14 July 2024

New Framework Aligns with National Goals to Transform 

the Palm Oil Industry and Promote Sustainability

SERDANG, 14 July 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) has launched its enhanced Sustainability Framework, marking a significant milestone in FGV’s ongoing commitment to the environmental, social and governance (ESG) agenda. The enhanced framework is set to contribute towards the country’s efforts in transforming the palm oil industry and, ultimately, to the nation’s overall sustainability goals. 

The launch was officiated today by YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Deputy Prime Minister and Minister of Energy Transition and Water Transformation, a key figure in Malaysia’s sustainability efforts. His presence at the FGV Festival at Hari Peneroka FELDA, happening at Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) from 12 to 14 July, underscores the importance of FGV’s enhanced Sustainability Framework. He commended FGV’s unwavering dedication to the sustainability agenda and contribution towards national efforts to realise the Sustainable Development Goals (SDGs).  

The enhanced Sustainability Framework builds upon FGV’s existing sustainability commitments and comprises five pillars: Economic Growth, Governance, Social, Environment, and Innovation and Technology. Key enhancements include the identification of specific focus areas under each pillar based on the current global ESG trends, including, among others, operational excellence; human rights and labour standards; diversity, equity and inclusion; sustainability certification, traceability, responsible sourcing and supply chain management; community engagement and development; climate action; renewable energy and energy management; and biodiversity and land management.

“At FGV, we recognise the critical role businesses play in addressing the pressing environmental and social challenges. FGV’s enhanced Sustainability Framework is a testament to the company’s dedication to inclusive economic growth, social responsibility and environmental protection. FGV believes that working together can positively impact the palm oil industry and related sectors and drive momentum to build a better future for the community and the country,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV. 

In line with the Sustainability Framework, FGV has enhanced its labour practices, including strengthening the company’s policies and procedures and due diligence measures for the recruitment process and providing improved infrastructure and facilities, including housing for workers. In line with the company’s commitment to the Science Based Targets initiative (SBTi), FGV is currently developing greenhouse gas (GHG) reduction plans to meet the mid-term and long-term target for the company’s emission reduction. 

In lowering carbon emissions, FGV also utilises biomass from the operations to generate renewable energy. FGV currently has two biomass power plants with a total installed capacity of approximately 20 megawatt (MW). FGV has 28 biogas plants of which a capacity of 15.4 MW is committed to the Feed-in Tariff (FiT) programme. As the largest owner of palm biomass feedstock derived from both FGV’s and smallholders’ landbank in Malaysia, FGV is poised to be the largest bioenergy producer in the country, facilitating broader access to bioenergy solutions for stakeholders.

FGV continues to focus on conservation programmes. To date, it has rescued 86 sun bears, of which 75 have been rehabilitated and released. The programme also saw 16 gibbons released to the wild after successfully rewilding them and 14 individual baby pangolin births in captivity.

At the same event, Dato’ Sri Fadillah launched FGV’s ground-breaking four-month trial of B100 biodiesel on its fleet, making it one of the few companies in Malaysia to test tankers running on this renewable fuel. This project is a collaboration between FGV and MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd. (MAN Malaysia). This project also underscores FGV’s commitment to sustainability and reducing its carbon footprint through green fuel. 

Additionally, Dato’ Sri Fadillah also witnessed FGV submitting workers’ membership forms to the National Union of Plantation Workers (NUPW). In line with FGV’s commitment to respect workers’ rights, particularly the freedom of association, FGV facilitates its workers’ membership to the union through close collaboration with the NUPW.

To learn more about FGV, watch FGV’s new corporate video available on its social media platforms — Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn, and YouTube, as well as on its website: www.fgvholdings.com.

END

 

Rangka Kerja Baharu Selari dengan Aspirasi Negara bagi Merubah

Industri Sawit dan Memupuk Amalan Kelestarian

SERDANG, 14 JULAI 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang telah diperkasakan, mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Rangka kerja yang diperbaharui ini disasarkan bagi menyumbang kepada usaha negara dalam mengubah industry sawit dan menyokong aspirasi kelestarian kebangsaan.

Majlis Pelancaran yang berlangsung hari ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, seorang tokoh penting dalam usaha kelestarian Malaysia. Kehadiran YAB di Festival FGV bersempena Hari Peneroka FELDA, yang berlangsung di Taman Agro Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dari 12 hingga 14 Julai, jelas membuktikan kepentingan dan komitmen FGV terhadap Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui dan ditambahbaik ini. YAB juga turut memuji usaha FGV yang tidak berbelah bahagi kepada agenda kelestarian dan usaha-usaha untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Rangka Kerja Kelestarian ini adalah berdasarkan komitmen kelestarian FGV yang sedia ada dan telah perbaharui meliputi lima teras: Pertumbuhan Ekonomi, Tadbir Urus, Sosial, Alam Sekitar dan Inovasi dan Teknologi. Pembaharuan ini termasuk mengenalpasti bidang tumpuan khusus di bawah setiap teras berdasarkan arah aliran ESG semasa, termasuk kecemerlangan operasi; hak asasi manusia dan piawaian buruh; kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman (DEI); pensijilan kelestarian, kebolehkesanan, penyumberan yang bertanggungjawab dan pengurusan rantaian bekalan; penglibatan dan pembangunan komuniti; tindakan iklim; tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan tenaga; serta kepelbagaian biologi dan pengurusan tanah.

“Di FGV, kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pihak perniagaan swasta dalam menangani cabaran alam sekitar dan sosial yang mendesak. Rangka Kerja Kelestarian ini adalah bukti dedikasi kami di FGV terhadap pertumbuhan ekonomi yang inklusif, tanggungjawab sosial dan perlindungan alam sekitar. Kami percaya dengan kerjasama dari pelbagai pihak ianya boleh memberi impak positif kepada industri sawit dan sektor berkaitan sekaligus memacu membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat dan negara,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Selaras dengan Rangka Kerja Kelestarian ini, FGV telah mempertingkatkan amalan buruhnya, termasuk memperkukuhkan dasar dan prosedur syarikat serta langkah usaha wajar (due diligence) untuk proses pengambilan dan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik, termasuk perumahan untuk pekerja. Sejajar dengan komitmen syarikat kepada inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi), FGV kini sedang membangunkan rancangan pengurangan Gas Rumah Hijau (GHG) bagi memenuhi sasaran jangka pertengahan dan jangka panjang syarikat.

Sebahagian daripada usaha mengurangkan pelepasan karbon, FGV turut menggunakan produk biojisim sisa pemprosesas daripada operasi FGV untuk menjana tenaga boleh diperbaharui. FGV kini mempunyai dua loji janakuasa biojisim yang mampu menghasilkan kira-kira 20 megawatt (MW). FGV juga mempunyai 28 loji biogas berkapasiti 15.4 MW untuk program Tarif Masukan (FiT). Pengumpulan biojisim kelapa sawit yang diperolehi dari ladang-ladang FGV dan pekebun-pekebun kecil menjadikan FGV pemilik sumber biojisim terbesar dunia. Prospek ini membolehkan FGV menjana tenaga bio terbesar di Malaysia dan membawa perkhidmatan tenaga bio secara meluas untuk pengguna.

FGV terus memberi tumpuan kepada program pemuliharaan dan sehingga kini, FGV telah menyelamatkan 86 ekor beruang madu, di mana 75 ekor telah dipulihkan dan dilepaskan. Program ini juga turut melepaskan 16 ekor ungka dilepaskan kembali ke hutan setelah berjaya menyesuaikan mereka dengan habitat liar dan menyaksikan kelahiran 14 ekor anak tenggiling dalam kurungan.

Pada majlis yang sama, Dato’ Sri Fadillah turut melancarkan program percubaan biodiesel B100 untuk tempoh empat bulan menjadikannya percubaan yang pertama di Malaysia untuk menguji kebolehgunaan bahan api yang boleh diperbaharui di lori tangki FGV. Kerjasama antara FGV dan MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd. (MAN Malaysia) ini membuktikan komitmen kelestarian FGV menerusi penggunaan bahan api hijau dalam usaha mengurangkan jejak karbon.

Selain itu, Dato’ Sri Fadillah turut menyaksikan penyerahan sijil borang keahlian pekerja FGV kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW). Inisiatif ini memaparkan komitmen berterusan FGV terhadap hak pekerja, khususnya kebebasan berkesatuan menerusi usaha FGV untuk memudahkan proses keahlian kesatuan melalui kerjasamanya dengan NUPW.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FGV, tonton video korporat baharu FGV yang terdapat di platform media social FGV — Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube, serta di laman web: www.fgvholdings.com.

TAMAT

 

Find