8 May 2020

(left) Syed Mahdhar Syed Hussain, FGV Chief Operating Officer of Plantation Sector with Anil Kumar Chigurupati, Director of Pre Unique (India) Pvt Ltd

KUALA LUMPUR, 08 MAY 2020 – FGV Trading Sdn Bhd (FGVT) has signed a Joint Venture Agreement with Hyderabad based Pre-Unique India Pvt Ltd (PreU) to form a joint-venture (JV) company to be based in India.  FGVT is a subsidiary of FGV Plantations Sdn Bhd which in turn is a wholly owned subsidiary of FGV Holdings Berhad (FGV).

FGV will hold an equity stake of 70% and PreU will hold the remaining 30% in the JV.

FGV’s Group Chief Executive Officer Dato’ Haris Fadzilah Hassan said, the growth prospects of India’s market is huge given its more than 1.3 billion population. The JV shall serve as a vehicle for FGV to directly participate in the food products market in India, particularly in the South India region. Previously, FGVT exports crude palm oil (CPO) and refined products into the Indian market.

“This JV fits well into FGV’s long term strategy to become one of the world’s leading integrated and sustainable agribusiness player. It is also a great opportunity for FGV to create presence along the palm oil value chain in the Indian consumer market with a special focus on fast moving consumer goods (FMCG) food products,” Haris said.

FGVT is the Group’s one-stop entity focusing on the bulk sale of vegetable oils, processed palm and lauric oils to local markets and export destinations such as China, India and Pakistan. It manages the entire end-to-end supply chain spectrum, with a strong team of experienced and successful traders handling edible and non-edible products.

PreU is engaged in, inter alia, the business of engineering solutions for palm oil mills, biomass & gasification power plants, methane compost plants, civil constructions and all related works. In this JV, PreU will be responsible to provide local access and market reach for the JV.

END

(kiri) Syed Mahdhar Syed Hussain, Ketua Pegawai Operasi Sektor Perladangan FGV bersama dengan Anil Kumar Chigurupati, Pengarah Pre Unique (India) Pvt Ltd

KUALA LUMPUR, 08 MAY 2020 – FGV Trading Sdn Bhd (FGVT) telah menandatangani Perjanjian Usaha Sama dengan Pre-Unique India Pvt Ltd (PreU) yang berpusat di Hyderabad untuk membentuk syarikat usaha sama (JV) yang berpengkalan di India. FGVT adalah anak syarikat FGV Plantations Sdn Bhd yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh FGV Holdings Berhad (FGV).

FGV akan memegang saham ekuiti 70 peratus dan PreU akan memegang baki 30 peratus dalam usaha sama itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, prospek pertumbuhan pasaran India sangat besar memandangkan jumlah penduduknya melebihi 1.3 bilion. Usaha sama ini akan berfungsi sebagai batu loncatan bagi FGV untuk turut serta secara langsung dalam pasaran produk makanan di India, terutama di wilayah India Selatan. Sebelum ini, FGVT mengeksport minyak sawit mentah (CPO) dan produk tertapis (refined products) ke pasaran India.

“Usaha sama ini sangat bersesuaian dengan strategi jangka panjang FGV untuk menjadi salah satu pemain perniagaan agri bersepadu dan lestari terkemuka di dunia. Ini juga merupakan peluang besar bagi FGV untuk mewujudkan kehadiran di sepanjang rantaian nilai minyak sawit di pasaran pengguna India dengan tumpuan khusus pada produk makanan barangan pengguna cepat laris (FMCG),” kata Haris.

FGVT adalah entiti sehenti Kumpulan FGV yang memberi tumpuan kepada penjualan minyak sayuran, minyak sawit dan minyak laurik secara pukal ke pasaran tempatan dan destinasi eksport seperti China, India dan Pakistan. Ia menguruskan keseluruhan spektrum rantaian bekalan dari hujung ke hujung, dengan pasukan pedagang yang berpengalaman dan berjaya dalam mengendalikan produk yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

PreU terlibat dalam, antara lain, perniagaan penyelesaian kejuruteraan untuk kilang kelapa sawit, loji tenaga biomas & gasifikasi, loji kompos metana, pembinaan sivil dan semua kerja yang berkaitan. Dalam usaha sama ini, PreU akan bertanggungjawab untuk menyediakan akses dan jangkauan pasaran tempatan melalui usaha sama tersebut.

Tamat

Find