sektor pertanian dan geospatial yang lebih luas.

“Pemodenan sektor pertanian memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk memastikan teknologi dan inovasi dapat diterjemahkan kepada penyelesaian yang praktikal dan relevan dengan keperluan sebenar. Dengan kekuatan R&D dan pengalaman operasi yang dibina selama lebih lima dekad, FGV akan terus menterjemahkan kepakaran ini kepada inovasi yang mempertingkatkan nilai dan memperluaskan manfaat kepada industri, pekebun kecil dan pengusaha pertanian,” kata Nurul Muhaniza Hanafi, Pengarah Urusan Kumpulan FGV.
Sebagai entiti utama dalam ekosistem FELDA, skala dan pengalaman operasi FGV menyediakan ruang untuk inovasi diuji dan ditambah baik dalam persekitaran sebenar sebelum diperluaskan penggunaannya, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan ekosistem FELDA dan komuniti peneroka. Pendekatan ini turut diterapkan menerusi ujian biodiesel B100 dalam operasi perladangan FGV pada Julai 2026.
Keupayaan R&D FGV merangkumi penyelidikan dalam bidang huluan dan hiliran yang telah menghasilkan pelbagai produk bernilai tinggi, termasuk tisu kultur sawit Yangambi Platinum, produk kawalan biologi Palmashield dan PalmaGro, serta produk pengguna di bawah jenama ADELA dan PREMEO. FGV, menerusi anak syarikatnya, FGV Agri Services Sdn. Bhd., turut menerima Anugerah Peserta Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Paling Aktif bagi kategori Bahan Tanaman, Tanaman Industri daripada Jabatan Pertanian Malaysia sempena MAHA 2026.

Selain pelancaran BacN-Fix, Adjuvax 248 dan FGV Geotagger® Pro, FGV turut membawakan produk-produk keluaran FGV kepada para pengunjung MAHA 2026 seperti SAJI, SERI PELANGI, ADELA, GULA PRAI, KEDAI FGV, PREMEO, ALMA, SUNFLOWER, PALMAGRO, SUNBEAR, YANGAMBI ML161, BUTIK’S, BIORICH dan lain-lain.
Ketiga-tiga inovasi yang diperkenalkan di MAHA 2026 kini telah dikomersialkan untuk kegunaan industri dan pengusaha pertanian. FGV turut mengalu-alukan kerjasama dengan pemain industri, pekebun kecil dan pengusaha pertanian bagi meneroka aplikasi inovasi tersebut mengikut keperluan tanaman dan operasi masing-masing.
TAMAT