18 August 2026

KUALA LUMPUR, 18 Aug 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) today announced the appointment of Nurul Muhaniza Hanafi as its Group Managing Director (GMD), effective 18 August 2026.

Since March 2026, the Board Executive Committee (BEC), chaired by Nurul Muhaniza, has assumed the functions and responsibilities of the Group Chief Executive Officer, provided executive leadership and overseen FGV’s operations, strategic priorities and key transformation initiatives.

 

FGV is pleased to announce the appointment of Nurul Muhaniza as its Group Managing Director.
 

Appointed to the FGV Board on 1 April 2024 as an Independent Non-Executive Director, Nurul Muhaniza served as Chairman of the Board Governance & Risk Management Committee and as a member of the Board Nomination and Remuneration Committee and Board Audit Committee.

Nurul Muhaniza holds a Bachelor of Laws (LL.B) from the International Islamic University Malaysia and was admitted as an Advocate and Solicitor of the High Court of Malaya. Her leadership experience includes serving as an elected member of the Kuala Lumpur Bar Committee, holding key roles within the Selangor State Bar, and serving as President of the Strata Management Tribunal under the Ministry of Housing and Local Government from 2016 to 2018.

She currently serves as a Director of MSM Malaysia Holdings Berhad, where she is also Chairman of the Investment and Tender Committee, and a member of the Audit, Governance and Risk Committee and Board Sustainability Committee. She also serves as Chairman of FGV IFFCO Sdn. Bhd., a Director of Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. and Nilai Education Sdn. Bhd., as well as a member of the Board of Governors of Nilai University.

Her career across the legal profession, public institutions and corporate sector has provided her with broad experience in legal and regulatory matters, corporate governance, organisational leadership and stakeholder engagement, including advising boards, corporations and institutions on governance, strategy and complex commercial matters.

“On behalf of the Board, I am pleased to announce the appointment of Nurul Muhaniza Hanafi as Group Managing Director of FGV. Since assuming executive leadership responsibilities as Chairman of the BEC in March this year, Nurul Muhaniza has demonstrated steady leadership, sound judgement and clear strategic direction. Her appointment as the first woman to lead FGV marks a significant milestone in the Group’s history, reflecting the Board’s commitment to recognising leadership based on merit and capability while fostering greater diversity and inclusion,” said Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Chairman of FGV.

“We look forward to working closely with her as FGV advances its transformation agenda, strengthens operational excellence and embeds sustainability and ESG considerations across its business strategies and decision-making. Equally important will be the continued strengthening of governance, accountability and integrity across every level of the Group,” Datuk Abu Huraira added.

Nurul Muhaniza is committed to leading FGV into its next phase of transformation, anchored on closer integration with FELDA, stronger operational performance and sustainable value creation across the wider FELDA ecosystem.

Looking ahead, FGV will continue to advance its transformation journey by strengthening its core businesses, enhancing operational excellence and driving sustainable growth across its integrated agribusiness value chain. As a key member of the FELDA ecosystem, FGV remains committed to supporting FELDA’s mandate by creating sustainable economic value, strengthening the competitiveness of Malaysia’s agribusiness sector and contributing to the long-term well-being of the settler community.

Guided by its purpose of creating shared value for a sustainable future, FGV will continue to build a resilient, innovative and future-ready organisation that delivers long-term value to FELDA, its stakeholders, business partners, employees and the communities it serves.

ENDS

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) mengumumkan pelantikan Nurul Muhaniza Hanafi sebagai Pengarah Urusan Kumpulan (GMD), berkuat kuasa 18 Ogos 2026.

Sejak Mac 2026, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah (BEC) yang dipengerusikan oleh Nurul Muhaniza, telah mengambil alih fungsi dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, menerajui kepimpinan eksekutif serta menyelia operasi, keutamaan strategik dan inisiatif transformasi utama FGV.

FGV dengan sukacita mengumumkan pelantikan Nurul Muhaniza sebagai Pengarah Pengurusan Kumpulan.
 

Dilantik menganggotai Lembaga Pengarah FGV pada 1 April 2024 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Nurul Muhaniza telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus & Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah, serta ahli Jawatankuasa Pencalonan & Remunerasi dan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

Nurul Muhaniza memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berdaftar sebagai Peguambela dan Peguamcara oleh Mahkamah Tinggi Malaya. Pengalaman kepimpinan beliau turut merangkumi perkhidmatan sebagai ahli lantikan Jawatankuasa Badan Peguam Kuala Lumpur, beberapa peranan penting di Badan Peguam Negeri Selangor, serta berkhidmat sebagai Presiden Tribunal Pengurusan Strata di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari tahun 2016 hingga 2018.

Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah di MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), selain turut mempengerusikan Jawatankuasa Pelaburan dan Tender, serta menganggotai Jawatankuasa Audit, Tadbir Urus dan Risiko, serta Jawatankuasa Kelestarian Lembaga Pengarah. Beliau juga merupakan Pengerusi FGV IFFCO Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Pengarah di Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. dan Nilai Education Sdn. Bhd., serta Ahli Lembaga Gabenor Universiti Nilai.

Kerjaya Nurul Muhaniza yang merangkumi bidang perundangan, institusi awam dan sektor korporat telah memberikan beliau berpengalaman luas dalam aspek perundangan dan kawal selia, tadbir urus korporat, kepimpinan organisasi serta libat urus pihak berkepentingan termasuk dalam memberikan khidmat nasihat kepada lembaga pengarah, syarikat dan institusi berkaitan tadbir urus, strategi serta hal ehwal komersial yang kompleks.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Nurul Muhaniza Hanafi sebagai Pengarah Urusan Kumpulan FGV. Sejak menggalas tanggungjawab kepimpinan eksekutif sebagai Pengerusi BEC pada Mac tahun ini, beliau telah mempamerkan keupayaan kepimpinan, pertimbangan yang teliti serta hala tuju strategik yang jelas, di samping memastikan kesinambungan operasi Kumpulan dan pelaksanaan keutamaan strategik FGV. Pelantikan beliau sebagai wanita pertama yang menerajui FGV merupakan satu pencapaian penting dalam sejarah Kumpulan, mencerminkan komitmen Lembaga Pengarah dalam mengiktiraf kepimpinan berasaskan merit dan keupayaan, di samping memperkukuh agenda kepelbagaian serta keterangkuman,” kata Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Pengerusi FGV.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau dalam meneruskan agenda transformasi syarikat, memperkukuh kecemerlangan operasi serta menerapkan nilai-nilai kelestarian dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam strategi perniagaan serta setiap keputusan yang dibuat. Pada masa yang sama, pengukuhan tadbir urus, akauntabiliti dan integriti di setiap peringkat Kumpulan akan terus diberi keutamaan,” tambah beliau.

Nurul Muhaniza komited untuk menerajui FGV dalam fasa transformasi seterusnya, berlandaskan integrasi bersama FELDA, prestasi operasi yang lebih kukuh serta penciptaan nilai lestari bagi keseluruhan ekosistem Kumpulan FELDA.

Bagi meneruskan agenda transformasi syarikat, FGV akan terus memperkasakan perniagaan teras syarikat, meningkatkan kecemerlangan operasi serta memacu pertumbuhan mampan di sepanjang rantaian nilai agribisnes bersepadu Kumpulan. Sebagai komponen penting dalam ekosistem FELDA, FGV kekal komited dalam menyokong mandat FELDA menerusi penciptaan nilai ekonomi yang lestari, memperkukuh daya saing sektor agribisnes Malaysia serta menyumbang kepada kesejahteraan jangka panjang komuniti peneroka FELDA.

Berpandukan misi syarikat bagi mencipta nilai bersama demi masa depan yang lestari, FGV akan terus membina sebuah organisasi yang berdaya tahan, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan, sekali gus menjana nilai jangka panjang untuk FELDA, pihak berkepentingan, rakan niaga, warga FGV serta komuniti FELDA.

Find