27 August 2024

FGV Holdings Berhad (FGV) reported a ten-fold increase in its Profit Before Tax (PBT) for the second quarter ended 30 June 2024 (Q2 FY2024), soaring to RM141 million from RM14 million registered in the same period last year, driven by higher profits in the Plantation and Logistics and Support Divisions.

The Group also saw a sharp increase in its Operating Profit (before fair value changes in Land Lease Agreement (LLA) and impairment), which jumped more than 100 percent to RM239 million from RM106 million in the same quarter last year. In addition, FGV’s Profit After Tax & Minority Interests (PATAMI) was also up to RM86 million, reversing the RM13 million loss in the corresponding quarter of the previous year.

This performance improvement was driven by higher margins on palm products due to high crude palm oil (CPO) prices, coupled with an increase in fresh fruit bunches (FFB) production and lower CPO cost ex-mill. The average CPO price realised was registered higher reaching RM4,103 per metric tonnes (MT), compared to RM4,000 per MT in the same quarter last year. However, profit gains were offset by weaker performance in the Sugar and Oils and Fats Divisions in the current quarter.

“FGV’s strong performance in Q2 FY2024 reinforces our commitments as we remain steadfast in implementing responsible and sustainable practices which have started showing good results in creating long-term value for our shareholders. As I always believe, “Sustainability comes first, growth and profit will follow,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

“FGV is a diversified company, operating across several sectors, including Plantation, Oils and Fats, Sugar, Logistics and Support, Consumer Products, and Integrated Farming Divisions. FGV’s core business model is distinct due to its blend of commercial objectives and social obligations. As Malaysia’s largest off-taker of smallholders’ FFB, we procure our FFB primarily from FELDA settlers and independent smallholders at market price and this business model is unique to FGV and not comparable to other listed palm oil companies. Amidst market volatility and environmental challenges, we expect a strong performance for the rest of the year, as we continue to put strong emphasis on sustainable practices across all our supply chain,” added Dato’ Nazrul.

 

Plantation Division

The Division posted a profit of RM101 million, a turnaround from the loss of RM62 million in the same quarter last year. The performance was influenced by the increase in FFB production to 0.96 million MT, leading to a higher yield of 3.76 MT per hectare due to improvements in crop patterns coupled with extensive rehabilitation exercise carried out in the previous year. Meanwhile, the oil extraction rate (OER) was registered slightly lower at 20.48 percent compared to 20.84 percent in the same quarter of the previous year.

Total FFB received increased by 34 percent driven by a significant increase in crop volumes, rising from 2.73 million MT to 3.66 million MT. In total, 0.96 million MT (26 percent) were produced internally, 1.11 million MT (30 percent) were sourced from third parties, and the remaining 1.59 million MT (44 percent) were received from FELDA settlers.

The Division’s performance was further enhanced by improvements in the R&D segment, driven primarily by higher margins and increased sales volume in the fertiliser business, as well as reduced losses in the Rubber segment. However, the higher profit was impacted by an increase in the fair value charge on the LLA, which rose to RM67 million from RM28 million in the corresponding quarter of the previous year.

 

Oils and Fats Division

The Division reported a profit of RM68 million, reflecting a reduction in margins within the bulk commodity segment despite increased sales volumes. The performance was also influenced by squeezed margins in the edible oils segment, driven by intense competition in the domestic market coupled with the low ceiling price on bottled cooking oil products imposed in April 2024. Additionally, the share of profit in joint ventures decreased to RM0.28 million from RM5.20 million in the previous year, due to lower product margins in the oleochemical joint venture.

 

Logistics and Support Division

The Division reported a notable profit increase to RM38 million, up from RM23 million in the same quarter last year. This improvement was primarily driven by higher profits in the Logistics segment, fuelled by increased tonnage and improved handling rates in both transport and bulking businesses. Additionally, the Division benefited from higher contributions from the IT segment and the travel business, particularly aligned with the Hajj season during the current quarter.

 

Sugar Division

The Division reported higher losses of RM30 million despite higher revenue driven by increased average selling prices and incentives for certain packed sugar sold domestically, the losses were primarily due to high input costs, mainly for raw sugar and freight, as well as the weakening of the Ringgit Malaysia. These challenges persisted despite better capacity utilisation.

 

Going Forward

Despite easing foreign labour shortages and favourable weather conditions, CPO prices are expected to remain volatile, fluctuating between RM3,800 and RM4,000 per MT. However, demand and supply for palm oil are expected to remain steady in the second half of the year.

Operationally, FGV will focus on enhancing its plantation operations yield through improved crop harvesting and mechanisation, while diversifying its FFB supplier base to bolster supply chain stability. On the cost side, the decline in fertiliser prices is expected to ease production costs throughout 2024.

The Sugar Division remains wary of rising geopolitical tensions that may affect input costs and financial performance. The Division is strengthening its presence in both domestic and export markets, while exploring new regional opportunities. Meanwhile, the Logistics and Support Division will focus on growth through strategic collaborations and digitalisation within the logistics and technology operations.

On the sustainability front, FGV had also launched its enhanced Sustainability Framework in July that strengthened its commitments to five key pillars: economic growth, governance, social, environmental, and innovation and technology. Additionally, on 30 June 2024, FGV submitted a petition to the United States Customs and Border Protection (US CBP) to modify the Withhold Release Order (WRO).

 

2024 FGV Merdeka Campaign

Leveraging on the upcoming 67th Merdeka and Malaysia Day celebrations, FGV is launching its inaugural campaign in celebrating the unity and the prosperity of Malaysia. Themed “Teruskan Meneroka“, the short clip is produced as an appreciation to the unsung heroes who have “explored” their own ways in contributing to the progress of Malaysia including the blood, sweat and tears of FELDA settlers and smallholders where 70 percent of our FFB are sourced from. It also underscores FGV’s commitment to nation-building, economic progress, ESG, achievements and collective efforts of multi-racial Malaysians towards a more sustainable future.

Teruskan Meneroka” will be prominently featured across FGV Holdings’ social media platforms including Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn and YouTube as well as at www.fgvholdings.com.

ENDS

FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan peningkatan sepuluh kali ganda bagi Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (S2 TK2024), dengan lonjakan kepada RM141 juta daripada angka RM14 juta pada suku yang sama tahun lalu, didorong oleh keuntungan yang lebih tinggi oleh Bahagian Perladangan serta Bahagian Logistik dan Sokongan.

Kumpulan FGV turut mencatatkan peningkatan mendadak bagi Keuntungan Operasi (sebelum perubahan nilai saksama bagi Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan kemerosotan nilai), yang menjangkau lebih 100 peratus kepada RM239 juta daripada RM106 juta pada suku yang sama tahun lalu. Selain itu, Keuntungan Selepas Cukai & Kepentingan Minoriti (PATAMI) FGV turut meningkat kepada RM86 juta, berbanding kerugian RM13 juta pada suku yang sama pada tahun lalu.

Peningkatan prestasi ini dipengaruhi oleh margin yang lebih tinggi bagi produk sawit berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi, ditambah dengan peningkatan tandan buah segar (BTS). Harga purata MSM dicatatkan lebih tinggi pada RM4,103 bagi setiap tan metrik (MT), berbanding RM4,000 bagi setiap MT pada suku yang sama tahun lalu. Walau bagaimanapun, keuntungan dicatat sedikit terkesan akibat kemerosotan prestasi bagi Bahagian Gula serta Bahagian Minyak dan Lelemak pada suku semasa.

“Prestasi cemerlang FGV pada S2 TK2024 ini memperkukuhkan komitmen FGV dalam melaksanakan amalan bertanggungjawab dan lestari, yang mula menunjukkan hasil memberangsangkan, terutamanya dalam mencipta nilai jangka panjang untuk para pemegang saham. Saya sentiasa percaya, apabila “Kelestarian diutamakan, pertumbuhan dan keuntungan akan menyusul,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

“FGV merupakan sebuah syarikat yang menjalankan pelbagai segmen perniagaan, beroperasi menerusi beberapa sektor, termasuk Perladangan, Minyak dan Lelemak, Gula, Logistik dan Sokongan, Produk Pengguna, serta Pertanian Bersepadu. Model perniagaan FGV begitu unik hasil gabungan objektif komersial dan kewajipan sosial.  Sebagai pembeli BTS terbesar daripada pekebun kecil Malaysia, sumber BTS di operasi kami diperoleh daripada peneroka FELDA dan pekebun kecil bebas yang dibeli pada harga pasaran. Model perniagaan unik ini tidak boleh dibandingkan secara langsung dengan syarikat minyak sawit senaraian awam yang lain. Walaupun berhadapan dengan pasaran yang tidak menentu dan pelbagai cabaran alam sekitar, FGV kekal optimis menjangkakan prestasi yang kukuh bagi sepanjang tahun ini, selaras dengan penekanan terhadap amalan bertanggungjawab dan lestari  merentasi semua rantaian bekalan kami,” tambah Dato’ Nazrul.

 

Bahagian Perladangan

Bahagian Perladangan mencatatkan keuntungan sebanyak RM101 juta, penambahbaikan daripada kerugian RM62 juta pada suku yang sama tahun lepas. Prestasi tersebut didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran BTS kepada 0.96 juta MT, yang membawa kepada hasil yang lebih tinggi sebanyak 3.76 MT sehektar berikutan penambahbaikan dalam corak penanaman serta latihan pemulihan meluas yang dijalankan pada tahun sebelumnya. Sementara itu, kadar perahan minyak (OER) dicatatkan lebih rendah sedikit pada 20.48 peratus berbanding 20.84 peratus pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Jumlah BTS yang diterima meningkat sebanyak 34 peratus didorong oleh peningkatan ketara dalam jumlah tanaman, meningkat daripada 2.73 juta MT kepada 3.66 juta MT. Secara keseluruhan, 0.96 juta MT (26 peratus) dihasilkan di ladang-ladang FGV, 1.11 juta MT (30 peratus) diperoleh daripada pihak ketiga, dan baki 1.59 juta MT (44 peratus) diterima daripada peneroka FELDA.

Prestasi Bahagian ini diperkukuhkan lagi dengan penambahbaikan dalam segmen R&D, didorong oleh margin yang lebih tinggi dan peningkatan jualan bagi perniagaan baja, serta pengurangan kerugian bagi perniagaan Getah. Bagaimanapun, keuntungan yang lebih tinggi itu sedikit terkesan oleh peningkatan bagi caj nilai saksama ke atas LLA, yang meningkat kepada RM67 juta daripada RM28 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

 

Bahagian Minyak dan Lelemak

Bahagian melaporkan keuntungan sebanyak RM68 juta disebabkan pengurangan margin dalam segmen komoditi pukal walaupun jumlah jualan meningkat. Prestasi itu turut dipengaruhi oleh margin tipis dalam segmen minyak boleh dimakan, ditambah dengan persaingan sengit dalam pasaran domestik serta harga siling rendah bagi produk minyak masak botol yang berkuatkuasa bermula April 2024.

Selain itu, saham keuntungan bahagian perniagaan usaha sama menurun kepada RM0.28 juta dari RM5.20 juta pada tahun sebelumnya, disebabkan margin produk yang lebih rendah dalam usaha sama oleokimia.

 

Bahagian Logistik dan Sokongan

Bahagian melaporkan peningkatan keuntungan yang ketara pada RM38 juta, peningkatan daripada RM23 juta pada suku yang sama tahun lalu. Peningkatan ini didorong oleh keuntungan yang lebih tinggi bagi segmen Logistik, dipacu oleh peningkatan perkhidmatan serta kadar pengendalian yang lebih baik bagi perniagaan pengangkutan dan simpanan pukal. Di samping itu, keuntungan Bahagian Logistik dan Sokongan turut menerima hasil sumbangan yang lebih tinggi daripada perkhidmatan IT serta perniagaan pelancongan, sempena dengan musim haji pada suku semasa.

 

Bahagian Gula

Bahagian Gula melaporkan peningkatan kerugian sebanyak RM30 juta walaupun meraih hasil lebih tinggi yang didorong oleh peningkatan harga jualan purata dan insentif untuk pek gula pasaran domestik. Kerugian itu disebabkan oleh kos input yang tinggi, terutamanya bagi kos gula mentah, kos pengangkutan, serta kelemahan Ringgit Malaysia. Cabaran-cabaran ini berterusan walaupun syarikat mengamalkan penggunaan kapasiti yang cekap.

 

Prospek Hadapan

Walaupun bekalan tenaga kerja asing dan keadaan cuaca semakin stabil, harga MSM dijangka akan terus tidak menentu dengan turun naik antara RM3,800 dan RM4,000 setiap MT. Bagaimanapun, permintaan dan penawaran minyak sawit dijangka kekal stabil pada separuh kedua tahun ini.

Dari segi operasi, FGV akan fokus kepada meningkatkan hasil operasi ladang sawit melalui amalan penuaian dan mekanisasi tanaman yang lebih baik, serta mempelbagaikan sumber bekalan BTS untuk meningkatkan kestabilan rantaian bekalan. Dari segi kos, penurunan harga baja dijangka mengurangkan kos pengeluaran sepanjang 2024.

Bahagian Gula kekal berwaspada dengan ketegangan geopolitik yang mungkin menjejaskan kos input dan nilai matawang ringgit. Bahagian Gula mengukuhkan kedudukannya di pasaran domestik dan eksport, sambil meneroka peluang di rantau baharu. Sementara itu, Bahagian Logistik dan Sokongan akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan melalui kerjasama strategik dan pendigitalan dalam operasi logistik dan teknologi.

Dari aspek Kelestarian, FGV telah melancarkan Rangka Kerja Kelestarian yang dipertingkatkan pada bulan Julai yang lalu, mengukuhkan komitmennya kepada lima tonggak utama: pertumbuhan ekonomi, tadbir urus, sosial, alam sekitar serta inovasi dan teknologi. Selain itu, pada 30 Jun 2024, FGV telah menyerahkan petisyen kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP AS) Amerika Syarikat bagi mengangkat Perintah Pelepasan Penahanan (WRO).

 

Kempen Merdeka FGV 2024

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67 dan Hari Malaysia akan datang, FGV buat pertama kalinya melancarkan kempen bagi meraikan perpaduan dan kemakmuran Malaysia. Dengan tema “Teruskan Meneroka”, video pendek ini dihasilkan sebagai penghargaan kepada wira tidak didendang yang telah “meneroka” dengan cara mereka sendiri dalam menyumbang kepada kemajuan Malaysia menerusi keringat, darah dan air mata peneroka FELDA dan pekebun kecil yang menyumbang 70 peratus buah tandan segar kepada FGV. Video tersebut juga menekankan komitmen FGV kepada pembangunan negara, kemajuan ekonomi, ESG, pencapaian serta usaha kolektif rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah masa depan yang lebih lestari.

“Teruskan Meneroka” akan disiarkan secara meluas di semua platform media sosial FGV Holdings termasuk Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube serta di laman www.fgvholdings.com.

TAMAT

Find