14 July 2024

SERDANG, 14 July 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) is taking a bold step forward, solidifying its role as a champion for the National Food Security Agenda through one of its initiatives – the launch of KedaiFGV.com. This online platform signifies FGV’s transformation into a robust National Food Security Company, leveraging the power of digital commerce to deliver high-quality local produce directly to Malaysians. 

KedaiFGV.com serves as a cornerstone of FGV’s commitment to ensuring a stable, secure supply of high-quality and nutritious food products at affordable prices for the nation. This initiative aligns with FGV’s vision of delivering sustainable foods and agriproducts to the world. KedaiFGV.com leverages innovation and technology, a key pillar of FGV’s Sustainability Framework, to promote exploration of sustainable solutions for a more secure future. 

This one-stop online marketplace offers a comprehensive selection of trusted FGV food brands, including SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 and BRIGHT COW. By providing convenient access to locally-sourced products, KedaiFGV.com empowers Malaysians to actively participate in strengthening the National Food Security Agenda through their everyday purchases. 

The official launch, held at Festival FGV in conjunction with Hari Peneroka FELDA 2024 at Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang, was officiated by YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia. This act underscores the government’s support for FGV’s national food security initiatives. 

KedaiFGV.com offers a user-friendly online platform, for a seamless and hassle-free shopping experience. From household cooking ingredients to rice, dairy products and fresh produce, KedaiFGV.com prioritises swift delivery, with next-day service through partnerships with integrated last mile delivery solutions providers ensuring products arrive promptly and maintain their quality.

Complementing FGV’s existing retail presence, KedaiFGV.com is dedicated exclusively to FGV products. The platform prioritizes affordability, offering competitive prices on a wide range of grocery items that are often lower than those found in traditional retail stores. Moreover, KedaiFGV.com features specially curated food baskets and bundles at promotional prices, providing additional savings opportunities for its customers.

“KedaiFGV.com marks a turning point for FGV. As a National Food Security Company, we’re embracing innovation to empower Malaysians with convenient access to high-quality, locally-sourced food. This not only enhances customer satisfaction but also strengthens our nation’s food security. KedaiFGV.com is the first step in a long-term vision, paving the way for physical stores and sustainable agricultural practices that will ensure a secure and prosperous food future for generations to come,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV. 

Projecting significant revenue contributions this year, KedaiFGV.com is poised to become a major force in Malaysia’s food security landscape. By ensuring a stable supply of high-quality, locally-sourced produce, KedaiFGV.com plays a vital role in promoting sustainable agricultural practices and fortifying Malaysia’s food security for the future. Visit KedaiFGV.com to explore our products and support Malaysia’s journey towards food security. 

ENDS

SERDANG, 14 Julai 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) mengorak langkah ke hadapan dengan meneruskan aspirasi syarikat dalam memperjuangkan Agenda Keterjaminan Makanan Negara melalui salah satu inisiatifnya – pelancaran KedaiFGV.com. Platform atas talian ini menzahirkan transformasi FGV menjadi Syarikat Keterjaminan Makanan Negara yang utuh, yang menggunapakai platform dagangan digital untuk membawa produk-produk keluaran tempatan berkualiti tinggi secara terus kepada pengguna Malaysia.

KedaiFGV.com berperanan sebagai komitmen utama FGV dalam memastikan kestabilan bekalan produk makanan berkualiti tinggi dan berkhasiat pada harga yang berpatutan untuk masyarakat. Inisiatif ini sejajar dengan visi FGV untuk menyediakan produk makanan dan pertanian yang lestari kepada dunia. KedaiFGV.com menerapkan elemen-elemen inovasi dan teknologi dalam rekaan platformnya, selari dengan tonggak utama Rangka Kerja Kelestarian FGV untuk menggalakkan penerokaan penyelesaian mampan bagi masa depan yang lebih terjamin.

Platform atas talian sehenti ini menawarkan pelbagai pilihan dari jenama-jenama makanan  keluaran FGV yang diyakini ramai, seperti SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 dan BRIGHT COW. Dengan menyediakan akses di hujung jari bagi untuk mendapatkan produk-produk keluaran tempatan, KedaiFGV.com secara langsung memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian secara aktif dalam memperkukuh Agenda Keterjaminan Makanan Negara dalam pembelian harian mereka.

Pelancaran KedaiFGV.com yang bertempat di Festival FGV sempena Hari Peneroka FELDA 2024 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Acara ini ini menggariskan sokongan Kerajaan MADANI terhadap inisiatif keterjaminan makanan negara oleh FGV.

KedaiFGV.com menawarkan platform atas talian yang mesra pengguna untuk pengalaman membeli-belah secara lancar dan tanpa kerumitan. Daripada bahan masakan isi rumah kepada beras, produk tenusu dan hasil segar, KedaiFGV.com mengutamakan penghantaran pantas dengan menyediakan penghantaran hari esok dan dengan kerjasama rakan kongsi penyedia perkhidmatan penghantaran, KedaiFGV.com dapat memberi jaminan bahawa produk yang dipesan akan tiba dengan cepat dan selamat bagi mengekalkan kualiti barangan.

Melengkapkan platform sedia ada, KedaiFGV.com menawarkan produk FGV secara ekslusif di atas talian. Platform ini mengutamakan harga mampu milik yang kompetitif untuk pelbagai jenis barangan runcit pada harga yang lebih rendah berbanding di luar. Selain itu, KedaiFGV.com menawarkan pek-pek promosi pada harga istimewa, memberikan lebih penjimatan tambahan untuk pelanggannya.

“Perasmian KedaiFGV.com menandakan lembaran baharu bagi FGV. Sebagai Syarikat Keterjaminan Makanan Negara, kami mendukung inovasi dan memberi pengguna Malaysia akses mudah kepada makanan berkualiti tinggi keluaran tempatan. Ini bukan sahaja meningkatkan kepuasan pelanggan malah turut mengukuhkan keterjaminan makanan negara. KedaiFGV.com ialah langkah pertama dalam visi jangka panjang FGV, yang akan membawa kepada pembukaan kedai fizikal serta amalan pertanian lestari yang akan memastikan bekalan makanan yang selamat dan maju untuk generasi akan datang,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Dengan unjuran keuntungan yang tinggi tahun ini, KedaiFGV.com bersedia untuk menjadi pemain utama dalam landskap keterjaminan makanan Malaysia. Dengan memastikan bekalan yang stabil bagi hasil keluaran tempatan yang berkualiti tinggi, KedaiFGV.com memainkan peranan penting dalam mempromosikan amalan pertanian lestari dan memperkukuh keterjaminan makanan negara untuk generasi akan datang. Lawati KedaiFGV.com untuk meneroka produk-produk kami dan menyokong perjalanan Malaysia ke arah keterjaminan makanan.

TAMAT

 

Find