28 May 2024

KUALA LUMPUR, 28 May 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) navigated a challenging first quarter ended 31 March 2024 (Q1 FY2024), securing a Profit Before Tax (PBT) of RM50 million. This outcome highlights the value of the Group’s diversified business portfolio as well as the strong performance in the Sugar Division that offsets pressures on palm product margins.

The Group reported an improved Operating Profit (before fair value changes in Land Lease Agreement (LLA) and impairment) of RM164 million compared to RM102 million in the same period last year.

The Group faced lower crude palm oil (CPO) margins and fresh fruit bunch (FFB) yield. Additionally, the Logistics and Support Division experienced a decrease in throughput for bulking and total tonnage for transport.

However, Sugar Division’s strong performance significantly countered these challenges; benefited from an increase in Average Selling Price (ASP) and lower refining costs, as well as driven by a higher Utilisation Factor (UF) and lower gas prices. Additionally, the Oils and Fats Division saw improved margins, primarily attributed to increased contributions from Bulk commodities.

“FGV’s performance in Q1 FY2024 highlights the effectiveness of our long-term strategy demonstrating the benefits of a diversified business portfolio. This reinforces our commitment to expanding market presence and pursuing new opportunities, enhancing operational efficiencies across our Plantation, Oils and Fats, Sugar, Logistics and Support, Consumer Products as well as Integrated Farming Divisions.  We remain focused on developing responsible and sustainable practices that create long-term value for our shareholders,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

Plantation Division

The Division registered a loss of RM62 million, primarily due to a significant increase in the fair value change on LLA, which rose to RM86 million. However, excluding this fair value change on LLA, the Division reported a profit of RM24 million.

The Division’s performance was further influenced by a 10 percent reduction in FFB production to 0.74 million MT, leading to a slightly lower yield of 2.88 MT per hectare and a 3 percent increase in estate operational costs. Nevertheless, the oil extraction rate (OER) saw a notable improvement, increasing to 20.59 percent in the current quarter from 19.81 percent in the same quarter of the previous year.

Additionally, the Division’s performance was cushioned by higher profits in the R&D segment, driven by higher margin in the fertiliser business along with an increase in its sales volume.

 

Oils and Fats Division

The Oils & Fats Division achieved a profit of RM27 million, significantly surpassing the RM5 million profit recorded in the same quarter last year. The increase was primarily driven by higher margins from Bulk commodities.

During the current quarter, the total amount of fresh fruit bunch (FFB) received decreased by 7 percent, totalling 2.77 million MT compared to 2.98 million MT in the same period last year. This decline aligns with the nationwide reduction in FFB production nationwide, largely due to adverse weather conditions affecting our suppliers. The Group’s internal FFB decreased by 10 percent, from 0.81 million MT to 0.73 million MT, while the amount received from FELDA settlers dropped by 4 percent, from 1.28 million MT to 1.23 million MT. The amount received by third parties declined by 9 percent, from 0.89 million MT to 0.81 million MT recorded in the same quarter last year.

While the Division faced some challenges with decreased margin in edible oil and chemicals segments, it benefited from higher sales volume due to festive seasons demand.

 

Logistics and Support Division

The Logistic and Support Division reported reduced profit of RM33 million, primarily attributed to a reduced profit in the Logistic division, driven by a lower throughput in the bulking segment and lower tonnage carried in the transport segment. Bulking volume decreased by 7 percent to 1.74 million MT due to lower vegetable oil throughput caused by the duty differential against soft oil in India and the Red Sea crisis. Meanwhile, transport volume decreased by 6 percent to 1.40 million MT, primarily due to the lower tonnage of crude palm oil (CPO), FFB and palm kernel carried during the period.

 

Sugar Division

The Sugar Division reported an improvement in this quarter, registered a profit of RM67 million as compared to RM32 million loss in the corresponding quarter of the previous year. The profit was attributed to improved margin achieved, stemming from higher overall sales volume, increase in average selling price and incentives received for certain packed sugar sold in the domestic market.

Going Forward

FGV is advancing automation and mechanisation in plantations operations by utilising IoT and image recognition to reduce human intervention and improve decision-making. Innovative prototypes, such as mechanical crawlers for spraying and fertilising, are transforming labour-intensive tasks. Spearheaded by the Department of Automation and Digitalisation (DAD), the Group collaborates with industry leaders to develop high-tech digital ecosystems that boost productivity, efficiency, and sustainability.

“Evaluating our commodity-based company requires a long-term perspective. This approach is vital to understanding the impact of our operations on financial returns, sustainability efforts, social obligations and stakeholder expectations over time. Considering the challenges and opportunities we faced this past year, taking a long-term view is even more important to see the big picture ahead,” Dato’ Nazrul said.

He added, “Our business is anchored on the concept of linked prosperity, progressive social change by supporting FELDA settlers and independent smallholders. We also play a role in national food security by committing to providing quality and affordable food products through our various brands of consumer goods. We are delighted to announce our participation in the upcoming Hari Peneroka FELDA 2024 that will happen from 12-14 July at MAEPS, Serdang highlighting our various initiatives especially in championing the economic growth of our FELDA settlers.”

On the sustainability front, FGV has implemented various programmes to strengthen its labour practices, including aligning its policies and recruitment practices to international labour standards in efforts to uplift the Withhold Release Order (WRO) issued by the United States Customs and Border Protection (CBP). Looking forward, FGV plans to submit a petition to modify the WRO by end June 2024, further underscoring its dedication to global compliance and continuous improvement.

 

ENDS

Kuala Lumpur, 28 Mei 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM50 juta meskipun berdepan berdepan suku pertama yang mencabar berakhir 31 Mac 2024 (S1 TK2024). Keputusan ini adalah hasil nilai portfolio perniagaan Kumpulan yang membuktikan bahawa nilai portfolio perniagaan Kumpulan yang pelbagai3, disokong prestasi kukuh dalam Bahagian Gula yang mengimbangi tekanan margin produk sawit.

Kumpulan FGV melaporkan peningkatan Keuntungan Operasi (sebelum perubahan nilai saksama dalam Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) sebanyak RM164 juta berbanding RM102 juta bagi suku yang sama pada tahun lalu.

Bagi suku ini, Kumpulan FGV berdepan margin minyak sawit mentah (MSM) dan hasil tandan buah segar (BTS) yang lebih rendah. Bahagian Logistik dan Sokongan turut mengalami penurunan dalam pengeluaran secara pukal dan keseluruhan jumlah tan bagi pengangkutan.

Walau bagaimanapun, prestasi yang kukuh dari Bahagian Gula mengimbangi penurunan prestasi bahagian lain. Kenaikan Harga Jualan Purata (ASP), kos penapisan yang lebih rendah, serta didorong oleh Faktor Penggunaan (UF) yang lebih tinggi serta harga gas menyumbang kepada prestasi Bahagian Gula. Selain itu, Bahagian Minyak dan Lelemak turut mengalami kenaikan margin, disebabkan oleh peningkatan sumbangan daripada komoditi Pukal.

“Prestasi FGV pada S1 TK2024 membuktikan keberkesanan strategi jangka panjang FGV dalam mempelbagaikan portfolio perniagaan. Ini mengukuhkan komitmen Kumpulan untuk meluaskan kehadiran pasaran dan mengejar peluang baharu, meningkatkan kecekapan operasi di seluruh Bahagian Perladangan, Minyak dan Lelemak, Gula, Logistik dan Sokongan, Produk Pengguna serta Pertanian Bersepadu. Kami kekal komited untuk melaksanakan amalan bertanggungjawab dan lestari dalam mencipta nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan FGV,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.


Bahagian Perladangan

Bahagian Perladangan mencatatkan kerugian sebanyak RM62 juta disebabkan oleh peningkatan ketara dalam perubahan nilai saksama pada LLA kepada RM86 juta. Walau bagaimanapun, jika tidak mengira perubahan nilai saksama pada LLA ini, Bahagian perladangan melaporkan keuntungan sebanyak RM24 juta.

Prestasi Bahagian Perladangan terus dipengaruhi oleh pengurangan 10 peratus dalam pengeluaran BTS kepada 0.74 juta MT, membawa kepada hasil yang lebih rendah sebanyak 2.88 MT sehektar dan peningkatan 3 peratus dalam kos operasi ladang. Namun begitu, kadar perahan minyak (OER) menyaksikan peningkatan ketara kepada 20.59 peratus pada suku semasa daripada 19.81 peratus pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Di samping itu, prestasi Bahagian ini disokong oleh keuntungan yang lebih tinggi dalam segmen R&D, didorong oleh margin yang lebih tinggi dalam perniagaan baja bersama dalam jumlah jualannya.


Bahagian Minyak dan Lelemak

Bahagian Minyak dan Lelemak mencapai keuntungan sebanyak RM27 juta, mengatasi keuntungan RM5 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas. Peningkatan ini disebabkan oleh margin yang lebih tinggi daripada komoditi Pukal.

Pada suku semasa, jumlah amaun BTS yang diterima menurun sebanyak 7 peratus kepada 2.77 juta MT berbanding 2.98 juta MT dalam tempoh yang sama tahun lepas. Penurunan ini sejajar dengan penurunan pengeluaran BTS di seluruh negara, disebabkan oleh keadaan cuaca buruk yang menjejaskan pembekal.

BTS Kumpulan menurun sebanyak 10 peratus, daripada 0.81 juta MT kepada 0.73 juta MT, manakala jumlah yang diterima daripada peneroka FELDA turun sebanyak 4 peratus, daripada 1.28 juta MT kepada 1.23 juta MT. Jumlah yang diterima oleh pihak ketiga juga merosot sebanyak 9 peratus, daripada 0.89 juta MT kepada 0.81 juta MT yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Walaupun Bahagian ini menghadapi beberapa cabaran dengan penurunan margin dalam segmen minyak makan dan bahan kimia, Bahagian ini meraih keuntungan hasil peningkatan jualan yang lebih tinggi berikutan permintaan musim perayaan.


Bahagian Logistik dan Sokongan

Bahagian Logistik dan Sokongan melaporkan penurunan keuntungan sebanyak RM33 juta, disebabkan oleh pengurangan keuntungan dalam Bahagian Logistik, serta daya pengeluaran yang lebih rendah dalam segmen pukal dan jumlah tan yang lebih rendah bagi segmen pengangkutan. Jumlah pukal berkurangan sebanyak 7 peratus kepada 1.74 juta MT atas faktor penurunan pengeluaran minyak sayuran yang disebabkan oleh perbezaan duti terhadap soft oil di India dan krisis Laut Merah. Sementara itu, volum pengangkutan pula berkurangan sebanyak 6 peratus kepada 1.40 juta MT, disebabkan oleh penurunan tan minyak sawit mentah (MSM), BTS dan isirung sawit bagi suku ini.


Bahagian Gula

Bahagian Gula melaporkan peningkatan pada suku ini dengan mencatatkan keuntungan RM67 juta berbanding kerugian RM31 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Keuntungan ini adalah berikutan peningkatan margin yang dicapai, jumlah jualan keseluruhan, kenaikan harga jualan purata dan insentif yang diterima untuk pek gula pek tertentu yang dijual di pasaran domestik.

Maju ke Hadapan

FGV sedang giat memajukan automasi dan mekanisasi dalam operasi perladangan dengan menggunakan IoT dan pengecaman imej untuk mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran manusia dan menambah baik pengambilan keputusan. Prototaip inovatif, seperti perangkak mekanikal untuk penyemburan dan pembajaan, membantu memudahkan tugasan buruh. Diterajui oleh Jabatan Automasi dan Pendigitalan (DAD), Kumpulan FGV bekerjasama dengan peneraju industri untuk membangunkan ekosistem digital berteknologi tinggi bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kemampanan.

“Penilaian syarikat kami yang berasaskan komoditi memerlukan perspektif jangka panjang. Pendekatan ini penting bagi memahami kesan operasi FGV terhadap pulangan kewangan, usaha kelestarian, kewajipan sosial dan jangkaan pihak berkepentingan dari semasa ke semasa. Memandangkan cabaran yang dihadapi sejak tahun lalu, langkah mengambil pandangan jangka panjang adalah lebih penting untuk melihat gambaran besar di hadapan,” kata Dato’ Nazrul.

Beliau menambah, “Perniagaan FGV adalah berteraskan konsep kemakmuran berkait, perubahan sosial yang progresif dengan menyokong peneroka FELDA dan pekebun kecil bebas. Kami turut memainkan peranan dalam agenda keterjaminan makanan negara dengan komited untuk menyediakan produk makanan berkualiti dan mampu milik melalui pelbagai jenama barangan pengguna kami. FGV turut berbesar hati mengumumkan penyertaan kami dalam Hari Peneroka FELDA 2024 akan datang yang akan berlangsung dari 12-14 Julai di MAEPS, Serdang bagi mengetengahkan pelbagai inisiatif terutamanya dalam memperjuangkan pertumbuhan ekonomi peneroka FELDA.”

Dari segi kelestarian, FGV telah melaksanakan pelbagai program untuk mengukuhkan amalan buruhnya, termasuk menyelaraskan dasar dan amalan pengambilan pekerjanya kepada piawaian buruh antarabangsa dalam usaha meningkatkan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) yang dikeluarkan oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat. FGV merancang untuk mengemukakan petisyen bagi mengubah status WRO pada akhir Jun 2024, seterusnya menekankan dedikasinya terhadap pematuhan global dan penambahbaikan berterusan.

TAMAT

Find