KUALA LUMPUR, 1 November 2024: FGV Holdings Berhad (FGV) is pleased to announce the appointment of Fakhrunniam Othman as FGV’s new Group Chief Executive Officer (GCEO) effective 1 November 2024. Fakhrunniam succeeded Dato’ Nazrul Mansor, whose contract ended on 1 September 2024 and Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, Group Chief Financial Officer, served as the Acting GCEO during the transition for approximately 2 months.
Fakhrunniam, 57, previously served as the Group Divisional Director of the Logistics & Support Division of FGV. With over 31 years of experience, he started his career with Caltex Oils Malaysia Ltd. in 1992 before moving to Sapura Telecommunication Bhd. He later became the Group Accountant at Alloy Consolidated Sdn. Bhd. In 2000, he joined FGV Group as an Accountant at Felda Holdings Bhd. (FHB), before being appointed as General Manager in 2004 and Senior General Manager of Finance in 2006. From 2008 to 2011, he served as Deputy CFO and Company Secretary of Twin Rivers Technologies (TRT) Inc., a subsidiary company of FGV in the United States of America that provided significant global exposures in investments, oils & fats as well as oleochemical fields.
Upon his return to Malaysia, Fakhrunniam was appointed Vice President of the Strategy Division, where he played a key role in the listing of FGV. He also held leadership roles as Chief Executive Officer (CEO) of three subsidiaries, namely FGV Marketing Services Sdn. Bhd., FGV Trading Sdn. Bhd. and FGV Transport Services Sdn. Bhd. from 2013 until 2016. In 2017, he was appointed Chief Strategy Officer, followed by Chief Investment Officer from 2019 until 2022, including an interim role as Acting CEO of MSM Malaysia Holdings Berhad in 2020.
He also serves as a Director on the Board of MSM Malaysia Holdings Berhad. He obtained his Master in Business Administration in General Management from the Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia. A chartered accountant by training, Fakhrunniam graduated from the Association of Chartered Certified Accountant (ACCA), United Kingdom and a member of the Malaysian Institute of Accountants.
As the newly appointed GCEO, Fakhrunniam aspires to set a bold vision for FGV, committed to driving the Group’s sustainability agenda throughout its operational supply chain while aligning with FGV’s business objectives and stakeholders’ aspirations. Under his leadership, the Group will prioritise sustainable practices, social responsibility, and environmental stewardship, actively champion initiatives that foster growth and enhance performance. This commitment will position FGV as a pivotal force in advancing fully sustainable practices within the industry, especially being one of the world’s leading producers of palm oil.
“We would like to congratulate Fakhrunniam on his appointment as GCEO. His journey from within FGV reflects our pride in nurturing and promoting internal talent — a testament to the strength of our people and our PRIDE values of Partnership, Respect, Integrity, Dynamism, and Enthusiasm. These values have been central to his leadership journey and achievements within FGV, and they will continue to guide him in his new role,” said Tan Sri Rastam Mohd Isa, Chairman of FGV.
He added, “We are confident that Fakhrunniam’s extensive experience, deep understanding of our organisation, combined with his sharp business acumen, makes him uniquely qualified to steer FGV through the evolving challenges in the palm oil and agriculture industries, advancing us towards a sustainable future and in achieving our vision to deliver sustainable foods and agriproducts to the world.
He continued, “We would also like to extend our sincere appreciation to Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, who has served as the Acting GCEO for the past two months. His dedication and guidance during this period of transition have been invaluable, and the Board is grateful for his continued commitment as our Group Chief Financial Officer.
“To Dato’ Nazrul Mansor, we extend our heartfelt thanks for his exemplary leadership and contributions over the past three years as the GCEO. He has been the catalyst of our success during this time, guiding FGV through post-pandemic recovery, tackling the challenges faced by the Group, and championing sustainability as a core part of our agenda moving forward. We wish him every success in his future endeavours,” said Tan Sri Rastam.
Ends
KUALA LUMPUR, 1 November 2024: FGV Holdings Berhad (FGV) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Fakhrunniam Othman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV yang baharu berkuat kuasa 1 November 2024. Fakhrunniam menggantikan Dato’ Nazrul Mansor, yang mengakhiri perkhidmatan beliau pada 1 September 2024. Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV telah menggalas tanggungjawab sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV selama lebih kurang 2 bulan sebelum pelantikan Fakhrunniam.
Fakhrunniam, 57, sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Logistik & Sokongan Kumpulan FGV. Dengan perjalanan kerjaya yang bermula sejak 31 tahun yang lalu, beliau memulakan kerjayanya di Caltex Oils Malaysia Ltd. pada tahun 1992 sebelum mengorak langkah ke Sapura Telecommunication Bhd. Beliau kemudian meneruskan kerjaya sebagai Akauntan Kumpulan di Alloy Consolidated Sdn. Bhd. Kerjayanya diteruskan di Kumpulan FGV pada tahun 2000 sebagai Akauntan di Felda Holdings Bhd. (FHB). Di FGV, Fakhrunniam kemudian dilantik sebagai Pengurus Besar pada tahun 2004 dan Pengurus Besar Kanan Kewangan pada tahun 2006. Dari tahun 2008 hingga 2011, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Kewangan dan Setiausaha Syarikat di Twin Rivers Technologies (TRT) Inc., sebuah anak syarikat FGV di Amerika Syarikat yang mendedahkan beliau dengan bidang pelaburan, minyak & lelemak serta oleokimia.
Setelah kembali ke Malaysia, Fakhrunniam bertugas sebagai Naib Presiden Bahagian Strategi Kumpulan FGV, di mana beliau memainkan peranan penting dalam penyenaraian FGV di Bursa Malaysia. Beliau turut memimpin atas kapasiti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tiga buah anak syarikat, iaitu FGV Marketing Services Sdn. Bhd., FGV Trading Sdn. Bhd. dan FGV Transport Services Sdn. Bhd. dari tahun 2013 hingga 2016. Pada tahun 2017, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi, diikuti dengan jawatan Ketua Pegawai Pelaburan dari tahun 2019 hingga 2022. Fakhrunniam turut menggalas tanggungjawab sebagai Pemangku CEO Sementara MSM Malaysia Holdings Berhad pada tahun 2020.
Beliau juga juga merupakan ahli Lembaga Pengarah MSM Malaysia Holdings Berhad. Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan Am daripada Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia. Fakhrunniam merupakan Akauntan Berkanun daripada Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA), United Kingdom dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Fakhrunniam berhasrat untuk merealisasikan visi Kumpulan dalam memacu agenda kelestarian di seluruh rantaian bekalan operasi, di samping menyelaraskan objektif perniagaan dengan aspirasi pemegang berkepentingan FGV. Di bawah kepimpinan beliau, Kumpulan FGV akan memberi keutamaan terhadap amalan lestari, tanggungjawab sosial, serta pengurusan alam sekitar, dan secara aktif memperjuangkan inisiatif-inisiatif yang mendorong pertumbuhan dan peningkatan prestasi. Komitmen ini bakal meletakkan FGV sebagai penggerak utama industri dalam amalan kelestarian, sesuai dengan peranan Kumpulan sebagai salah satu pengeluar minyak sawit terkemuka di dunia.
“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Fakhrunniam atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV. Perjalanan beliau di FGV menbuatkan kami berasa bangga dan terus bersemangat untuk terus memupuk dan membangunkan bakat-bakat dalaman. Ianya turut menjadi satu bukti kemampuan Warga FGV didokong nilai-nilai PRIDE iaitu Kerjasama, Hormat, Integriti, Dinamisme, dan Semagat. Nilai-nilai ini yang terus menjadi teras kepada kepimpinan beliau untuk menerajui FGV,” kata Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV.
“Kami yakin dengan pengalaman luas Fakhrunniam, pemahaman mendalam tentang FGV, ditambah dengan pengalaman korporat beliau yang jitu, menjadikan beliau calon yang layak untuk memimpin FGV menhadapi cabaran-cabaran industri minyak sawit dan pertanian dalam mencapai visi kami untuk membawakan produk makanan dan pertanian yang lestari kepada dunia,” katanya.
Tambah Tan Sri Rastam lagi, “Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, yang telah menjalankan tugas sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV selama dua bulan ini. Dedikasi dan pimpinan beliau sepanjang tempoh peralihan ini amat dihargai, dan pihak Lembaga Pengarah berterima kasih atas komitmen berterusannya sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV.”
“FGV juga ingin merakamkan penghargaan kepada Dato’ Nazrul Mansor atas kepimpinan dan sumbangan cemerlang serta peranannya sebagai pemangkin kejayaan syarikat sepanjang tempoh tiga tahun beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV. Dato’ Nazrul memimpin FGV ketika pemulihan pasca-pandemik dan mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kumpulan; serta memperjuangkan kelestarian sebagai salah satu agenda FGV. Kami mendoakan kesejahteraan dan kejayaan beliau di masa hadapan,” kata Tan Sri Rastam.
TAMAT