22 May 2020

KUALA LUMPUR, MAY 22, 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) and its public listed subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) are expediting the plan to develop a new agriculture growth area called FGV Agro Food-Valley in Chuping, Perlis.

This announcement is made following the rescission of Sale and Purchase Agreement (SPA) between MSM’s wholly-owned subsidiary, MSM Perlis Sdn Bhd (MSM Perlis) and F&N Agrivalley Sdn Bhd (formerly known as Rimba Perkasa Sdn Bhd) on 9 April 2020.

FGV’s Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan says, “The FGV Agro FoodValley project is expected to redefine the agricultural industry landscape in Perlis as it will adapt Industrial Revolution 4.0 approaches incorporating modern technologies and mechanisms, sustainable development and value-added activities. The entire development of the project involving investment of RM100 million within two years will continue to fortify the national agro-food sector whilst assuring food security for the country”.

FGV and several of its subsidiary companies are in final stage of discussion to develop various food-based production area in Chuping as part of comprehensive effort to enhance plantation sector in Perlis while benefitting the national agro-food sector. The integrated development of the 4,400-hectare land aims to cultivate high quality alternative crops in the four main agrofood sectors including cassava for starch production, MD2 premium pineapple, harum manis mangoes and animal feed production based on cassava by-product of starch and biomass.

FGV planned to build factory with a capacity of 50,000 MT per year for the production of cassava starch and maltodextrin. Apart from that, cassava could also be potentially produced as substance for industrial production of bio-ethanol, bio-fuel, bio-plastic, amino acid, polyols, pharmaceutical and animal feed. The production of animal feed from the by-product of starch and biomass can be achieved up to 22,000 MT per year. FGV will maintain its focus on the production of high quality animal feed to cater the demand from local dairy farmers including FGV Dairy Farm Sdn Bhd that produced dairy products under the brand Bright Cow.

Dato’ Haris further added, “Each acre of cultivation could potentially reach up to 30 tonnes and FGV are willing to offer buy back guarantee which could help farmers to expand their revenue stream. Positively, the establishment of the cassava-based industry will diversify the prospects and investment opportunities for Perlis in view of the development of Chuping Valley Industrial Area (CVIA) which are currently being managed by Northern Corridor Implementation Authority (NCIA). The global cassava market is projected to register a growth rate of 3.2% from 2019 to 2024 to reach a market value of USD$4.5 billion by the end of 2024. Currently, Malaysia imports 600,000 MT of cassava starch, and FGV Agro Food-Valley may substitute 8% of Malaysia’s imports of cassava starch.”

FGV Group is looking forward to realise the strategic initiatives in line with the government’s proposition to bolster domestic economic sector in reducing the impact from Covid-19. The development of FGV Agro Food-Valley will offer more than 300 employment opportunities to the local community and provide business prospect for the local and agro youth farmers especially among the B40 group through the farming contract as well as secondary industries such as logistics and supplies.

The FGV Agro Food-Valley has been carefully designed since early of this year in view of MSM’s rationalisation plan to dispose the plantation land. The synergistic development plan reflects FGV and MSM deliberative assessment in monetising the non-core assets by prioritising commercial and social interest that provides values to all stakeholders. The proceeds from the disposal will strengthen both Group’s financial commitment and resources to pave the way for more potential and profitable business diversification.

MSM Group Chief Executive Officer, Dato’ Khairil Anuar Aziz said, “Moving forward, MSM will continue its focus to rationalise group wide capacity through consolidation of production to enhance operational capabilities. The strategic consolidation will also reduce financial impact with regards to optimum capacity utilisation and prudent cost management across the supply chain. We remain committed to transform challenges into opportunities and returning the best value to our shareholders.”

END – 

KUALA LUMPUR, 22 MEI, 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) serta anak syarikat senaraian awamnya, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) mempercepatkan rancangan untuk membangunkan kawasan pertanian baharu yang dinamakan Lembah Makanan Agro FGV (FGV Agro Food-Valley) di Chuping, Perlis.
Pengumuman ini dibuat berikutan pembatalan Perjanjian Jual dan Beli (SPA) di antara anak syarikat MSM, MSM Perlis Sdn Bhd (MSM Perlis) dan F&N Agrivalley Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Rimba Perkasa Sdn Bhd) pada 9 April 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, “Projek Lembah Makanan Agro FGV dijangka membawa perubahan kepada lanskap industri pertanian di Perlis kerana menggunakan pendekatan Revolusi Industri 4.0 yang menggabungkan teknologi dan mekanisme moden, pembangunan mampan serta aktiviti bernilai tambah. Keseluruhan pembangunan projek yang melibatkan pelaburan RM100 juta dalam masa dua tahun akan terus memperkasa sektor makanan nasional di samping menjamin bekalan makanan mencukupi untuk negara”.

FGV serta beberapa anak syarikatnya berada pada tahap akhir perbincangan untuk membangunkan pelbagai kawasan penghasilan makanan di Chuping sebagai antara langkah komprehensif bagi meningkatkan sektor perladangan di Perlis serta memberikan manfaat kepada sektor pertanian negara. Pembangunan bersepadu bagi tanah seluar 4,400-hektar tersebut mensasarkan penanaman hasil alternatif berkualiti tinggi di dalam empat sektor makanan agro utama termasuk ubi kayu bagi penghasilan kanji, nenas premium MD2, mangga harum manis dan pengeluaran makanan ternakan berasaskan produk sampingan kanji dan biomas ubi kayu.

FGV merancang untuk membina kilang dengan kapasiti 50,000 MT setahun bagi pengeluaran kanji ubi kayu dan maltodextrin. Selain itu, ubi kayu turut berpotensi dijadikan sebagai bahan untuk penghasilan produk berasaskan industri lain seperti bio-ethanol, bio-fuel, bio-plastic, asid amino, polyols, farmaseutikal dan makanan ternakan. Pengeluaran makanan ternakan daripada produk sampingan kanji dan biomas tersebut mampu mencapai sehingga 22,000 MT setiap tahun. FGV akan tetap fokus terhadap pengeluaran produk makanan ternakan berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan penternak tenusu tempatan termasuk FGV Dairy Farm Sdn Bhd yang mengeluarkan produk tenusu di bawah jenama Bright Cow.

Dato’ Haris turut menambah, “Setiap satu ekar tanaman ubi kayu boleh mencecah pengeluaran sehingga 30 tan dan FGV bersedia untuk menawarkan jaminan pembelian balik yang mampu membantu para petani untuk menambahkan aliran pendapatan mereka. Dari sudut positif, penubuhan industri berasaskan ubi kayu bakal mempelbagaikan prospek serta meningkatkan peluang pelaburan di Perlis susulan pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) yang diuruskan oleh Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NICA). Pasaran ubi kayu global mesasarkan kadar pertumbuhan sekitar 3.2% daripada 2019 hingga 2024 untuk mencapai nilai pasaran USD$4.5 billion pada akhir 2024. Pada masa kini, Malaysia mengimport sebanyak 600,000 MT kanji ubi kayu dan Lembah Makanan Agro FGV dijangka menyumbang sebanyak 8% dari jumlah import kanji ubi kayu Malaysia.”

Kumpulan FGV turut mensasarkan pelaksanaan inisiatif strategik ini selari dengan saranan kerajaan dalam memacu sektor ekonomi domestik dalam mengurangkan impak daripada wabak Covid-19. Pembangunan Lembah Makanan Agro FGV ini akan menawarkan lebih daripada 300 peluang pekerjaan kepada warga tempatan serta menyediakan prospek perniagaan untuk petani dan belia tani tempatan terutamanya dalam Kumpulan B40 melalui kontrak pertanian serta industri sokongan seperti logistik dan pembekalan.

Lembah Makanan Agro FGV telah dirancang dengan teliti sejak awal tahun ini susulan pelan rasionalisasi MSM bagi melupuskan tanah perladangan tersebut. Pelan pembangunan sinergistik ini mencerminkan penilaian terperinci yang dilaksanakan oleh FGV dan MSM dalam melupuskan aset-aset bukan teras dengan mengutamakan kepentingan komersial dan sosial yang memberikan nilai kepada semua pemegang berkepentingan. Pelaksanaan pelupusan tersebut akan memperkukuhkan komitmen kewangan dan sumber bagi kedua-dua syarikat dalam membuka laluan kepada kepelbagaian perniagaan yang lebih berpotensi dan menguntungkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Dato’ Khairil Anuar Aziz berkata, “Melangkah ke hadapan, MSM akan terus memberi fokus kepada rasionalisasi kapasiti keseluruhan melalui penyatuan pengeluaran bagi meningkatkan keupayaan operasi. Penyatuan strategik tersebut akan turut mengurangkan impak kewangan berkaitan penggunaan kapasiti secara optimum serta pengurusan kos yang berkesan merentasi keseluruhan rantaian bekalan. Kami kekal komited dalam mentransformasikan cabaran kepada peluang di samping memberikan nilai yang terbaik buat para pemegang saham.”

TAMAT –

Find