2 July 2021

KUALA LUMPUR, 2 JULY 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) welcomes the appointment of four new Independent Non-Executive Directors of FGV Holdings Berhad, boosting the number of members on the FGV Board from five to nine.

The four new Board members appointed are Dato’ Nonee Ashirin Dato’ Mohd Radzi, effective 30 June 2021, and Dato’ Mohd Rafik Shah Mohamad, Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin and Kasmuri Sukardi, effective 1 July 2021.

The new appointees come from a range of backgrounds, bringing an array of expertise to guide FGV in continuing its transformation journey, and delivering its strategic objectives.

Dato’ Nonee Ashirin Dato’ Mohd Radzi, Independent Non-Executive Director of FGV Holdings Berhad

Dato’ Nonee Ashirin Dato’ Mohd Radzi, 49, is currently a Partner at Arthur Yeong Nonee Ashirin Advocates & Solicitors, and throughout her career, has accumulated more than 20 years of experience in various industries specifically in aerospace, defence and security international.

Dato’ Nonee Ashirin started her career in 2001 as a lawyer at Mohammad Ali & Co where she served for three years until 2003, before joining Eurocopter Malaysia (now known as Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd) in 2003 as Business Development Manager. In 2006, she joined Unique Globe Sdn Bhd and was appointed Vice President, Business Development. She later joined HELIPARTNER Sdn Bhd in 2009 as Vice President of Business Development and Sales until 2010. In 2011, Dato’ Nonee Ashirin was appointed as the Chairman and Chief Executive Officer of Global Turbine Asia Sdn Bhd where she served for seven years until 2017.

Dato’ Mohd Rafik Shah Mohamad, Independent Non-Executive Director of FGV Holdings Berhad

Meanwhile, Dato’ Mohd Rafik Shah Mohamad, 71, brings with him more than 33 years of experience in the food industry where he held various senior management positions and after his retirement, as director in a number of companies. He is a qualified Chartered Accountant with the Malaysian Institute of Accountants. 

Dato’ Mohd Rafik began his career with Esso Malaysia Bhd as an analyst in 1973. He later joined Scott & English Malaysia Sdn Bhd as a Chief Accountant in 1975, prior to joining Industrade Holdings Sdn Bhd as Group Finance Manager in 1980. In 1981, he began his career with Nestle where he held various senior positions in the finance and management area within the multinational group, both locally and internationally until 2006, when he retired from full-time employment.  

Upon retirement, Dato’ Mohd Rafik was appointed as Director of Nestle (Malaysia) Berhad, for 12 years, until he retired in April 2021. He was also previously the Chairman of Malaysian Agrifood Corp. Bhd, Biotropics Malaysia Bhd, to name a few. He was also a former director of FGV prior to its public listing.

Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin, Independent Non-Executive Director of FGV Holdings Berhad

Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin, 54, has more than 33 years of experience in the field of accounting, finance, business assurance and various corporate transactions throughout her career. She is currently the Group Managing Director of Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM), a position she held since 2017. She was formerly its Group Chief Financial Officer (CFO) from 2012, before her promotion to her current post.

Nik Fazila started her career with Price Waterhouse (now known as PricewaterhouseCoopers [PwC]) in the audit and business advisory services, and was with PwC for 10 years from 1988 to 1998. Her last position at PwC was as Senior Manager, Audit & Business Advisory. She also served three public companies, listed on the Main Market of Bursa Securities, namely, Sapura Telecommunication Berhad, KUB Malaysia Berhad and UDA Holdings Berhad, as General Manager, Finance and CFO. During her tenure with these companies, apart from accounting, finance and treasury, she was involved in various corporate transactions, ranging from merger and acquisitions, corporate restructuring, creditors’ scheme of arrangement to capital repayment exercises. Her last employment prior to joining CCM was as CFO of Biotropics Malaysia Berhad, a subsidiary of Khazanah Nasional Berhad.

Kasmuri Sukardi, Independent Non-Executive Director of FGV Holdings Berhad

Kasmuri Sukardi, 70, an industry veteran, has more than 47 years of experience in various capacities involving plantations agribusiness namely oil palm, rubber, cocoa and coconut. He began his career in 1973 as an Estate Assistant/Senior Assistant Manager at Harrisons & Crosfield PLC (H&C) which later became Harrisons Malaysian Plantations Berhad (HMPB) and Golden Hope Plantations Berhad (Golden Hope). In 1982, he was appointed as Estate Manager and was later promoted to various positions as Estate Visiting Agent, General Manager, Director of Estates and Group Director, Plantations Agribusiness until he retired in 2006.

From 2006 to 2008, Kasmuri was Director, Special Functions and later the Consultant, Lead Trainer for Golden Hope. In 2008, he joined Poliplant Group, Indonesia & Clarity Resources Ltd, Hong Kong based in Jakarta, Indonesia as its Board Director and Corporate & Operational Director where he served until 2015. During this period, Kasmuri had successfully led the development and management of more than 50,000 hectares of oil palm plantation, most of which from green fields, in Ketapang, Kalimantan Barat, Indonesia.

Commenting on the new appointments, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV said, “On behalf of the Group, I am delighted to welcome these four outstanding individuals to the Board.”

“They bring to the table a wealth of experience and knowledge to help propel FGV forward, and we look forward to their invaluable contributions. We are confident that this new leadership will elevate FGV’s stature in its journey to become a world leading integrated and sustainable agribusiness player.”

End

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) mengalukan pelantikan empat Pengarah Bukan Eksekutif Bebas baharu FGV Holdings Berhad, seterusnya meningkatkan lagi jumlah pengarah daripada lima kepada sembilan ahli Lembaga Pengarah FGV.

Empat ahli Lembaga Pengarah yang baharu dilantik ialah Dato’ Nonee Ashirin Dato’ Mohd Radzi, berkuatkuasa 30 Jun 2021, dan Dato’ Mohd Rafik Shah Mohamad, Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin dan Kasmuri Sukardi, berkuatkuasa 1 Julai 2021.

Pelantikan-pelantikan baharu ini memiliki pelbagai latar belakang yang membawa bersama berbagai kepakaran bagi membimbing FGV dalam meneruskan perjalanan transformasi serta penyampaian objektif strategiknya.

Dato’ Nonee Ashirin Dato’ Mohd Radzi, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV Holdings Berhad

Dato’ Nonee Ashirin Dato’ Mohd Radzi, 49, kini merupakan Rakan Kongsi di Arthur Yeong Nonee Ashirin Advocates & Solicitors, dan sepanjang kerjayanya, beliau telah mengumpul lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pelbagai industri khususnya dalam bidang aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan antarabangsa. 

Dato’ Nonee Ashirin memulakan kerjayanya pada tahun 2001 sebagai peguam di Mohammad Ali & Co dan telah berkhidmat selama tiga tahun sehingga 2003, sebelum  menyertai Eurocopter Malaysia (kini dikenali sebagai Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd) pada tahun 2003 sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan. Pada tahun 2006, beliau menyertai Unique Globe Sdn Bhd dan dilantik sebagai Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan. Beliau kemudiannya menyertai HELIPARTNER Sdn Bhd pada tahun 2009 sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Jualan sehingga 2010. Pada tahun 2011, Dato’ Nonee Ashirin telah dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Turbine Asia Sdn Bhd dan telah berkhidmat selama tujuh tahun sehingga 2017.

Dato’ Mohd Rafik Shah Mohamad, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV Holdings Berhad

Sementara itu, Dato’ Mohd Rafik Shah Mohamad, 71, memiliki pengalaman lebih 33 tahun dalam industri makanan dengan memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan. Setelah bersara, beliau berkhidmat sebagai pengarah di beberapa buah syarikat. Beliau juga merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Akauntan Malaysia.

Dato’ Mohd Rafik memulakan kerjayanya di Esso Malaysia Bhd sebagai penganalisis pada tahun 1973. Beliau kemudiannya menyertai Scott & English Malaysia Sdn Bhd sebagai Ketua Akauntan pada tahun 1975 sebelum menyertai Industrade Holdings Sdn Bhd sebagai Pengurus Kewangan Kumpulan pada tahun 1980. Pada tahun 1981, beliau telah memulakan kerjayanya di Nestle dan memegang pelbagai jawatan kanan di bidang kewangan dan pengurusan kumpulan multinasional di dalam dan di luar negara sebelum beliau bersara sepenuhnya pada tahun 2006.

Selepas bersara, Dato’ Mohd Rafik dilantik sebagai Pengarah Nestle (Malaysia) Berhad selama 12 tahun sebelum bersara pada April 2021. Beliau juga merupakan Pengerusi di beberapa buah syarikat antaranya Pengerusi di Malaysian Agrifood Corp. Bhd dan Biotropics Malaysia Bhd. Beliau juga merupakan bekas Pengarah FGV sebelum penyenaraian awam.

Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV Holdings Berhad

Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin, 54, memiliki pengalaman lebih dari 33 tahun dalam bidang perakaunan, kewangan, jaminan perniagaan dan pelbagai urus niaga korporat di sepanjang kerjayanya. Kini, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan di Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM), iaitu jawatan yang disandang sejak 2017. Terdahulu, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) dari tahun 2012 sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang.

Nik Fazila memulakan kerjayanya di Price Waterhouse (kini dikenali sebagai PricewaterhouseCoopers [PwC]) dalam bidang audit dan khidmat nasihat perniagaan dan telah berkhidmat di PwC selama 10 tahun dari 1988 hingga 1998. Jawatan terakhir beliau di PwC ialah sebagai Pengurus Kanan di bahagian Audit &  Penasihat Perniagaan. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di tiga syarikat senaraian awam yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Securities iaitu di Sapura Telecommunication Berhad, KUB Malaysia Berhad dan UDA Holdings Berhad sebagai Pengurus Besar, Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO). Sepanjang perkhidmatan beliau di syarikat-syarikat tersebut, selain bidang perakaunan, kewangan dan perbendaharaan, beliau turut terlibat dalam pelbagai urus niaga korporat yang terdiri daripada penggabungan dan pengambilalihan, penstrukturan semula korporat, skim pengaturan pemiutang serta pelaksanaan bayaran balik modal. Perkhidmatan terakhir beliau sebelum menyertai CCM adalah sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di Biotropics Malaysia Berhad, yang merupakan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.

Kasmuri Sukardi, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV Holdings Berhad

Kasmuri Sukardi, 70, merupakan seorang veteran industri dengan memiliki pengalaman lebih daripada 47 tahun  dalam pelbagai bidang yang melibatkan perladangan agripertanian seperti kelapa sawit, getah, koko dan kelapa. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1973 sebagai Penolong/Penolong Pengurus Kanan Ladang di Harrisons & Crosfield PLC (H&C) yang kemudiannya menjadi Harrisons Malaysian Plantations Berhad (HMPB) dan Golden Hope Plantations Berhad (Golden Hope). Pada tahun 1982, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Ladang dan seterusnya dinaikkan pangkat ke pelbagai jawatan lain antaranya Agen Pelawat Ladang, Pengurus Besar, Pengarah Perladangan dan Pengarah Kumpulan Perladangan Agripertanian sehingga beliau bersara pada tahun 2006.

Dari tahun 2006 hingga 2008, Kasmuri adalah Pengarah, Fungsi Khas dan kemudiannya menjadi Perunding, Jurulatih Utama untuk Golden Hope. Pada tahun 2008, beliau menyertai Poliplant Group, Indonesia & Clarity Resources Ltd, Hong Kong yang berpusat di Jakarta, Indonesia sebagai Lembaga Pengarah dan Pengarah Korporat & Operasi di mana beliau berkhidmat hingga 2015. Dalam tempoh ini, Kasmuri telah berjaya memimpin pengembangan dan pengurusan lebih dari 50,000 hektar ladang kelapa sawit, yang kebanyakannya dari ladang hijau, di Ketapang, Kalimantan Barat, Indonesia.

Mengulas mengenai pelantikan-pelantikan baharu tersebut, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV berkata, “Bagi pihak Kumpulan, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan keempat-empat tokoh cemerlang ini ke dalam Lembaga Pengarah FGV.”

“Mereka membawa bersama pelbagai pengalaman dan pengetahuan bagi membantu FGV maju ke hadapan dan kami menantikan sumbangan mereka yang tidak ternilai. Kami yakin kepimpinan baharu ini akan meningkatkan lagi kedudukan FGV dalam usaha untuk menjadi pemain pertanian bersepadu dan mampan terkemuka di dunia.”

Tamat

Find