2 September 2021

FGV Holdings Berhad (FGV) is pleased to announce the establishment of its Board Sustainability Committee, whose main role is to assist FGV’s Board in fulfilling its oversight responsibilities in relation to FGV Group’s sustainability policies, strategies and initiatives. Previously, FGV’s sustainability matters were under the purview of its Board Governance and Risk Management Committee (BGRMC).

The decision reinforces FGV’s unwavering commitment to sustainability, and reflects FGV’s resolve in ensuring that environmental, social and governance (ESG) considerations continue to take centre stage in FGV’s undertakings.

The Committee is presided over by Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV and comprises four other members of the Board namely Dato’ Yusli Mohamed Yusoff, Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin and Kasmuri Sukardi.

In formulating the responsibilities and functions of the Committee, FGV has also taken into account various guidance documents including the Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2021.   

The formation of the Committee, which will meet at least four times a year, will also provide the appropriate platform for more focused deliberation on sustainability-related matters such as human rights, labour standards, health and safety, climate action, biodiversity, traceability and supply chain, as well as circular economy, among others.

FGV believes that the Committee will bolster FGV’s existing efforts and will put FGV in an even better position to address challenges relating to sustainability, and to contribute more significantly to the achievement of the Sustainable Development Goals (SDGs) and to the advancement of the overall sustainability agenda. 

FGV shall make further announcements if there are any material development in respect of this matter.

 

FGV HOLDINGS BERHAD

FGV Holdings Berhad (FGV) dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kelestarian Lembaga Pengarah, yang peranan utamanya adalah untuk membantu Lembaga Pengarah FGV dalam memenuhi tanggungjawab pengawasannya berhubung polisi, strategi dan inisiatif kelestarian Kumpulan FGV. Sebelum ini, hal ehwal kelestarian FGV berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tadbir Urus dan Pengurusan Risiko (BGRMC).

Keputusan ini memperkukuh komitmen tinggi FGV terhadap kelestarian, dan mencerminkan tekad FGV dalam memastikan pertimbangan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) terus menjadi keutamaan dalam hal ehwal FGV.

Jawatankuasa ini dipengerusi oleh Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV dan dianggotai oleh empat ahli Lembaga Pengarah yang lain iaitu Dato’ Yusli Mohamed Yusoff, Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin dan Kasmuri Sukardi.

Dalam merumuskan tanggungjawab dan fungsi Jawatankuasa, FGV juga telah mempertimbangkan pelbagai dokumen panduan termasuk Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) 2021.

Pembentukan Jawatankuasa, yang akan bersidang sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun, juga akan menyediakan platform yang sesuai untuk pertimbangan yang lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan kelestarian seperti hak asasi manusia, piawaian buruh, kesihatan dan keselamatan, tindakan iklim, kepelbagaian biologi, kebolehkesanan dan rantaian bekalan, serta ekonomi pusingan, antara lain.

FGV percaya bahawa Jawatankuasa ini akan meningkatkan usaha sedia ada FGV dan akan meletakkan FGV pada kedudukan yang lebih baik dalam menangani cabaran yang berkaitan dengan kelestarian, dan memberikan sumbangan yang lebih signifikan terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dan kemajuan agenda keseluruhan kelestarian.

FGV akan membuat pengumuman lebih lanjut sekiranya terdapat perkembangan material yang berkaitan dengan perkara ini.

 

FGV HOLDINGS BERHAD

 

Find