27 November 2024

KUALA LUMPUR, 27 November 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) recorded a significant jump in profit before tax (PBT) of RM157 million in the third quarter ended 30 September 2024 (Q3 FY2024), compared to RM83 million in the same period last year, mainly driven by its Plantation and Logistics & Support Division.

The Group’s revenue grew by 26 percent to RM6.18 billion compared to the previous RM4.91 billion, while Profit After Tax & Minority Interests (PATAMI) grew to RM87 million from RM32 million.

FGV’s Operating Profit before fair value changes in LLA and impairment of RM403 million also increased compared to RM207 million reported in the previous corresponding financial period.

This performance improvement was driven by higher fresh fruit bunch (FFB) processed, yield and reduced crude palm oil (CPO) cost ex-mill. The average CPO price realised was registered at RM3,980 per metric tonnes (MT), compared to RM3,879 per MT in the same quarter last year.

Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV (GCEO) said, “Our financial performance continues to demonstrate resilience and growth. Our Plantation Division has been one of the key drivers, showing remarkable improvement in FFB production and yield. Despite challenges in some segments, our strategic focus on optimising operations and increasing efficiency is paying off,and I am confident that we are on track to close the year on a strong note.”

Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV (GCEO)

Plantation Division

The Division posted a profit of RM96 million, a significant increase from RM0.68 million recorded in the same quarter last year. The performance was influenced by the increase in the FFB production, which grew to 1.20 million MT from 1.00 million MT. This increase resulted in a higher yield of 4.72 per hectare by 27 percent, supported by improvements in crop patterns and strategic focus on quick-win initiatives such as loose fruit collection, the removal of unharvested bunches, enhanced crop security, and improved accessibility. Additionally, the Division’s profit was also driven by 20 percent lower in the CPO cost ex-mill down to RM2,231 per MT contributed by the lower estate and processing costs.

Despite a slightly lower Oil Extraction Rate (OER) of 20.71 percent, the Group still exceeded the national average, showcasing strong performance. This achievement is particularly significant given that approximately 72 percent of FFB was sourced externally. The total FFB received rose by 26 percent, reaching 4.23 million MT. Of this, 1.19 million MT (28 percent) were produced internally, 1.78 million MT (42 percent) were sourced from FELDA settlers, and 1.25 million MT (30 percent) were received from third parties, largely due to favourable weather conditions.

The Division’s performance was further enhanced by improvements in the R&D segment, driven primarily by increased sales volume by 33 percent and overall higher profit margins and in the fertiliser business. However, the higher profit was impacted by an increase in the fair value charge on the LLA, which rose to RM104 million from RM67 million in the corresponding quarter of the previous year. The Division also recognised an impairment loss of RM115 million in non-current assets due to lower rubber production and decrease in FFB productive hectarage in certain areas.

Oils and Fats Division

The Division reported a profit of RM95 million, despite facing lower margin in the bulk commodities within the trading segment. Margins in the edible oils segment were also tightened by intense price competition in the domestic bottled cooking oil market.

However, the impact of the lower profit was partially mitigated by the strengthening of the Ringgit against the USD, which resulted in foreign exchange gains, reversing the forex losses seen in the previous year. Additionally, the share of profit from joint ventures also improved, rising to RM10 million compared to a share of loss of RM10 million in the same quarter last year.

Logistics and Support Division

The Division remained a consistent contributor to the Group’s overall performance, reporting a profit increase to RM47 million, up from RM42 million in the same quarter last year. This positive improvement was mainly driven by stronger profits in the Logistics segment, boosted by increased bulking throughput and handling rate in the bulking operations, as well as higher tonnage handled in the transport business. Additionally, the division’s profit was further strengthened by higher contributions from the IT segment.

Sugar Division

The Division reported higher losses of RM54 million, compared to RM32 million in the corresponding quarter last year. Despite higher revenue this quarter, driven by increased average selling prices and incentives received for certain packed sugar sold in the domestic market, the losses were primarily attributed to the rapid appreciation of Ringgit against the USD, resulting in foreign exchange translation loss recorded in the quarter.

Going Forward

CPO production reached its peak in the third quarter, driven by improved palm productivity. Meanwhile, CPO prices remained elevated, bolstered by rising crude oil prices and concerns over reduced output from Malaysia and Indonesia in the fourth quarter of the year. Against this backdrop, the Plantation Division is intensifying its yield enhancement efforts, focusing on efficient crop recovery, loose fruit collection, and estate mechanisation.

The Logistics and Support Division continues to maintain strong performance, underpinned by high-quality logistics services, proactive customer engagement, and digital transformation efforts that enhance efficiency and reduce costs.

“FGV’s main priority is to deliver value to our stakeholders. While we remain vigilant of potential challenges such as market volatility and global economic pressures, I am confident that with our strong operational base, strategic initiatives, and dedicated team, we will achieve our objectives for the remainder of the year and beyond,” Fakhrunniam said.

 “As the newly appointed GCEO, I am committed to setting a bold and ambitious vision for FGV. Our priorities are focused on revenue opportunities and operational efficiency, driving our core business as we embrace sustainability across our entire supply chain, to become a sustainable national and global food and agri producer,” Fakhrunniam added.

ENDS

KUALA LUMPUR, 27 November 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan peningkatan ketara dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) berjumlah RM157 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 (S3 TK2024), berbanding RM83 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, hasil sumbangan Bahagian Perladangan dan Bahagian Logistik & Sokongan.

Hasil Kumpulan meningkat sebanyak 26 peratus kepada RM6.18 bilion berbanding RM4.91 bilion sebelumnya, manakala Keuntungan Selepas Cukai & Kepentingan Minoriti (PATAMI) meningkat kepada jumlah RM87 juta daripada RM32 juta.

Keuntungan Operasi FGV sebelum perubahan nilai saksama bagi Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan kemerosotan nilai berjumlah RM403 juta turut mencatat peningkatan berbanding RM207 juta yang dilaporkan dalam tempoh kewangan yang sama sebelumnya.

Peningkatan prestasi ini adalah disebabkan tandan buah segar (BTS) yang diproses, hasil dan pengurangan kos CPO ex-mill. Selain itu, harga purata minyak sawit mentah (MSM) dicatatkan pada RM3,980 satu tan metrik (MT), berbanding RM3,879 satu MT pada suku yang sama tahun lepas.

Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV (GCEO) berkata, “Prestasi kewangan kami terus menunjukkan kestabilan dan peningkatan. Bahagian Perladangan kami telah menjadi salah satu faktor utama dengan peningkatan yang luar biasa dalam pengeluaran dan hasil BTS. Walaupun menghadapi cabaran dalam beberapa segmen perniagaan, tumpuan strategik kami untuk meningkatkan operasi dan kecekapan membuahkan hasil, dan saya yakin FGV berada di landasan yang tepat bagi menutup tahun ini dengan kukuh.”

Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV (GCEO)

Bahagian Perladangan

Bahagian perladangan mencatatkan keuntungan berjumlah RM96 juta, peningkatan ketara daripada RM0.68 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas. Prestasi ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam pengeluaran BTS, yang meningkat kepada 1.20 juta MT daripada 1.00 juta MT. Peningkatan ini mempengaruhi hasil yang lebih tinggi sebanyak 4.72 sehektar sebanyak 27 peratus, disokong oleh corak penanaman, dan tumpuan strategik pada inisiatif pantas seperti pengumpulan biji lerai, penyingkiran tandan yang tidak dituai, peningkatan keselamatan hasil tanaman dan aksesibiliti yang lebih baik. Di samping itu, keuntungan Bahagian turut dipacu penurunan kos CPO ex-mill 20 peratus lebih rendah kepada RM2,231 setiap MT hasil pengurangan kos estet dan kos pemprosesan.

Walaupun, Kadar Perahan Minyak (OER) lebih rendah sebanyak 20.71 peratus, prestasi Kumpulan FGV masih kukuh dengan catatan OER yang melebihi kadar purata semasa negara. Pencapaian ketara ini adalah kerana kira-kira 72 peratus BTS diperoleh dari ladang – ladang luar. Jumlah BTS yang diterima, meningkat sebanyak 26 peratus, mencecah kepada 4.23 juta MT. Daripada jumlah ini, 1.19 juta MT (28 peratus) dihasilkan di ladang-ladang FGV, 1.78 juta MT (42 peratus) diperoleh daripada peneroka FELDA, dan 1.25 juta MT (30 peratus) diterima daripada pihak ketiga, hasil faktor keadaan cuaca yang baik.

Prestasi Bahagian terus meningkat dengan penambahbaikan dalam segmen R&D, hasil peningkatan volum jualan sebanyak 33 peratus dan keseluruhan margin keuntungan yang lebih tinggi dalam perniagaan baja. Walau bagaimanapun, keuntungan yang lebih tinggi ini turut dipengaruhi oleh peningkatan dalam caj nilai saksama ke atas LLA, yang meningkat kepada RM104 juta daripada RM67 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Bahagian ini juga mengalami kerugian susut nilai sebanyak RM115 juta dalam aset bukan semasa disebabkan pengeluaran getah yang lebih rendah dan penurunan dalam hektar BTS di kawasan tertentu.

Bahagian Minyak dan Lelemak

Bahagian Minyak dan lelemak mencatatkan keuntungan sebanyak RM95 juta, walaupun berdepan margin yang lebih rendah dalam komoditi pukal bagi segmen dagangan. Margin dalam segmen minyak makan juga terjejas akibat persaingan harga yang sengit dalam pasaran minyak masak botol domestik.

Walau bagaimanapun, impak keuntungan yang lebih rendah telah dikurangkan sebahagiannya oleh pengukuhan Ringgit berbanding USD yang mempengaruhi peningkatan keuntungan pertukaran asing, mengimbangi kerugian kadar tukaran asing pada tahun sebelumnya. Selain itu, perkongsian keuntungan daripada usaha sama juga bertambah baik, menunjukkan peningkatan kepada RM10 juta berbanding kerugian RM10 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bahagian Logistik dan Sokongan

Bahagian Logistik dan Sokongan kekal sebagai penyumbang utama kepada keuntungan dan prestasi keseluruhan Kumpulan, melaporkan peningkatan keuntungan kepada RM47 juta daripada RM42 juta pada suku yang sama tahun lepas. Peningkatan positif ini di adalah disebabkan oleh keuntungan yang lebih kukuh dalam segmen Logistik, dipengaruhi oleh peningkatan pengeluaran pukal dan kadar pengendalian dalam operasi pukal, serta peningkatan tan yang dikendalikan dalam perniagaan pengangkutan. Selain itu, keuntungan bahagian ini turut disumbang oleh segmen perniagaan IT.

Bahagian Gula

Bahagian Gula mencatatkan kerugian yang lebih tinggi sebanyak RM54 juta, berbanding RM32 juta pada suku yang sama tahun lepas.  Walaupun Bahagian Gula mendapat hasil yang lebih tinggi pada suku ini, didorong oleh peningkatan harga jualan purata dan insentif yang diterima untuk gula pek tertentu yang dijual di pasaran domestik, kerugian pula adalah disebabkan oleh peningkatan pesat Ringgit berbanding USD, mengakibatkan kerugian terjemahan pertukaran asing yang dicatatkan pada suku tersebut.

Melangkah ke Hadapan

Pengeluaran MSM mencapai kemuncaknya pada suku ketiga, ini adalah disebabkan oleh peningkatan produktiviti sawit. Sementara itu, harga MSM kekal tinggi, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap pengurangan pengeluaran dari Malaysia dan Indonesia pada suku keempat tahun ini. Disebabkan keadaan yang tidak menentu ini, Bahagian Perladangan sedang mempergiatkan usaha meningkatkan hasil, menumpukan pada pemulihan tanaman yang lebih teratur, pengumpulan buah-buahan lerai, dan mekanisasi ladang.

Bahagian Logistik dan Sokongan terus mengekalkan prestasi yang kukuh, disokong oleh perkhidmatan logistik berkualiti tinggi, khidmat pelanggan yang lebih proaktif, serta usaha transformasi digital yang meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos.

“Adalah menjadi keutamaan FGV bagi memacu nilai kepada pemegang saham kami. FGV akan terus berwaspada dengan potensi cabaran seperti turun naik pasaran dan tekanan ekonomi global. Saya yakin dengan asas operasi kami yang kukuh, inisiatif strategik serta dengan adanya pasukan berdedikasi, kami dapat mencapai objektif untuk mengakhiri tahun ini dan tahun–tahun mendatang dengan baik” kata Fakhrunniam.

“Sebagai GCEO yang baru dilantik, saya bertekad untuk menetapkan visi yang padu bagi FGV. Keutamaan kami adalah tertumpu kepada peluang pendapatan dan kecekapan operasi, memacu perniagaan teras kami, berpaksikan prinsip kelestarian di seluruh rantaian bekalan kami ke arah menjadi pengeluar makanan dan pertanian yang lestari di peringkat nasional dan global,” tambah Fakhrunniam.

TAMAT

Find