18 June 2021

The Board of Directors of FGV Holdings Berhad (FGV) refers to the Withhold Release Order (WRO) issued by the U.S. Customs and Border Protection (CBP) on 30 September 2020 against palm oil and palm oil products made by FGV and its subsidiaries and joint ventures. This announcement serves as an update on the subject following FGV’s statement dated 31 March 2021.

FGV reiterates its full commitment to the sustainability and human rights agenda. In the last several years, FGV has been focusing on efforts towards ensuring compliance to human rights and labour standards, and these efforts have been intensified since early 2019 especially with FGV’s affiliation to the Fair Labor Association (FLA), which is a long-term programme to improve structures and systems for the enhancement of FGV’s labour practices. Various initiatives are being implemented under this programme, concentrating on, inter alia, improving FGV’s migrant worker recruitment process, developing human rights capacity building and training programmes, strengthening grievance mechanisms and enhancing our labour monitoring systems. 

In November 2020, FGV established the Foreign Workers Working Committee (FWWC) to focus on continuous improvement with regard to infrastructures on the ground that will further strengthen our labour practices. These include, among other things, further upgrading of workers’ housing, improving access to healthcare by establishing clinics in remote areas, upgrading facilities to provide uninterrupted water supply and electricity in areas that do not have access to the national power grid and state-provided water supply, implementing FGV’s e-Wallet system for more convenient salary payment and cashless transactions, and establishing FGV mobile shops to provide regular access to fresh food supplies.

FGV takes very seriously any concern raised with regard to its human rights and labour practices, including the WRO by the CBP. FGV is determined to take all necessary steps towards the lifting of the WRO, and will be appointing an independent auditor to conduct an assessment of FGV’s operations against the 11 International Labour Organization (ILO) Indicators of Forced Labour, as advised by the CBP. FGV is currently calling for proposals from prospective organisations and expects to finalise the appointment of the independent auditor in August 2021, following which the assessment work will immediately begin. FGV estimates that it would be able to submit to the CBP, for its consideration, the assessment report together with FGV’s proposed remediation plan within eight months upon the appointment of the independent auditor.

FGV recognises that upholding labour standards is a continuous endeavour, and is committed to prioritising efforts to advance the sustainability and human rights agenda. The Company shall make further announcements if there are any material development in respect of this matter.

 

FGV HOLDINGS BERHAD

Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) merujuk kepada Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat pada 30 September 2020 terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dihasilkan oleh FGV dan anak syarikatnya, serta syarikat usaha sama. Pengumuman ini berfungsi sebagai kemas kini mengenai perkara tersebut susulan kenyataan FGV bertarikh 31 Mac 2021.

FGV mengulangi komitmen penuhnya terhadap agenda kemampanan dan hak asasi manusia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, FGV telah memberi tumpuan kepada usaha ke arah memastikan pematuhan terhadap hak asasi manusia dan standard buruh, dan usaha-usaha ini telah diperhebatkan lagi sejak awal 2019 terutamanya melalui kerjasama FGV dengan Fair Labor Association (FLA), yang merupakan program jangka panjang dalam menambahbaik struktur dan sistem amalan buruh di FGV. Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan di bawah program ini, dengan tumpuan antara lainnya untuk memperbaiki proses pengambilan pekerja migran FGV, membangunkan program latihan dan membina keupayaan hak asasi manusia, memperkukuh mekanisme rungutan serta mempertingkatkan lagi sistem pemantauan buruh.

Pada November 2020, FGV menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pekerja Asing (FWWC) untuk memberi tumpuan terhadap penambahbaikan berterusan berhubung kemudahan infrastruktur yang akan mengukuhkan lagi amalan buruh FGV. Ini termasuk, antara lain, menaik taraf perumahan pekerja, meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan dengan menubuhkan klinik di kawasan berjauhan, menaik taraf kemudahan untuk menyediakan bekalan air dan elektrik tanpa gangguan di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik dan bekalan air yang disediakan kerajaan, melaksanakan sistem e-Dompet FGV untuk pembayaran gaji yang lebih mudah dan transaksi tanpa tunai, serta menubuhkan kedai mudah alih FGV untuk menyediakan akses tetap kepada bekalan makanan segar.

FGV memandang serius sebarang kebimbangan yang dibangkitkan berhubung hak asasi manusia dan amalan buruhnya, termasuk WRO oleh CBP. FGV bertekad untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk membatalkan WRO, dan akan melantik juruaudit bebas untuk menjalankan penilaian operasi FGV terhadap 11 Petunjuk International Labour Organization (ILO) berkaitan Buruh Paksa, seperti yang dinasihati oleh CBP. FGV kini sedang mengemukakan tawaran kepada organisasi berpotensi dan menjangka akan memuktamadkan pelantikan juruaudit bebas pada Ogos 2021, seterusnya membolehkan kerja-kerja penilaian dijalankan dengan segera. FGV menjangka akan bakal mengemukakan laporan penilaian berserta cadangan pelan pemulihan FGV untuk pertimbangan CBP dalam tempoh lapan bulan selepas perlantikan juruaudit bebas tersebut.

FGV mengakui bahawa menegakkan standard buruh adalah usaha berterusan, dan komited dalam memberi keutamaan ke atas usaha untuk memajukan agenda kemampanan dan hak asasi manusia. Syarikat akan membuat pengumuman selanjutnya jika terdapat sebarang perkembangan penting berhubung perkara ini.

 

FGV HOLDINGS BERHAD

Find