27th February 2023

KUALA LUMPUR, 27 February – FGV Holdings Berhad (FGV) has hit its financial milestone, achieving its highest operating profit ever for the financial year ended 31 December 2022 (FY2022) since its listing in 2012.

The Group recorded an operating profit of RM2.33 billion, representing an increase of 27 percent compared to financial year 2021. The stellar performance rise was attributed by increase in palm products’ margins following the higher average Crude Palm Oil (CPO) price realised by 32 percent, coupled with higher throughput and tonnage carried by the Logistics Sector.

FGV registered its PBT at RM1.95 billion compared to RM1.71 billion in the same period last year on the back of revenue growth of 31 percent to RM25.56 billion from RM19.57 billion recorded last year. The result was partially offset by the losses incurred in the Sugar Sector mainly due to higher production costs by 22 percent.

For the quarter under review ended 31 December 2022 (4Q FY2022), the Group’s operating profit of RM545 million was due to higher CPO cost ex-mill from the Palm Upstream Division, lower average selling price and production volume from the Rubber Division, and higher production cost of sugar. Nevertheless, the Logistics Sector saw an increase in profits due to higher throughput handled and tonnage carried.

Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV said, “I am proud to announce a solid closure for 2022, the highest recorded since we were listed in 2012. This demonstrates our continuous commitments to sustainable financial growth and success. With our transformation initiatives in place, FGV will continue to push the boundaries and achieve new milestones as we are committed to delivering exceptional value and driving growth for all our stakeholders.”

From Left: Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer and Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, Group Chief Financial Officer at  FGV’s FY2022 Financial Results Briefing. 

The Group also announces a final dividend payment of 11 sen per share, translating to a dividend payout of RM401.30 million. The Group declared a total dividend payment of 15 sen per share for FY2022.

Plantation Sector 4Q FY2022

In the Upstream Operations, lower operating profit was recorded at RM593 million, mainly due to the increase in CPO cost ex-mill by 14 percent to RM2,196 per MT compared to RM1,924 per MT in the previous year’s corresponding quarter, due to higher manuring, upkeep, and maintenance costs. Rubber margin was also down due to the decrease average selling price and lower production volume. Meanwhile, the decrease in seed sales volume and lower margin in fertiliser business also contributed to the lower operating profit registered.

CPO production improved by 14 percent to 832,000 MT driven by the increased total FFB production from 1.05 million MT to 1.13 million MT, thus leading to an increase in yield to 4.13 MT per hectare in the current quarter. Meanwhile, Oil Extraction Rate (OER) was down to 20.14 percent from 21.05 percent registered in the same period last year. In total, 1.12 million MT (28 percent) of FFB processed were produced internally, 1.82 million MT (44 percent) were sourced from FELDA settlers, and the remaining 1.17 million MT (28 percent) were received from third parties.

Due to increase in volume, the value of FFB purchased from smallholders increased tremendously to RM10.56 billion in FY2022 from RM8.38 billion in FY2021. The surge in FFB purchase value highlights FGV’s significance as an off-taker for smallholders as the Group remains committed to helping settlers and smallholders increase their financial income and enhance their livelihood.

The Sector’s result was attributed by the improved margin in oleochemicals and packed products in FGV’s Downstream Operations. FGV’s expansion into new markets resulted in a growth in sales volume of oils and fats by eight percent, thanks to its competitive pricing strategy. Additionally, the sales volume of biodiesel increased by 16 percent to 22,000 MT due to an increase in demand following the nation’s economic recovery.

Logistic Sector 4Q FY2022

FGV’s Logistics Sector recorded a profit of RM33 million driven by the higher volume of premium oils and an increase in throughput of bulking volume, which increased by three percent, while transport volume rose by 15 percent in tandem with higher CPO production.

Sugar Sector 4Q FY2022

The Sugar Sector reported a loss of RM46 million, brought down by high input costs of raw sugar, natural gas, and the weakening of the Ringgit Malaysia. Compared to 4Q FY2021, the sales volume saw a decrease of five percent due to lower export sales. However, average Utilisation Factor (UF) maintained at 49 percent as result of higher production volume in MSM Prai.

Going Forward

As a result of the enhanced recruitment strategies executed throughout the year, the shortage of foreign workers improved from 32 percent in 2021 to 13 percent in 2022. The Plantation Sector will continue to improve its operations through mechanisation, replanting programmes and implementing cost optimisation initiatives to manage rising operational costs and energy prices.

The Group’s dedication to promoting sustainability, safeguarding the environment, and upholding ethical recruitment remains unwavering. As for the Withhold Release Order (WRO) suspension, the Group’s independent assessor ELEVATE has concluded its on-site assessments. FGV is currently implementing ELEVATE’s recommendations and anticipates submitting the final report to the U.S. Customs and Border Protection (CBP) in the near future.

Dato’ Nazrul added, “Aligned with FGV’s No Recruitment Fees policy, we will reimburse our current and former foreign workers, who were employed after 27 June 2019 and had to pay recruitment fees to agents or other third parties in countries of origin. The payment to our current 23,333 foreign workers amounting to RM81.64 million will be made in three tranches between March and September 2023. Additionally, FGV has created a sinking fund amounting to RM30 million to reimburse former workers who paid recruitment fees during their employment with FGV but are no longer employed by the company.”

“Our vision is to deliver sustainable food and agriproducts to the world. We believe that by prioritising sustainability and exemplary corporate governance, we can create a better future for our planet and generations to come as we believe sustainability comes first, profit and growth will follow,” Dato’ Nazrul added.

ENDS

KUALA LUMPUR, 27 Februari – FGV Holdings Berhad (FGV) telah mencatatkan pencapaian kewangan terbaiknya dengan keuntungan operasi tertinggi sejak ianya disenaraikan pada 2012 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022).

Kumpulan FGV mencatatkan Keuntungan Operasi berjumlah RM2.33 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding tahun kewangan 2021. Pencapaian prestasi cemerlang itu disumbang oleh peningkatan dalam margin produk sawit berikutan purata harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang lebih tinggi sebanyak 32 peratus, ditambah dengan daya pengeluaran dan muatan tan yang lebih tinggi oleh Sektor Logistik.

FGV mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) berjumlah RM1.95 bilion berbanding RM1.71 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu disokong peningkatan hasil sebanyak 31 peratus kepada RM25.6 bilion daripada RM19.6 bilion yang dicatatkan tahun lalu. Keputusan kewangan  itu turut mengambil kira kerugian dalam Sektor Gula berikutan kos pengeluaran yang lebih tinggi sebanyak 22 peratus.

Bagi suku berakhir 31 Disember 2022 (S4 TK2022), Keuntungan Operasi Kumpulan dicatatkan sebanyak RM545 juta disebabkan oleh kos MSM ex-mill yang lebih tinggi daripada Bahagian Huluan Sawit, harga jualan purata dan jumlah pengeluaran yang lebih rendah daripada Bahagian Getah dan kos pengeluaran gula yang lebih tinggi. Namun begitu, Sektor Logistik menyaksikan peningkatan dalam keuntungan dipacu pencapaian daya pengeluaran dan muatan tan yang lebih tinggi.

Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Saya berbesar hati mengumumkan pengakhiran yang amat kukuh bagi tahun kewangan 2022 yang merupakan prestasi yang terbaik dicatatkan sejak kami disenaraikan pada 2012. Ini membuktikan komitmen berterusan FGV terhadap pertumbuhan dan kejayaan kewangan yang mampan dan lestari. Dengan inisiatif transformasi kami, FGV akan terus menembusi sempadan dan mencatat pencapaian baharu kerana kami komited memacu pertumbuhan dengan memberikan pulangan nilai luar biasa untuk semua pihak berkepentingan kami.”

Dari Kiri: Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV dan Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, Ketua Pegawai Kewangan di Taklimat Prestasi Kewangan FGV 2022.

Kumpulan FGV juga mengumumkan pembayaran dividen akhir sebanyak 11 sen sesaham, dengan jumlah pembayaran dividen sebanyak RM401.3 juta. Kumpulan turut mengisytiharkan jumlah pembayaran dividen sebanyak 15 sen sesaham bagi TK2022.

Sektor Perladangan Suku Keempat TK2022

Bagi Operasi Huluan, keuntungan operasi yang lebih rendah dicatatkan berjumlah RM593 juta, disumbang oleh peningkatan kos MSM ke pintu kilang sebanyak 14 peratus kepada RM2,196 per MT berbanding RM1,924 per MT pada suku yang sama tahun sebelumnya, disebabkan oleh kos pembajaan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi. Margin getah yang direkodkan juga turun disebabkan oleh penurunan volum pengeluaran dan margin lebih rendah bagi perniagaan baja yang menyumbang kepada penurunan keuntungan operasi yang dicatatkan.

Pengeluaran MSM meningkat 14 peratus kepada 832,000 MT didorong oleh peningkatan jumlah pengeluaran TBS daripada 1.05 juta MT kepada 1.13 juta MT, sekali gus membawa kepada peningkatan hasil sawit kepada 4.13 MT sehektar pada suku semasa. Sementara itu, Kadar Pengekstrakan Minyak (OER) turun kepada 20.14 peratus daripada 21.05 peratus yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. Secara keseluruhan, 1.12 juta MT (28 peratus) BTS yang diproses dikeluarkan secara dalaman, 1.82 juta MT (44 peratus) diperoleh daripada peneroka FELDA, dan baki 1.17 juta MT (28 peratus) diterima daripada pihak ketiga.

Disebabkan peningkatan isipadu, nilai BTS yang dibeli daripada pekebun kecil meningkat secara mendadak kepada RM10.56 bilion pada TK2022 daripada RM8.38 bilion pada TK2021. Lonjakan nilai pembelian BTS membuktikan FGV sebagai “off-taker” untuk pekebun kecil selari dengan komitmen Kumpulan untuk terus membantu peneroka dan pekebun kecil meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.

Pencapaian Sektor ini disokong oleh margin yang lebih baik yang dicatakatkan bagi oleokimia dan produk pembungkusan dalam Operasi Hiliran FGV. Pengembangan FGV ke pasaran baharu menghasilkan pertumbuhan dalam jumlah jualan minyak dan lelemak sebanyak lapan peratus, hasil daripada strategi penetapan harga yang kompetitif. Selain itu, jumlah jualan biodiesel meningkat sebanyak 16 peratus kepada 22,000 MT atas peningkatan permintaan berikutan pemulihan ekonomi negara.

Sektor Logistik 4Q TK2022

Sektor Logistik FGV mencatatkan keuntungan RM33 juta didorong oleh peningkatan volum minyak premium dan peningkatan daya pengeluaran volum pukal, yang meningkat sebanyak tiga peratus, manakala volum pengangkutan meningkat sebanyak 15 peratus seiring dengan pengeluaran MSM yang lebih tinggi.

Sektor Gula 4Q TK2022

Sektor Gula melaporkan kerugian sebanyak RM46 juta, disebabkan oleh kos pengeluaran input yang tinggi terutamanya bagi gula mentah, gas asli dan kelemahan Ringgit Malaysia. Berbanding dengan S4 TK2021, jumlah jualan menyaksikan penurunan sebanyak lima peratus didorong oleh penurunan jualan eksport. Walau bagaimanapun, purata Faktor Penggunaan (UF) dikekalkan pada 49 peratus hasil daripada jumlah pengeluaran yang lebih tinggi di MSM Prai.

Maju ke hadapan

Hasil daripada strategi pengambilan yang dipertingkatkan yang dilaksanakan sepanjang tahun, kadar kekurangan jumlah pekerja asing menurun kepada 13 peratus pada 2022 berbanding 32 peratus pada 2021. Sektor Perladangan akan terus menambah baik operasinya melalui mekanisasi, program penanaman semula dan melaksanakan inisiatif pengoptimuman kos untuk mengimbangi kenaikan kos operasi dan tenaga.

Dedikasi Kumpulan untuk menggalakkan amalan kelestarian, menjaga alam sekitar, dan menegakkan proses perekrutan yang beretika kekal kukuh. Bagi penggantungan Perintah Penahanan Pelepasan (Withhold Release Order – WRO), penilai bebas Kumpulan, ELEVATE telah memuktamadkan penilaian dan FGV kini sedang melaksanakan cadangan yang disyorkan oleh ELEVATE dan berhasrat untuk menyerahkan laporan akhir kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (Custom and Border Protection – CBP) Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Dato’ Nazrul juga berkata, “Selaras dengan dasar Pengambilan Pekerja Asing Tanpa Yuran FGV, kami akan membuat pampasan dengan membayar semula pekerja semasa dan bekas pekerja asing FGV yang berkhidmat selepas 27 Jun 2019 yang pernah membayar yuran pengambilan kepada ejen atau pihak ketiga di negara asal mereka. FGV memperuntukkan sebanyak RM81.64 juta untuk membayar semula 23,333 pekerja asing semasa dan bayaran ini akan dibuat dalam tiga peringkat dalam tempoh di antara Mac dan September 2023. Selain itu, FGV telah mewujudkan dana terikat berjumlah RM30 juta untuk membayar semula bekas pekerja FGV yang sudah tidak lagi berkhidmat dengan syarikat tetapi pernah membayar yuran pengambilan semasa mereka bekerja dengan FGV.”

“Visi FGV adalah untuk mengeluarkan makanan serta produk pertanian yang lestari kepada dunia. Kami percaya bahawa dengan mengutamakan kemampanan dan tadbir urus korporat yang cemerlang, FGV mampu membina masa depan yang lebih baik untuk planet dan generasi akan datang kerana kami percaya apabila kelestarian diutamakan, keuntungan dan pertumbuhan syarikat akan menyusul,” tambah Dato’ Nazrul.

 TAMAT

 

 

 

 

 

Find