2 September 2021

FGV Holdings Berhad (FGV) refers to the statement by Tenaganita dated 1 September 2021, in which Tenaganita has denied that its collaboration with FGV is part of FGV’s efforts to address the Withhold Release Order (WRO) issued by the US Customs and Border Protection (CBP).

FGV wishes to clarify that while reference was made to the collaboration between FGV and Tenaganita during the Q&A session at FGV’s recent quarterly briefing, it was done in the context of FGV’s overall effort to enhance its labour practices, and not as part of FGV’s specific measures to address the US CBP WRO. The steps taken by FGV towards getting the WRO lifted have been highlighted in FGV’s statement dated 30 August 2021.

Since the past couple of years, FGV has intensified its efforts towards ensuring compliance to human rights and labour standards and this is done through an amalgam of programmes and initiatives that focus on various aspects of our labour practices including recruitment procedures, grievance mechanisms, human rights capacity building and training programmes, as well as labour compliance monitoring systems, among other things. FGV considers its collaboration with Tenaganita to develop a human rights training module – to raise awareness among workers about their human rights – as an important component of FGV’s long-term commitment and overarching agenda to strengthen and enhance its labour practices.

FGV values very much its working relationship with all partners or collaborators including Tenaganita and has no intention whatsoever to make use of its collaboration with Tenaganita or any other organisation to add credibility to FGV’s human rights records. FGV firmly believes that its human rights performance can only be determined by assessing objectively the application of human rights principles and labour standards in its operations.

FGV looks forward to continue collaborating with Tenaganita on the project that we have embarked on together and is confident that it will lead to greater awareness and understanding among workers about their human rights, which is crucial in creating an environment where the rights of workers are respected and fulfilled.

FGV shall make further announcements if there are any material development in respect of this matter.

FGV HOLDINGS BERHAD

 

FGV Holdings Berhad (FGV) merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Tenaganita bertarikh 1 September 2021, di mana Tenaganita telah menafikan bahawa kerjasamanya dengan FGV adalah sebahagian daripada usaha FGV untuk menangani Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat.

FGV ingin menjelaskan bahawa walaupun ia merujuk kepada kerjasama antara FGV dan Tenaganita semasa sesi Soal Jawab ketika taklimat keputusan suku tahunan FGV baru-baru ini, ia dilakukan dalam konteks usaha keseluruhan FGV untuk meningkatkan amalan buruhnya, dan bukan sebagai sebahagian daripada langkah-langkah khusus FGV untuk menangani WRO CBP Amerika Syarikat. Langkah-langkah yang diambil oleh FGV untuk mendapatkan pembatalan WRO telah diketengahkan dalam kenyataan FGV bertarikh 30 Ogos 2021.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, FGV telah memperhebatkan usahanya untuk memastikan kepatuhan terhadap hak asasi manusia dan piawaian buruh, dan ini dilakukan melalui gabungan program dan inisiatif yang memfokuskan kepada pelbagai aspek amalan buruh termasuk prosedur pengambilan pekerja, mekanisme aduan, program pembinaan keupayaan dan latihan hak asasi manusia, serta sistem pemantauan pematuhan buruh, antara lain. FGV menganggap kerjasamanya dengan Tenaganita untuk membangunkan modul latihan hak asasi manusia – untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja mengenai hak asasi manusia mereka – sebagai komponen penting dalam komitmen jangka panjang dan agenda menyeluruh FGV untuk memperkuat dan meningkatkan amalan buruhnya.

FGV amat menghargai hubungan kerjanya dengan semua rakan kongsi termasuk Tenaganita dan tidak berniat untuk memanfaatkan kerjasamanya dengan Tenaganita atau organisasi lain untuk menambah kredibiliti dalam rekod hak asasi manusia FGV. FGV yakin bahawa prestasi hak asasi manusianya hanya dapat ditentukan dengan menilai secara objektif penerapan prinsip hak asasi manusia dan piawaian buruh dalam operasinya.

FGV berharap dapat terus bekerjasama dengan Tenaganita dalam projek yang telah kami mulakan bersama dan yakin bahawa ia akan membawa kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam dalam kalangan pekerja mengenai hak asasi manusia mereka, yang sangat penting dalam mewujudkan persekitaran di mana hak-hak pekerja dihormati dan dipenuhi.

FGV akan membuat pengumuman lebih lanjut sekiranya terdapat perkembangan material yang berkaitan dengan  perkara ini.

FGV HOLDINGS BERHAD

Find