26 February 2024

KUALA LUMPUR, 26 February – FGV Holdings Berhad (FGV) posted a profit after tax and minority interest (PATAMI) of RM103 million on the back of RM19.4 billion revenue for the financial year ended 31 December 2023 (FY2023). 

The Group reported an Operating Profit before fair value changes in land lease agreement (LLA) and impairment of RM623 million. This performance occurred amidst a challenging market environment characterised by a margin squeeze in the Plantation Sector due to lower crude palm oil (CPO) and palm kernel (PK) prices. Additionally, higher CPO cost ex-mill and reduced fresh fruit bunch (FFB) processed in external crops, sourced from FELDA settlers and independent smallholders, contributed to these challenges.

Nevertheless, the financial performance was partially offset by improvement reported in the Logistics and Support Sector and narrow loss posted in the Sugar Sector.

Meanwhile, for the quarter under review ended 31 December 2023 (4Q FY2023), the Group’s profit before tax (PBT) was recorded at RM182 million and operating profit of RM210 million.

The Group announces a final dividend payment of 3.0 sen per share, translating to a total dividend payout of RM109.4 million.

Plantation Sector 4Q FY2023

The Plantation Sector demonstrated its resilience amidst market volatility and operational challenges. Despite facing headwinds, the Sector recorded an operating profit of RM137 million, primarily influenced by a weaker average CPO price realised of RM3,789 per MT, down from RM4,432 per MT registered in the previous corresponding financial year.

This was further compounded by a 13 percent increase in CPO production costs ex-mill, adding pressure on profit margins stemming from higher upkeep and maintenance, manuring and labour costs.

Furthermore, the Sector’s results were influenced by various operational factors, including a reduced margin in downstream business from oils and fats and oleochemical segments. Lower sales volume, particularly from the bulk, export packed, and repackers segments, were impacted by CPO price volatility and intense price competition from local and regional brands.

Despite these challenges, there was a decrease in the fair value charge on LLA, amounting to RM7 million compared to RM85 million in the corresponding quarter of the previous year. Additionally, losses incurred in the rubber processing business were lower, supported by an improved margin resulting from an 11 percent increase in its selling price.

Operationally, FFB production reduced slightly to 1.05 million MT from 1.13 million MT, resulting in a lower yield of 3.91 MT per hectare from 4.13 MT per hectare recorded in the corresponding quarter of the previous year. However, the OER achieved was higher at 21.07 percent compared to 20.14 percent registered in the quarter of the previous financial year.

 

Logistics and Support Sector 4Q FY2023

The Logistics and Support Sector continued to be a steadfast contributor to the Group’s overall performance. The Sector reported a profit growth of RM46 million compared to RM30 million reported in the corresponding quarter of the previous year. This positive growth is primarily attributed to improved profits in the Logistics division, driven by a higher handling rate in the bulking segment and increased income from the IT business in the current quarter.

 

Sugar Sector 4Q FY2023

The Sugar Sector reported improvement in this quarter, registering a profit of RM54 million compared to the RM46 million loss in the corresponding quarter of the previous year. The profit was attributed to an improved margin achieved, stemming from a higher average selling price, increased overall sales volume, and better capacity utilisation. Additionally, the sector received incentives for certain packed sugar sold in the domestic market.

Going Forward

“The challenges faced by the palm oil industry in 2023 have been significant, the Group were challenged with low yield, ageing trees, declining planted areas, and high production costs. However, we remain steadfast in our commitment to overcome them and drive sustainable growth. As we look ahead to 2024, we are optimistic and focused on strategic initiatives such as disciplined replanting, enhancing operational efficiency, and fostering strong partnerships with our suppliers. Together, we are confident in our ability to navigate these challenges and deliver favourable results for our stakeholders,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

The Group’s FFB supply mainly originates from FELDA and independent smallholders which contribute up to 70 percent of total processed FFB. As such, the Group remains committed towards ensuring continuous engagement and collaboration with suppliers. This commitment encompasses providing capacity-building support and exchanging best practices to uphold consistent adherence to sustainability standards. Ongoing efforts are being made to secure additional FFB supply to further enhance productivity.

Looking ahead, diversification remains key. The Group aims to improve yields and capacity utilisation in its sugar business, and market expansion opportunities for the Logistics and Support Sector. Barring unforeseen circumstances, the Group approaches 2024 with a positive outlook, prepared to navigate challenges and leverage emerging opportunities across all sectors.

ENDS

KUALA LUMPUR, 26 Februari – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM103 juta dengan hasil RM19.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023). 

Kumpulan FGV melaporkan Keuntungan Operasi sebelum perubahan nilai saksama dalam perjanjian pajakan tanah (LLA) dan kemerosotan nilai sebanyak RM623 juta. Ini adalah disebabkan oleh situasi pasaran yang mencabar disebabkan oleh margin keuntungan menipis bagi Sektor Perladangan berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) yang lebih rendah. Selain itu, kenaikan kos CPO ex-mill dan pengurangan tandan buah segar (BTS) diproses yang diperoleh daripada peneroka FELDA dan pekebun kecil bebas, menyumbang kepada cabaran ini.

Namun begitu, prestasi kewangan telah diimbangi sebahagiannya oleh peningkatan yang dilaporkan dalam Sektor Logistik dan Sokongan dan kerugian kecil yang dicatatkan dalam Sektor Gula.

Sementara itu, bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023 (S4 TK2023), keuntungan sebelum cukai (PBT) Kumpulan dicatatkan pada RM182 juta dan keuntungan operasi sebanyak RM210 juta.

Kumpulan mengumumkan pembayaran dividen akhir sebanyak 3.0 sen sesaham, menjadikan jumlah pembayaran dividen sebanyak RM109.4 juta.

Sektor Perladangan S4 TK2023

Sektor Perladangan kekal bertahan berhadapan ketidakpastian pasaran serta cabaran operasi. Walaubagaimanapun, Sektor ini mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM137 juta, dipengaruhi oleh harga purata MSM yang lebih lemah direalisasikan pada RM3,789 setiap MT, berbanding RM4,432 setiap MT yang dicatatkan pada tahun kewangan yang sama sebelumnya.

Ini ditambah lagi dengan peningkatan 13 peratus dalam kos pengeluaran CPO ex-mill, menambah tekanan pada margin keuntungan yang sedia terkesan akibat kenaikan kos penyelenggaraan, pembajaan dan buruh.

Selain itu, hasil Sektor dipengaruhi oleh pelbagai faktor operasi, termasuk pengurangan margin dalam perniagaan hiliran daripada segmen minyak dan lelemak dan oleokimia. Ini termasuk jumlah jualan yang lebih rendah, terutamanya daripada segmen pukal, pembungkusan eksport dan pembungkusan semula, dipengaruhi oleh turun naik harga MSM dan persaingan harga yang sengit daripada jenama tempatan dan serantau.

Di sebalik cabaran ini, terdapat penurunan dalam caj nilai saksama ke atas LLA, berjumlah RM7 juta berbanding RM85 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Selain itu, kerugian yang ditanggung dalam perniagaan pemprosesan getah adalah lebih rendah, dipengaruhi oleh margin yang lebih baik hasil daripada kenaikan 11 peratus dalam harga jualannya.

Pengeluaran BTS berkurangan kepada 1.05 juta MT daripada 1.13 juta MT, menyebabkan pengurangan hasil sebanyak 3.91 MT sehektar daripada 4.13 MT sehektar yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya. Namun begitu, pencapaian kadar perahan minyak (OER) lebih tinggi pada 21.07 peratus berbanding 20.14 peratus yang dicatatkan pada suku tahun kewangan sebelumnya.

 

Sektor Logistik dan Sokongan S4 TK2023

Sektor Logistik dan Sokongan terus menjadi penyumbang terbesar kepada prestasi keseluruhan Kumpulan. Sektor ini melaporkan kenaikan keuntungan sebanyak RM46 juta berbanding RM30 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan positif ini adalah disebabkan oleh peningkatan keuntungan dalam bahagian Logistik, disebabkan oleh kadar pengendalian yang lebih tinggi dalam segmen pukal dan peningkatan pendapatan daripada perniagaan IT pada suku semasa.

Sektor Gula S4 TK2023

Sektor Gula melaporkan peningkatan pada suku ini, mencatatkan keuntungan RM54 juta berbanding kerugian RM46 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Keuntungan itu adalah disebabkan peningkatan margin yang dicapai, berpunca daripada purata harga jualan yang lebih tinggi, peningkatan jumlah jualan keseluruhan dan penggunaan kapasiti yang lebih baik. Selain itu, sektor ini menerima insentif untuk gula pek tertentu yang dijual di pasaran domestik.

Maju ke hadapan

“Cabaran yang dihadapi oleh industri minyak sawit pada tahun 2023 adalah ketara, Kumpulan menghadapi isu –isu seperti hasil yang rendah, pokok yang menua, kawasan penanaman yang semakin berkurangan, dan juga kos pengeluaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, kami tetap teguh dalam komitmen untuk mengatasi dan memacu pertumbuhan yang mampan. Bagi tahun 2024, kami optimis dan fokus pada inisiatif strategik seperti penanaman semula yang berdisiplin, meningkatkan kecekapan operasi dan memupuk kerjasama yang kukuh dengan para pembekal. Kami percaya dengan keupayaan kami dalam mengharungi cabaran dan akan terus kekal memberikan hasil positif kepada pihak berkepentingan kami,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Bekalan utama BTS Kumpulan adalah daripada FELDA dan pekebun kecil bebas yang menyumbang sehingga 70 peratus daripada jumlah BTS yang diproses. Oleh itu, Kumpulan komited dalam memastikan penglibatan dan kerjasama berterusan dengan pembekal. Komitmen ini merangkumi sokongan pembangunan kapasiti dan perkongsian amalan terbaik industri bagi pematuhan konsisten terhadap piawaian kelestarian. Usaha berterusan sedang dijalankan untuk mendapatkan bekalan BTS tambahan bagi meningkatkan produktiviti.

Kepelbagaian menjadi kunci utama FGV di masa hadapan. Kumpulan menyasarkan untuk meningkatkan hasil dan memaksimakan kapasiti pengeluaran dalam perniagaan gula, serta meluaskan pasaran bagi Sektor Logistik dan Sokongan. Kumpulan FGV memulakan 2024 dengan pandangan yang positif, serta bersedia untuk mengharungi cabaran dan memanfaatkan segala peluang yang muncul di semua sektor.

TAMAT

 

 

Find