31 March 2021

The Board of Directors of FGV refers to the Withhold Release Order (WRO) issued by the US Customs and Border Protection (CBP) on 30 September 2020 against palm oil and palm oil products made by FGV and its subsidiaries and joint ventures. This announcement serves as an update on the subject following FGV’s statement dated 3 December 2020.

FGV places utmost importance on efforts towards the revocation of the WRO and has adopted a holistic approach to resolve applicable findings of the CBP. As part of this effort, FGV continues to work with the Fair Labor Association (FLA) to improve structures and systems for the enhancement of its labour practices including by aligning policies and codes with international standards. In November 2020, FGV adopted its revised Group Sustainability Policy (GSP) in which provisions on labour were strengthened based on the FLA Workplace Code of Conduct. FGV is also further strengthening its procedures for the recruitment of migrant workers and will be adding a pre-sourcing assessment to the selection process of recruitment agencies.

In February and March 2021, the FLA conducted a second validation exercise to assess FGV’s progress in implementing its action plan under the FLA affiliation. While the progress report is due to be published by the FLA on 31 March 2021, FGV has had discussions with the FLA on the contents of the report and notes the gaps highlighted by the FLA on some aspects including FGV’s grievance mechanism, remediation procedures and worker representation structures. FGV will continue to work with the FLA to institutionalise mechanisms to address these gaps, and to further strengthen and enhance our labour practices.

To complement these efforts, FGV has established a Foreign Workers Working Committee (FWWC), which is presided over by the Chairman of FGV, to look into areas for continuous improvement especially on upgrading infrastructures on the ground to ensure that the welfare of our workers are fully taken care of.

For example, in addition to the RM350 million invested to construct 319 blocks of new workers’ housing over the past three years, FGV is allocating additional funds amounting to RM43 million in 2021 to further enhance facilities for its workers. These include refurbishing the older housing in 169 plantations and upgrading equipment to ensure uninterrupted electricity and water supply, particularly in areas that do not have access to the national power grid and state-provided water supply.

To improve access to healthcare for our workers, FGV has established 13 clinics in our plantations that are located in remote areas, with the guidance and approval of the Ministry of Health. Furthermore, we are establishing mobile shops to make it more convenient for our workers to have constant access to fresh food and supplies. 

FGV’s e-Wallet system, which was introduced in 2020 – to enable our workers including migrant workers to control and manage finances more efficiently through cashless transactions for payroll, remittance and other services – is now in its final stages of rollout and is also being currently implemented in our plantations in Sabah and Sarawak. The e-Wallet system, which will also have grievance channelling and e-learning capabilities, is also being extended to workers undergoing regularisation in Sabah.

Recognising the importance of having a gender perspective in all of our actions and efforts, FGV has established a Committee on Gender Equality and Women Empowerment in February 2021, with the overarching objective of creating an enabling environment for women to have equal access to all opportunities, and adopting a gender-responsive and gender-mainstreaming approach throughout our operations. Among the immediate tasks of the Committee will be to oversee an assessment of the situation of gender equality in FGV and to formulate a gender equality policy within one year of the Committee’s establishment.

All these initiatives are part of FGV’s efforts to improve its labour practices and at the same time address concerns raised by the US CBP in relation to the 11 International Labour Organisation (ILO) indicators of forced labour. FGV is committed to resolving the matter with the CBP and will revisit the appointment of an independent firm in June 2021 for a comprehensive external audit on FGV’s labour practices, as suggested by the CBP.

The Company shall make further announcements if there are any material development in respect of this matter.

FGV HOLDINGS BERHAD

Lembaga Pengarah FGV merujuk kepada Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) pada 30 September 2020 terhadap produk sawit dan minyak sawit yang dihasilkan oleh FGV termasuk anak syarikatnya dan usaha sama. Pengumuman ini berfungsi sebagai kemas kini mengenai perkara tersebut berdasarkan kenyataan FGV bertarikh 3 Disember 2020.

FGV sangat mengutamakan usaha untuk membatalkan WRO dan telah menerapkan pendekatan holistik untuk menyelesaikan penemuan oleh CBP yang berkaitan. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, FGV terus bekerjasama dengan Fair Labor Association (FLA) untuk memperbaiki struktur dan sistem bagi meningkatkan amalan buruhnya termasuk menyelaraskan polisi dan kod-kod dengan standard antarabangsa. Pada bulan November 2020, FGV mengguna pakai Polisi Kelestarian Kumpulan (GSP) yang telah disemak semula di mana peruntukan mengenai tenaga buruh diperkasa berdasarkan Kod Tingkah Laku Tempat Kerja FLA. FGV juga mengukuhkan prosedur bagi pengambilan pekerja migran dan akan menambah penilaian pra-sumber untuk proses pemilihan agensi perekrutan.

Pada bulan Februari dan Mac 2021, FLA menjalankan pengesahan kedua untuk menilai kemajuan FGV dalam melaksanakan pelan tindakannya di bawah gabungan FLA. Walaupun laporan kemajuan akan diterbitkan oleh FLA pada 31 Mac 2021, FGV telah mengadakan perbincangan dengan FLA mengenai isi laporan dan mengambil maklum jurang yang diketengahkan oleh FLA mengenai beberapa aspek termasuk mekanisme rungutan FGV, prosedur pemulihan dan struktur perwakilan pekerja. FGV akan terus bekerjasama dengan FLA untuk menginstitusikan mekanisme bagi mengatasi jurang ini, dan untuk mengukuhkan dan meningkatkan lagi amalan buruh kami.

Untuk melengkapkan usaha ini, FGV telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pekerja Asing (FWWC), yang dipengerusikan oleh Pengerusi FGV, untuk melihat penambahbaikan berterusan terutamanya menaik taraf infrastruktur di lapangan untuk memastikan kesejahteraan pekerja kami dijaga sepenuhnya.

Sebagai contoh, selain daripada RM350 juta yang dilaburkan sejak tiga tahun yang lalu bagi membina 319 blok perumahan baharu pekerja, FGV memperuntukkan dana tambahan berjumlah RM43 juta pada tahun 2021 untuk meningkatkan lagi kemudahan bagi pekerja. Ini termasuklah membaik pulih perumahan lama di 169 ladang dan menaik taraf peralatan untuk memastikan bekalan elektrik dan air tanpa gangguan terutamanya di kawasan yang tidak memiliki akses kepada grid nasional dan bekalan air yang disediakan oleh negeri.

Untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan pekerja kami, FGV telah menubuhkan 13 klinik di ladang-ladang kami yang terletak di kawasan terpencil, dengan bimbingan dan kelulusan Kementerian Kesihatan. Selain itu, kami turut menyediakan kedai bergerak untuk memudahkan pekerja kami mendapat akses makanan segar dan bekalan berterusan.

Sistem e-Dompet FGV, yang diperkenalkan pada tahun 2020 – untuk membolehkan pekerja kami termasuk pekerja migran mengawal dan mengurus kewangan dengan lebih cekap melalui transaksi tanpa tunai bagi pembayaran gaji, pengiriman wang dan perkhidmatan lain – kini dalam peringkat akhir dan akan turut dilaksanakan di ladang-ladang kami di Sabah dan Sarawak. Sistem e-Dompet, yang juga akan mempunyai kemampuan menyalurkan rungutan dan e-pembelajaran, diperluaskan kepada pekerja yang menjalani regulasi di Sabah.

Menyedari pentingnya memiliki perspektif gender dalam semua tindakan dan usaha kami, FGV telah menubuhkan Jawatankuasa Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita pada bulan Februari 2021, dengan objektif utama untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan wanita mendapat akses yang sama kepada semua peluang, dan mengguna pakai pendekatan responsif gender dan gender-mainstreaming merangkumi keseluruhan operasi kami. Antara tugas segera Jawatankuasa ini adalah mengawasi penilaian keadaan kesaksamaan gender di FGV dan merumuskan polisi kesaksamaan gender dalam masa satu tahun dari penubuhan Jawatankuasa ini.

Semua inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha FGV untuk menambah baik amalan buruhnya dan pada masa yang sama menangani kebimbangan yang disuarakan oleh CBP AS berhubung dengan 11 petunjuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkenaan buruh paksa. FGV komited untuk menyelesaikan perkara ini dengan CBP dan akan meninjau semula pelantikan firma bebas pada bulan Jun 2021 bagi audit luaran yang komprehensif mengenai amalan buruh FGV, seperti yang disarankan oleh CBP.

Syarikat akan membuat pengumuman lebih lanjut sekiranya terdapat perkembangan material yang berkaitan dengan perkara ini.

FGV HOLDINGS BERHAD

 

Find