30 August 2022

KUALA LUMPUR, 30 Aug 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) has seen its Profit Before Tax (PBT) doubled to RM1.10 billion in the first half of the year (1H FY2022) ended 30 June 2022 from RM516 million in the same period last year.

The Group’s Operating Profit recorded RM1.34 billion from RM524 million while, Revenue rose by 64% to RM13.3 billion compared to RM8.08 billion in the same first half last year.

FGV’s Profit After Tax & Minority Interests (PATAMI) was up by more than 100 percent at RM743 million from RM303 million.

The excellent set of financial results were mainly driven by the increase in palm products’ margins due to high CPO prices. The average CPO price realised in 1H FY2022 was higher by 58 percent reaching RM5,165 per metric tonnes (MT), compared to RM3,268 per MT in 1H FY2021.

Dato’ Mohd Nazrul Izam, Group Chief Executive Officer of FGV said, “We aspire to become the world’s leading integrated and sustainable agribusiness. Based on our 1H performance, we are certainly on track to chart our growth trajectory and will remain cautiously optimistic towards achieving our 2022 targets.”

Besides CPO prices, the strong performance is also due to the higher contribution from FGV’s Logistics Sector. Operating Profit for the Logistics Sector increased by 41 percent year-on-year (Y-o-Y) to RM52 million from RM37 million with better handling and transportation rates, and higher throughput volume for transport and storage businesses.

The result was partially offset by the losses incurred by FGV’s Sugar Sector under its subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), mainly due to the 27 percent increase in input production cost.

The Group announces an interim dividend payment of 4.0 sen per share, which translates to a total dividend payout of RM146 million to be paid by third quarter 2022.

Plantation Sector 2Q FY2022

FGV’s Upstream Operations under its Plantation Sector reported an increase in Operating Profit to RM567 million, compared to RM249 million during the same period last year. This was driven by the higher average CPO price of RM5,254 per MT compared to RM3,333 per MT, and an improved Oil Extraction Rate (OER) of 2 percent from 20.16 percent to 20.63 percent.

However, CPO Cost Ex-Mill increased by 30 percent to RM2,203 per MT compared to RM1,699 per MT during the same quarter last year due to the increase in production and processing cost. Meanwhile, Fresh Fruit Bunches (FFB) production reduced to 958,018 MT from 1.06 million MT, while yield decreased to 3.50 MT per hectare in current quarter due to labour shortages in FGV’s operations.

Dato’ Mohd Nazrul said, “The labour situation has affected our productivity due to crop losses. In addressing the issue, FGV is actively hiring workers from host countries and as of July, we have received 647 migrant workers from India. Our workers’ coverage currently stands at 62 percent and we are optimistic to receiving 7,000 workers by end of the year to enhance production.

The Group’s Downstream Operations’ operating profit grew by 34 percent to RM39 million due to higher oils and fats sales volume as consumers anticipated an increase in cooking oil prices. In addition, biodiesel sales volume increased by 19 percent to 18,176 MT following the increase in oil prices.

Logistic Sector 2Q FY2022

FGV’s Logistic Sector generated an Operating Profit of RM25 million which represents a 19 percent increase compared to the same period last year, mainly due to improved handling rates and lower operating cost in its bulking and transport businesses.

However, bulking volume decreased by 6 percent due to lower throughput from external customers, while transport volume decreased by 2 percent in tandem with lower CPO production.

Sugar Sector 2Q FY2022

Sugar Sector reported a loss of RM29 million compared to RM23 million profit which was mainly attributed to high input production costs mainly for raw sugar, freight, natural gas and weakening of Ringgit Malaysia despite increase in overall average selling price in the current quarter.

Moving Forward

FGV aspires to become a global agribusiness and food company with a strong presence in end-consumer markets, which requires FGV to move beyond palm oil plantation business. As an organisation which is already involved in the food industry, the Group’s latest development with Baladna and Touch Group to develop an integrated dairy farming business in FGV Chuping Agro Valley (FCAV) will enable the plantation giant to selectively expand its presence in the food industry.

To strengthen the National Food Security Agenda, FGV recently collaborated with Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) to produce a new formulation of native chicken feed, ALMA, that uses by-products from local paddy and rice factories. Also, FGV announced its fresh native chicken product, marketed under the brand Ladang’57, which will be available at AEON BiG hypermarkets nationwide.

On the sustainability front, in respecting human rights, the Group is elevating its efforts by committing to exemplary human rights’ initiatives to uphold labour standards in fulfilment of the United Nations’ Sustainable Development Goals (SDG) in eliminating forced and child labour. According to the recently published report by Fair Labor Association (FLA), there are no non-compliances identified based on FLA’s forced labour benchmarks and found no evidence of child labour at FGV’s operations.

The three pillars of FGV’s Group Sustainability Framework, namely promoting economic growth, respecting human rights and protecting the environment, serve as the overarching themes for FGV’s sustainability initiatives that cover a wide range of focus areas including responsible sourcing & production, enhancement of livelihood, ethical labour practices, child protection, gender equality, circular economy, biodiversity & wildlife management, and climate action.

“Our sustainability agenda remains at the forefront of our effort towards creating value for our stakeholders. The core priority which encapsulates all of our forward-moving plans is to champion sustainability through clear environment, social and governance (ESG) frameworks as enunciated in FGV’s Group Sustainability Framework to drive positive impacts for our stakeholders, and to lead as a responsible global corporate citizen,” said Dato’ Mohd Nazrul.

END

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) meningkat dua kali ganda iaitu RM1.10 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2022 (TK2022) daripada RM516 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Operasi Kumpulan FGV mencatatkan RM1.34 bilion daripada RM524 juta manakala, hasil meningkat sebanyak 64% kepada RM13.3 bilion berbanding RM8.08 bilion pada separuh pertama tahun lepas.

Keuntungan Selepas Cukai & Kepentingan Minoriti (PATAMI) FGV meningkat lebih 100 peratus kepada RM743 juta daripada RM303 juta.

Set keputusan kewangan yang cemerlang dipacu oleh peningkatan dalam margin produk sawit disebabkan oleh harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang tinggi. Purata harga MSM yang direalisasikan pada separuh pertama TK2022 adalah lebih tinggi sebanyak 58 peratus mencecah RM5,165 setiap tan metrik (MT), berbanding RM3,268 setiap MT pada separuh pertama TK2021.

Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Kami berhasrat untuk menjadi perniagaan tani bersepadu yang mampan dan terkemuka di dunia. Berdasarkan prestasi separuh pertama, kami berada di landasan yang betul bagi mencatat trajektori pertumbuhan dan akan kekal optimistik ke arah mencapai sasaran 2022 kami.”

Selain harga MSM, prestasi kukuh adalah disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada Sektor Logistik FGV. Keuntungan Operasi untuk Sektor Logistik meningkat 41 peratus tahun ke tahun (Y-o-Y) kepada RM52 juta daripada RM37 juta dengan kadar pengendalian dan pengangkutan yang lebih baik, serta volum pemprosesan yang lebih tinggi untuk perniagaan pengangkutan dan penyimpanan.

Keputusan kewangan diimbangi kerugian yang ditanggung Sektor Gula FGV di bawah anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) oleh kerana peningkatan sebanyak 27 peratus dalam kos pengeluaran input.

FGV mengumumkan pembayaran dividen interim sebanyak 4.0 sen sesaham, yang menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran dividen sebanyak RM146 juta dan akan dibayar menjelang suku ketiga 2022.

Sektor Perladangan Suku Kedua TK2022

Operasi Huluan FGV di bawah Sektor Perladangan melaporkan peningkatan dalam keuntungan operasi kepada RM567 juta, berbanding RM249 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ini dipacu oleh harga purata MSM yang lebih tinggi iaitu RM5,254 setiap MT berbanding RM3,333 setiap MT, dan Kadar Perahan Minyak (OER) yang bertambah sebanyak dua peratus daripada 20.16 peratus kepada 20.63 peratus.

Bagaimanapun, kos CPO Ex-Mill meningkat 30 peratus kepada RM2,203 setiap MT berbanding RM1,699 setiap MT pada suku yang sama tahun lepas disebabkan peningkatan dalam kos pengeluaran dan pemprosesan. Sementara itu, pengeluaran tandan buah segar (TBS) berkurangan kepada 958,018 MT daripada 1.06 juta MT, manakala hasil sawit menurun kepada 3.50 MT sehektar pada suku semasa disebabkan oleh kekurangan buruh dalam operasi FGV.

Dato’ Mohd Nazrul berkata, “Keadaan buruh semasa telah menjejaskan produktiviti kami akibat kerugian hasil pertanian. Dalam menangani isu tersebut, FGV sedang giat mengambil pekerja dari negara lain dan sehingga Julai, kami telah menerima 647 pekerja asing dari India. Buat masa ini, peratusan pekerja FGV berada pada kadar 62 peratus dan kami optimis untuk meningkatkan pengeluaran dengan membawa masuk 7,000 pekerja menjelang akhir tahun.

Keuntungan Operasi Hiliran Kumpulan FGV meningkat sebanyak 34 peratus iaitu RM39 juta disebabkan oleh jumlah jualan minyak dan lelemak yang lebih tinggi kerana pengguna menjangkakan kenaikan harga minyak masak. Di samping itu, jumlah jualan biodiesel meningkat sebanyak 19 peratus kepada 18,176 MT berikutan kenaikan harga minyak.

Sektor Logistik Suku Kedua TK2022

Sektor Logistik FGV menjana keuntungan operasi sebanyak RM25 juta dengan peningkatan 19 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, atas faktor peningkatan kadar pengendalian dan kos operasi yang lebih rendah dalam perniagaan pukal dan pengangkutannya.

Bagaimanapun, volum pukal berkurangan sebanyak enam peratus disebabkan oleh daya pengeluaran yang lebih rendah daripada pelanggan luar, manakala volum pengangkutan menurun sebanyak dua peratus seiring dengan pengeluaran MSM yang lebih rendah.

Sektor Gula Suku Kedua TK2022

Sektor Gula mecatatkan kerugian sebanyak RM29 juta berbanding RM23 juta keuntungan disebabkan oleh kos pengeluaran input yang tinggi terutamanya bagi gula mentah, pengangkutan, gas asli dan kelemahan Ringgit Malaysia walaupun terdapat peningkatan dalam harga jualan purata keseluruhan pada suku semasa.

Maju Kehadapan

FGV berhasrat untuk menjadi syarikat perniagaan tani dan makanan global dengan kedudukan kukuh dalam pasaran pengguna, yang memerlukan FGV untuk berkembang melangkaui perniagaan perladangan kelapa sawit. Sebagai sebuah organisasi yang terlibat dalam industri makanan, perkembangan terbaharu Kumpulan bersama Baladna dan Touch Group, adalah untuk membangunkan perniagaan penternakan tenusu bersepadu di FGV Chuping Agro Valley (FCAV) yang membolehkan FGV memperkukuhkan kehadirannya dalam industri makanan.

Bagi membantu memperkukuhkan Agenda Keselamatan Makanan Negara, FGV baru-baru ini bekerjasama dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi menghasilkan formulasi baharu makanan ayam kampung, ALMA, yang menggunakan produk sampingan daripada kilang padi dan beras tempatan. Selain itu, FGV mengumumkan produk ayam kampung segarnya, dipasarkan di bawah jenama Ladang’57 yang boleh didapati di pasar raya besar AEON BiG di seluruh negara.

Dari aspek kelestarian, bagi menghormati hak asasi manusia, FGV komited terhadap inisiatif berkaitan hak asasi manusia dengan mendukung piawaian buruh, menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menghapuskan buruh paksa dan buruh kanak-kanak. Menurut laporan yang diterbitkan baru-baru ini oleh Persatuan Buruh Adil (FLA), tiada sebarang ketidakpatuhan buruh ditemui berdasarkan penanda aras buruh paksa FLA dan mereka juga tidak menemui sebarang bukti penggunaan buruh kanak-kanak di operasi FGV.

Tiga tonggak Rangka Kerja Kelestarian Kumpulan FGV, iaitu menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menghormati hak asasi manusia dan melindungi alam sekitar, berfungsi sebagai tema menyeluruh untuk semua inisiatif kemampanan FGV. Ia meliputi pelbagai bidang tumpuan termasuk sumber & pengeluaran yang bertanggungjawab, peningkatan punca pendapatan, etika amalan buruh, perlindungan kanak-kanak, kesaksamaan jantina, ekonomi pekeliling, pengurusan biodiversiti & hidupan liar serta tindakan iklim.

“Agenda kelestarian FGV kekal menjadi keutamaan dalam usaha penciptaan nilai kepada pemegang berkepentingan kami. Keutamaan teras yang merangkumi semua pelan hala tuju masa hadapan kami adalah termasuk memperjuangkan kelestarian melalui sasaran dan matlamat rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang jelas dinyatakan dalam Rangka Kerja Kelestarian Kumpulan FGV bagi memacu impak positif kepada pemegang berkepentingan kami, dan menjadi sebuah syarikat korporat global yang bertanggungjawab,” kata Dato’ Mohd Nazrul.

TAMAT

Find