7 July 2026

FGV to trial its palm oil-based B100 biodiesel in field operations,
generating operational insights to support future industry adoption.

JENGKA, 7 JULY 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) today launched the next phase of its B100 Biodiesel (B100) pilot programme, expanding the trial from vehicle applications to plantation operations to evaluate the technical performance and operational viability of locally produced palm oil-based biodiesel under real-world operating environments.

The six-month pilot will be carried out at the Tun Abdul Razak Agricultural Research Centre (PPPTAR)’s estate in Jerantut, involving approximately 17 units of machinery, including tractors, agricultural machineries, power generators and four-wheel-drive vehicles used in daily plantation operations. The initiative builds on FGV’s earlier evaluation of B100 in on-road vehicles and marks the next phase of testing in plantation operations, where operating conditions are significantly more demanding.   

 

From left: YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar of Pahang, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Deputy Prime Minister of Malaysia; YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia and Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Director-General of FELDA.

The launch, held in conjunction with Hari Peneroka FELDA 2026 at Stadium Tun Abdul Razak in Jengka, was officiated by YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia. Also in attendance were YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Deputy Prime Minister of Malaysia; YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar of Pahang; Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Chief Secretary to the Government; Members of Parliament and State Assembly Members; Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Director-General of FELDA; Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Chairman of FGV; as well as members of the Boards of Directors and senior management of the FELDA and FGV Groups.

 

FGV supports the Government’s decision to increase the national biodiesel blend to B20 reflect Malaysia’s commitment to strengthen our adoption for renewable energy based on local resources.

The event was also attended by more than 3,000 guests, including senior officials from the Federal and State Governments, representatives of government agencies, subsidiaries within the FELDA and FGV Groups, as well as FELDA settlers from across the country.

Produced using 100 percent locally sourced palm oil with no fossil fuel content, B100 is part of FGV’s ongoing efforts to broaden the range of its downstream palm-based applications. As a producer of palm-based biodiesel and one of Malaysia’s largest agribusiness companies, FGV is adopting a data-driven approach to assess the viability of B100 in real-world operations before any consideration is given to wider implementation.

The pilot will be implemented in phases, with individual assets monitored through a comprehensive technical assessment covering fuel consumption, engine performance, operational reliability, maintenance requirements and fuel quality. Participating assets will also undergo inspections and servicing prior to the start of the trial to establish baseline performance benchmarks for reference throughout the evaluation period.

Plantation operations were selected for the trial due to their demanding operating environment, where machinery is subjected to extended operating hours, varied plantation terrain, high operational temperatures and differing workload demands across asset types. The assessment will enable FGV to gather more comprehensive real-world operational data, contributing to the industry’s knowledge and understanding of palm oil-based biodiesel applications within the plantation sector.

Datuk Abu Huraira said the expansion of the B100 assessment to plantation operations reflects FGV’s commitment to unlocking new opportunities for palm oil through innovation that is both responsible and evidence-based.

“Malaysia is uniquely positioned as one of the world’s leading palm oil producers. Amid an increasingly challenging global landscape, marked by supply chain uncertainties and volatility in energy markets, our strategic commodity holds significant potential to further support the nation’s renewable energy agenda while enhancing the competitiveness of the palm oil industry.”

“The Government’s decision to increase the national biodiesel blend to B20 reflects Malaysia’s commitment to strengthen our adoption for renewable energy based on local resources. FGV welcomes this initiative and will continue to play its role through responsible operational evaluations that support the sustainable growth of Malaysia’s biofuel industry.”

“This initiative goes beyond assessing the viability of B100. It also reflects FGV’s commitment to creating greater value from palm oil through innovation that supports industry development, strengthens the FELDA ecosystem and delivers meaningful benefits to the settler community.”

The launch of this initiative in conjunction with Hari Peneroka FELDA 2026 reflects FGV’s commitment to strengthening the palm oil value chain in partnership with the settler community. Fresh Fruit Bunches (FFB) supplied by FELDA settlers serve as the foundation for the development of a wide range of high-value palm-based products and solutions, including B100.

As a company deeply rooted in the FELDA ecosystem, FGV continues to support in strengthening the nation’s palm oil value chain through food products, consumer goods, oleochemicals and biofuels. Initiatives such as the B100 pilot demonstrate the company’s commitment to unlocking new opportunities for palm oil through research, innovation and technological development that support industry advancement, ensuring the sector remains relevant, competitive and sustainable.

FGV’s participation in Hari Peneroka FELDA 2026 is further showcased through Festival FGV 2026. The festival highlights how harvests by the FELDA settler community is transformed into food and consumer products, agribusiness solutions, and value-added innovations across the FELDA ecosystem.

Among the main attractions in Festival FGV is Warung FGV which serves dishes made from FGV brand products like SAJI, SERI PELANGI and GULA PRAI. Visitors would also be able to explore B100 exhibition, tech demonstrations, cooking demo, special offers on FGV consumer products, as well as participating various activities and quizzes throughout the two-day festival.

For more information on Festival FGV, visit www.fgvholdings.com or follow FGV official social media platforms – Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn and YouTube.

END

 

 

Menguji Biodiesel B100 berasaskan minyak sawit tempatan serta mengumpul data operasi sebenar bagi menyokong penggunaan biodiesel secara bertanggungjawab dan lestari

JENGKA, 7 JULAI 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) hari ini melancarkan fasa baharu percubaan Biodiesel B100 (B100) dengan memperluaskan penilaiannya daripada penggunaan kenderaan kepada operasi perladangan bagi menilai prestasi teknikal dan kebolehlaksanaan biodiesel berasaskan minyak sawit tempatan dalam persekitaran operasi sebenar.

Percubaan selama enam bulan yang dijalankan di ladang Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTAR) di Jerantut tersebut akan melibatkan kira-kira 17 jentera merangkumi traktor, jentera pertanian, penjana elektrik serta kenderaan pacuan empat roda yang digunakan dalam operasi harian ladang. Langkah ini merupakan kesinambungan kepada penilaian awal B100 ke atas kenderaan pengguna di jalan raya, sebelum diperluaskan kepada operasi perladangan yang melibatkan persekitaran operasi yang lebih mencabar.   

Majlis pelancaran sempena Hari Peneroka FELDA 2026 yang bertempat di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka itu telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; Ahli-ahli Yang Berhormat; Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA; Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Pengerusi FGV; serta barisan Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan Kumpulan FELDA dan FGV. Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh lebih 3,000 orang jemputan dari kalangan Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, agensi kerajaan, anak-anak syarikat Kumpulan FELDA dan FGV, serta warga Peneroka FELDA dari seluruh negara.

Dari kiri: YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA.

FGV menyokong keputusan Kerajaan untuk meningkatkan adunan biodiesel kepada B20. Ini mencerminkan komitmen negara dalam memperkukuh penggunaan tenaga boleh diperbaharui berasaskan sumber tempatan.

B100 yang dihasilkan menggunakan 100 peratus minyak sawit tempatan tanpa campuran bahan api fosil ini merupakan antara usaha FGV memperluaskan aplikasi hiliran berasaskan sawit. Sebagai pengeluar biodiesel berasaskan sawit dan antara syarikat agribisnes terbesar negara, FGV mengambil pendekatan berasaskan data untuk menilai kebolehgunaan B100 dalam operasi sebenar sebelum sebarang pertimbangan mengenai penggunaan secara lebih meluas dibuat.

Pelaksanaan percubaan akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan setiap aset dipantau melalui analisis teknikal yang merangkumi penggunaan bahan api, prestasi enjin, kebolehpercayaan operasi, keperluan penyelenggaraan serta kualiti bahan api.  Semua aset terlibat juga akan menjalani pemeriksaan dan penyelenggaraan sebelum percubaan dimulakan bagi mewujudkan garis dasar prestasi sebagai rujukan sepanjang tempoh penilaian.

Operasi perladangan dipilih kerana persekitarannya yang mencabar, melibatkan penggunaan jentera secara berterusan, keadaan muka bumi yang pelbagai, suhu operasi yang tinggi serta beban kerja yang berbeza mengikut jenis aset. Penilaian ini membolehkan FGV memperoleh data operasi sebenar yang lebih komprehensif, sekaligus menyumbang kepada pembangunan pengetahuan serta pemahaman industri mengenai penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit dalam sektor perladangan.

Datuk Abu Huraira berkata langkah memperluaskan penilaian B100 ke operasi perladangan mencerminkan komitmen FGV untuk terus meneroka potensi baharu minyak sawit melalui inovasi yang dilaksanakan secara bertanggungjawab dan berasaskan bukti.

“Malaysia mempunyai kekuatan sebagai antara pengeluar utama minyak sawit dunia. Dalam landskap global yang semakin mencabar, termasuk ketidaktentuan rantai bekalan dan pasaran tenaga, komoditi strategik ini mempunyai potensi besar untuk terus menyumbang kepada agenda tenaga boleh diperbaharui negara serta memperkukuh daya saing industri sawit.”

“Keputusan Kerajaan untuk meningkatkan adunan biodiesel kepada B20 turut mencerminkan komitmen negara dalam memperkukuh penggunaan tenaga boleh diperbaharui berasaskan sumber tempatan. FGV menyambut baik aspirasi tersebut dan akan terus memainkan peranannya melalui penilaian operasi yang bertanggungjawab bagi menyokong pembangunan industri biofuel negara.”

Tambah beliau, usaha ini bukan sekadar menilai kebolehgunaan B100, malah mencerminkan komitmen FGV untuk mewujudkan nilai tambah daripada minyak sawit melalui inovasi yang menyokong pembangunan industri, memperkukuh ekosistem FELDA dan memberi manfaat kepada warga peneroka.

Pemilihan Hari Peneroka FELDA 2026 sebagai platform pelancaran inisiatif ini mencerminkan komitmen FGV untuk terus memperkukuh rantaian nilai sawit bersama komuniti peneroka. Bekalan Buah Tandan Segar (BTS) daripada warga peneroka menjadi asas kepada pembangunan pelbagai produk dan penyelesaian bernilai tinggi berasaskan minyak sawit, termasuk B100.

Sebagai syarikat yang lahir daripada ekosistem FELDA, FGV terus memperkukuh rantaian nilai sawit negara melalui pengeluaran makanan, produk pengguna, oleokimia, dan biobahan api. Inisiatif seperti penilaian B100, bukti komitmen syarikat untuk terus meneroka potensi baharu minyak sawit melalui penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi yang menyokong pembangunan industri untuk kekal relevan, lebih berdaya saing dan mampan.

Penyertaan FGV di Hari Peneroka FELDA 2026 turut dizahirkan menerusi Festival FGV 2026. Festival tersebut mengetengahkan bagaimana hasil sawit yang diusahakan warga peneroka diterjemahkan kepada produk makanan dan pengguna, penyelesaian agribisnes serta inovasi bernilai tambah dalam ekosistem FELDA.

Antara tarikan utama Festival FGV ialah Warung FGV, yang menyajikan pelbagai hidangan menggunakan produk keluaran FGV seperti SAJI, SERI PELANGI dan GULA PRAI. Pengunjung juga berpeluang meneroka pameran B100, menyaksikan paparan teknologi dan demonstrasi masakan, selain menikmati jualan produk pengguna pada harga promosi istimewa serta menyertai pelbagai aktiviti dan kuiz interaktif sepanjang dua hari sambutan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival FGV, layari www.fgvholdings.com atau ikuti platform media sosial rasmi FGV — Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube.

TAMAT

 

 

 

 

Find