5 July 2024

KUALA LUMPUR, 5 JULY 2024FGV Holdings Berhad (FGV) is pleased to announce that on 30 June 2024, the Group submitted its petition to the United States Customs and Border Protection (CBP) for the modification of the Withhold Release Order (WRO) that was issued in September 2020 on palm oil and palm oil products made by FGV. The submission comes after significant remediation efforts across its operations towards ensuring full enjoyment of labour rights and improving the welfare of workers.    

FGV appointed LRQA (formerly known as ELEVATE) as an independent third-party to assess FGV’s palm oil operations against the relevant labour standards, in particular the International Labour Organization (ILO) Indicators of Forced Labour. FGV also appointed Crowell & Moring as its legal counsel to advise the Group on requirements stipulated by US and international law to address the WRO.  

Over the years, as part of the steps to address the WRO, FGV implemented a comprehensive remediation plan to close identified gaps in its labour practices and to align its operations with internationally recognised ethical labour standards. 

Among a number of corrective measures, a key component of FGV’s remediation plan involved reimbursing recruitment fees to its migrant workers. FGV has allocated a total of RM112 million for this purpose and has spent RM85.29 million to reimburse 22,600 workers to date.  

The remediation plan includes the: 

  • strengthening of FGV’s procedures for the recruitment of migrant workers in line with ethical recruitment principles and standards, evidenced by enhancing due diligence measures in the appointment of recruitment agencies.  
  • enhancing infrastructure and housing facilities. During the time frame 2018-2023, a total of RM 487 million was spent to upgrade and construct new housing as well as enhancing internet connection in remote areas. An additional RM 605 million is further allocated for 2024-2026 to further enhance the infrastructures and housing facilities for workers. This also includes enhancing workers’ access to internet connection at estates in remote areas by installing internet satellite facilities.     
  • strengthening FGV’s grievance mechanism by updating its grievance policies and procedures, establishing a Grievance Management Committee and rolling out a third-party grievance channel, Suara Kami, that is accessible to all workers across FGV’s estates and mills.  
  • promoting workers’ right to freedom of association and facilitating the enjoyment of the right to join unions through collaboration with the National Union of Plantation Workers (NUPW). 

These initiatives, which are also highlighted in FGV’s submission to CBP, reflect FGV’s seriousness in modifying the WRO. FGV’s submission also sets out additional guidance and advice from the Group’s advisors and consultants that demonstrates FGV’s efforts in addressing the 11 ILO Indicators of Forced Labour. With the improvements and enhancements to its labour practices, it is FGV’s utmost hope that its petition will lead to the modification of the WRO by the US CBP.  

FGV remains steadfast in its commitment to promoting human rights as a fundamental pillar of FGV’s corporate values. The company will continue to advance its rigorous ethical standards and labor practices, ensuring the fair treatment and fulfilment of rights of all workers across its operations in the years to come.  

FGV’s commitment to the three pillars of its Group Sustainability Policy (GSP), which are promoting inclusive economic growth, respecting human rights and protecting the environment has transformed FGV into a responsible and sustainable company that continues to champion the sustainability agenda as part of its mission and vision.

ENDS

KUALA LUMPUR, 5 JULY 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pada 30 Jun 2024, Kumpulan telah mengemukakan petisyennya kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat untuk mengubah status Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) yang dikeluarkan pada September 2020 terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dihasilkan oleh FGV. Pengemukaan ini dilakukan selepas usaha pemulihan signifikan yang dijalankan di seluruh rantaian operasinya bagi memastikan pematuhan penuh terhadap hak-hak buruh dan kebajikan pekerja.

FGV telah melantik LRQA (dahulunya dikenali sebagai ELEVATE) sebagai pihak ketiga bebas untuk menjalankan penilaian terhadap operasi minyak sawit FGV berdasarkan piawaian buruh yang relevan, terutamanya Petunjuk Buruh Paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). FGV turut melantik Crowell & Moring sebagai penasihat undang-undangnya untuk khidmat nasihat bagi menangani WRO berdasarkan undang-undang yang ditetapkan AS dan antarabangsa.

Untuk tempoh beberapa tahun ini, FGV telah melaksanakan pelan pemulihan yang komprehensif bagi merapatkan jurang amalan buruh yang dikenal pasti dan menyelaraskan keseluruhan operasi mengikut piawaian buruh beretika yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Antara langkah yang diambil adalah menerusi komponen utama pelan pemulihan iaitu pembayaran balik yuran pengambilan pekerja kepada pekerja migrannya. FGV telah memperuntukkan sejumlah RM122 juta untuk tujuan ini dan sehingga kini, FGV telah membayar sebanyak RM85.29 juta kepada 22,600 pekerja.

Pelan pemulihan termasuk:

  • mengetatkan prosedur FGV untuk pengambilan pekerja migran selaras dengan prinsip dan piawaian pengambilan beretika, yang dibuktikan dengan meningkatkan langkah-langkah usaha wajar dalam pelantikan agensi pengambilan pekerja
  • menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan perumahan. Dalam tempoh masa 2018-2023, sejumlah RM487 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf dan membina perumahan baru serta sambungan internet di kawasan terpencil. Tambahan RM605 juta lagi diperuntukkan untuk 2024-2026 untuk terus penaiktarafan berterusan infrastruktur dan kemudahan perumahan untuk pekerja. Ini termasuk memastikan akses internet di ladang-ladang di kawasan terpencil dengan memasang kemudahan satelit internet.
  • mengukuhkan mekanisme aduan FGV dengan mengemaskini polisi dan prosedur aduan, menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan melancarkan saluran aduan pihak ketiga, Suara Kami, yang boleh diakses oleh semua pekerja di ladang dan kilang FGV.
  • mempromosikan hak pekerja untuk kebebasan berkesatuan dan memberikan penerangan mengenai perkara ini melalui kerjasama dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Perladangan Kebangsaan (NUPW).

Inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini turut diketengahkan dalam pengemukaan FGV kepada CBP, membuktikan kesungguhan FGV dalam meminda status WRO. Petisyen yang dikemukakan turut merangkumi panduan dan nasihat tambahan daripada penasihat dan perunding yang menunjukkan usaha FGV dalam menangani 11 Petunjuk Buruh Paksa ILO. Dengan peningkatan dan penambahbaikan dalam amalan buruhnya, FGV berharap bahawa petisyen yang dikemukakan untuk meminda status WRO, diterima CBP AS.

FGV kekal komited dalam usaha untuk menegakkan hak asasi manusia yang merupakan salah satu tonggak untama nilai korporat FGV. Kumpulan akan terus memperkukuhkan piawaian etika dan amalan buruh yang ketat, memastikan layanan yang adil dan memastikan hak semua pekerja  di seluruh operasinya dijaga untuk tahun-tahun yang akan datang. 

TAMAT

Find