DUBAI, 21 February – FGV Holdings Berhad (FGV) further expands its footprint in the Food & Beverages (F&B) segment in the Middle East and North Africa (MENA) market with the introduction of two new food products under its renowned SAJI brand; SAJI Sweetened Creamer and SAJI Evaporated Creamer.
SAJI Sweetened Creamer offers a simple and delicious way to sweeten and enhance the flavor of coffee, tea, or smoothies without additional sugar or flavorings. Featuring a single-serve option in 40g sachets, alongside larger packaging sizes of 390g and 500g, it is crafted from milk solids, sugar, and palm oil, offering a lower-calorie and lower-fat alternative.
FGV expanded its footprint in the Middle East and North Africa with the introduction of two new products SAJI Sweetened Creamer and SAJI Evaporated Creamer
Complementing this offering is an unsweetened option, SAJI Evaporated Creamer that is available in 170g and 380g packaging. This product adds a luscious texture and richer taste to beverages like coffee, tea, and hot chocolate, elevating their flavor profiles to new heights.
With an extended shelf life, both creamers serve as pantry essentials, ensuring availability whenever needed and minimising waste by eliminating the need for refrigeration. Furthermore, their versatility extends beyond beverages, as they serve as indispensable ingredients in a myriad of recipes, including desserts, baked goods, and savory dishes, offering consumers boundless culinary possibilities.
From left: Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Chairman of Federal Land Development Authority (FELDA), H.E. Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Ambassador of Malaysia to the United Arab Emirates, Tan Sri Rastam Mohd Isa, Chairman of FGV and YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Chairman of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
The product was unveiled at Gulfood 2024, the world’s largest food exhibition held at the Dubai World Trade Centre from 19 to 23 February. It was officially launched by the H.E. Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Ambassador of Malaysia to the United Arab Emirates. Also present, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Chairman of Federal Land Development Authority (FELDA), Tan Sri Rastam Mohd Isa, Chairman of FGV, Malaysian Government Officials as well as Board Member and Senior Management of FELDA and FGV.
“We are proud to introduce SAJI Sweetened Creamer and SAJI Evaporated Creamer to the MENA market. In the fast-paced MENA region, convenience is key. Both products combine high-quality ingredients with convenience and versatility, catering to the evolving needs of today’s consumers. By simplifying the process of measuring and mixing, they’re perfect for busy individuals and those with on-the-go lifestyles. With these two additions, it brings the total to three after we launched ADELA Margarine at the same event last year. We are confident that they will resonate with audiences throughout the region and solidify FGV’s presence as a trusted food company,” said Tan Sri Rastam.
FGV is fully committed to meeting the surging demand for quality, nourishing and affordable products in the market through its various consumer food brands such as SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 and BRIGHT COW. Being one of the key food players in Malaysia, FGV aims to play a significant role in the country’s national food security agenda by bringing high-quality and nutritious food products at affordable prices to all Malaysians and in achieving our vision in delivering sustainable foods and agriproducts to the world.
“Expanding from our successful foothold in Malaysia’s creamer market since 2010, we are excited to embark on a journey into the vibrant MENA region. Our deep understanding of product penetration strategies within this category, coupled with our unwavering commitment to sustainability, positions us well for international expansion. We plan to tap into FGV’s established reputation and forge strategic partnerships with local distributors to export our products across the MENA region,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.
He added, “Rooted in a deep commitment to sustainability, our company aligns its business practices with globally recognised initiatives such as the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs) as we are subjected to increasingly stringent global sustainability standards. In FGV, we believe that sustainability comes first, profit and growth will follow.”
During Gulfood 2023, FGV unveiled ADELA Margarine, a multi-purpose margarine made from the finest palm oils and enriched with 9 vitamins. Since its debut, ADELA Margarine has garnered interest, sparking numerous inquiries and fostering positive discussions about its attributes. These early signs of interest indicate a promising future for ADELA Margarine, hinting at its imminent establishment in the market.
The demand for Malaysian F&B products in the MENA region has been growing its popularity. In 2023, Malaysia’s exports of processed food recorded at RM30.3 billion from RM28.4 billion the previous year. The MENA market is a large and diverse region with a rapidly growing population and a rapidly expanding economy, making it an attractive destination for businesses looking to expand their customer base.
FGV is a leading global agribusiness company based in Malaysia and is one of the largest producers of Crude Palm Oil (CPO) in the world. The Group is the biggest off-taker of smallholders’ fresh fruit bunches (FFB) in Malaysia by procuring FFB from FELDA settlers and independent smallholders at a price set by the Malaysian Palm Oil Board (MPOB), contributing to 70 percent of our total processed FFB. FGV’s commitment extends beyond business as the Group continues to fulfil its social obligations to support local communities and contribute to nation-building.
FGV is present in Asia, the Middle East, North America and Europe with a workforce of over 45,000 people. It operates in various divisions including Plantation, Sugar, Oils & Fats, Integrated Farming, Consumer Products, as well as Logistics & Support.
ENDS
DUBAI, 20 Februari – FGV Holdings Berhad (FGV) meluaskan lagi kehadirannya dalam segmen Makanan & Minuman (F&B) di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) dengan memperkenalkan dua produk makanan baharu di bawah jenama SAJI; Krimer Pekat Manis SAJI dan Krimer Sejat SAJI.
Krimer Pekat Manis SAJI merupakan alternatif yang mudah dan lazat untuk minuman seperti kopi, teh atau ‘smoothie’ yang memaniskan serta melengkapkan rasa hidangan tanpa gula atau perasa tambahan. Menampilkan pilihan dalam pek 40g untuk penggunaan sekali, produk ini turut didatangkan dalam saiz yang lebih besar iaitu 390g dan 500g. Krimer ini dihasilkan daripada pepejal susu, gula dan minyak sawit, lebih rendah kalori dan rendah lemak.
FGV Holdings Berhad (FGV) meluaskan lagi kehadirannya di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) dengan kehadiran dua produk makanan baharu di bawah jenama SAJI; Krimer Pekat Manis SAJI dan Krimer Sejat SAJI
Turut diperkenalkan adalah pilihan tanpa gula, Krimer Sejat SAJI yang boleh didapati dalam pek 170g dan 380g. Produk ini menambah tekstur yang lebih berkrim untuk minuman seperti kopi, teh dan coklat panas serta mampu menambah kelazatan hidangan.
Kedua-dua produk ini menawarkan jangka hayat yang lebih lama, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk menjadikannya barangan keperluan dapur yang senang untuk digunakan. Tambahan lagi, produk ini bukan sekadar untuk penyediaan minuman, ia boleh digunakan dalam pelbagai resipi masakan seperti pencuci mulut, kek, roti serta hidangan lauk pauk.
Dari kiri: Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu, Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV dan juga YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
Majlis pelancaran kedua–dua produk ini telah diadakan di Gulfood 2024, ekspo makanan terbesar di dunia yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Dubai pada 19 hingga 23 Februari. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu. Turut hadir, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV, Barisan Pegawai Kerajaan Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah serta Pengurusan Kanan FELDA dan FGV.
“Kami berbesar hati memperkenalkan Krimer Pekat Manis SAJI dan Krimer Sejat SAJI untuk pasaran MENA ini. Kedua-dua produk ini adalah hasil daripada gabungan bahan-bahan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini. Di rantau MENA yang segalanya serba pantas, produk ini mudah untuk digunakan bagi penyediaan hidangan serta minuman, bersesuaian dengan gaya hidup pengguna. Ini merupakan produk kedua dan ketiga keluaran FGV selepas kami melancarkan marjerin ADELA pada Gulfood tahun lalu. Kami yakin produk-produk kami akan menerima sambutan yang baik di rantau ini, sekaligus mengukuhkan kehadiran FGV sebagai syarikat makanan yang dipercayai di pasaran luar negara,” kata Tan Sri Rastam.
FGV adalah komited sepenuhnya bagi memenuhi permintaan yang meningkat bagi produk berkualiti, berkhasiat dan mampu milik di pasaran melalui pelbagai jenama barangan penggunanya seperti SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 dan BRIGHT COW. Sebagai salah satu pengeluar makanan utama di Malaysia, FGV berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam agenda sekuriti makanan negara dengan mengeluarkan produk makanan berkualiti tinggi dan berkhasiat pada harga yang berpatutan kepada semua rakyat Malaysia dan dalam mencapai visi kami dalam menyediakan makanan dan produk pertanian lestari kepada dunia.
“Bagi meneruskan jejak kami di pasaran krimer tempatan yang bermula sejak tahun 2010, kami teruja untuk menembusi pasaran rantau MENA ini. Pengalaman kami dalam strategi penembusan produk bagi kategori ini, serta komitmen kukuh kami terhadap kelestarian, menjadikan kami lebih bersedia untuk melebarkan sayap kami di persada antarabangsa. FGV berhasrat untuk menggunakan reputasi FGV sebagai syarikat terkemuka bagi membina hubungan strategik dengan pengedar tempatan untuk memasarkan produk-produk kami di rantau ini,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.
Tambah beliau, “Berasaskan komitmen kami kepada agenda kelestarian, FGV telah menyelaraskan operasi perniagaan syarikat berpandukan kepada inisiatif-inisiatif yang teriktiraf di peringkat global seperti Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerana FGV tekad bagi menepati piawaian kelestarian antarabangsa. Di FGV kami percaya bahawa apabila kelestarian diutamakan, keuntungan dan pertumbuhan syarikat akan menyusul.”
Pada Gulfood 2023, FGV telah melancarkan Marjerin ADELA, marjerin pelbagai guna yang diperbuat daripada minyak sawit terbaik dan diperkaya dengan 9 vitamin. Sejak kemunculannya, Marjerin ADELA telah berjaya menarik minat dan pertanyaan dari pelbagai pihak. Ini membuktikan permintaan Marjerin Adela yang semakin kukuh di pasaran MENA.
Permintaan bagi produk makanan dan minuman keluaran di rantau MENA adalah semakin popular. Pada 2023, eksport makanan diproses Malaysia mencatatkan nilai sebanyak RM30.3 bilion berbanding dengan RM28.4 bilion tahun sebelumnya. Pasaran dan ekonomi MENA berkembang pesar dengan percambahan populasi menjadikannya rantau ini destinasi yang tepat bagi perniagaan untuk meluaskan pangkalan pengguna.
FGV merupakan syarikat perniagaan tani global terkemuka yang berpangkalan di Malaysia dan merupakan salah satu pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar di dunia. Kumpulan FGV adalah pengeluar terbesar buah tandan segar (BTS) pekebun kecil di Malaysia dengan memperoleh BTS daripada peneroka FELDA dan pekebun kecil bebas pada harga yang ditetapkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang juga menyumbang kepada 70 peratus daripada jumlah BTS pemprosesan FGV. Komitmen FGV melangkaui perniagaan yang terus memenuhi kewajipan sosial dengan menyokong komuniti tempatan dan menyumbang kepada pembinaan negara bangsa.
FGV turut beroperasi di Asia, Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah dengan tenaga kerja lebih 45,000 orang. Ia beroperasi dalam pelbagai Bahagian iatitu Perladangan, Gula, Minyak & Lemak, Pertanian Bersepadu, Produk Pengguna, serta Logistik & Sokongan.
TAMAT