30 November 2022

KUALA LUMPUR, 30 November 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) recorded a significant jump in profit before tax (PBT) of RM1.49 billion for the Group’s nine-month period ended 30 September 2022 (9M FY2022), compared to RM1.02 billion in the same period last year.

The Group’s revenue rose by 45 percent year-on-year (Y-o-Y) to RM19.46 billion compared to the previous RM13.39 billion, while Profit After Tax & Minority Interests (PATAMI) grew by 40 percent to RM985 million from RM703 million.

FGV’s operating profit also increased 53 percent to RM1.78 billion Y-o-Y in 9M FY2022 compared to RM1.16 billion reported in the previous corresponding financial period.

Dato’ Nazrul Mansor, FGV’s Group Chief Executive Officer said, “I am pleased to report that the Group is on course for a strong close this financial year. Our improved operating performance for 9M FY2022 is mainly attributed by higher palm products’ margins due to higher Crude Palm Oil (CPO) price realised and higher throughput and tonnage carried by the Logistic Sector.”  

The result was partially offset by the losses incurred in the Sugar Sector under its subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), mainly due to higher production costs by 24 percent.

Overall, for the Group’s current quarter ended 30 September 2022 (3Q FY2022), FGV recorded higher revenue of RM6.18 billion due higher average CPO price realised versus RM5.31 billion in the same period last year.

Despite the higher revenue, the Group reported lower PBT of RM385 million compared to RM508 million in the corresponding quarter last year due to the losses incurred in Sugar Sector and lower CPO and Processed Palm Oil (PPO) sales volume by Plantation Sector.

Plantation Sector 3Q FY2022

FGV’s Upstream Operations reported an increase in revenue of RM3.71 billion compared to RM3.24 billion during the same period last year. Despite the higher margin achieved, CPO Cost Ex-Mill increased by 39 percent to RM2,262 per MT due to lower Fresh Fruit Bunch (FFB) production, increased in manuring and labour costs as a result of the minimum wage implementation.

CPO production has improved by 8 percent to 801,000 MT driven by the increased of total FFB processed by 10 percent to 3.93 million MT as compared to 3.56 million MT in the corresponding quarter. In total, 1.05 million MT (27 percent) were produced internally, 1.74 million MT (44 percent) were sourced from FELDA settlers, and 1.14 million (29 percent) MT were received from third parties.

Meanwhile, the Group’s Downstream Operations’ operating profit grew to RM30 million driven by the higher sales volume for packed products and olechemicals under its subsidiaries, Delima Oil Products Sdn. Bhd. and Twin Rivers Technologies (TRT).

Logistic Sector 3Q FY2022

FGV’s Logistic Sector generated an Operating Profit of RM34 million which represents a 36 percent increase compared to the same period last year, mainly due to higher tonnage and throughput in its bulking and transport businesses.

Bulking volume increased by 3 percent due to higher throughput handled, while transport volume rose by 16 percent in tandem with higher CPO production.

Sugar Sector 3Q FY2022

Sugar Sector reported a loss of RM71 million primarily due to a 20 percent increase in production costs. The Sector suffered an erosion in margin mainly attributable to high input costs of raw sugar, freight, natural gas and the weakening of Ringgit Malaysia despite the increased in overall average selling price.

However, the Sector improved its total sales volume by 10 percent driven by higher demand from wholesale and industry, in line with market recovery and improved Utilisation Factor (UF) to 46 percent as a result of higher production volume in MSM Prai.

Going Forward

“Our vision is to be a sustainable, global food and agribusiness player. We are strengthening our position in the Malaysian food market, not only in essential food items such as cooking oil and sugar, but also building our presence in other value-added consumer food products segments,” Dato’ Nazrul added.

On the sustainability front, FGV remains committed to respecting and championing human rights as part of its sustainability framework. In October, FGV has engaged with the United States Customs and Border Protection Department, (USCBP) in Washington D.C. to update its initiatives in addressing the requirements of the international labour standards as the Group works towards uplifting the Withhold Release Order (WRO).

Meanwhile, the sustainable sourcing of raw sugar enables MSM to have sugar traceability and practices in accordance with environmental, social and governance (ESG) framework commitment. Gula Prai is traceable to the mill and is now part of the No Deforestation and No People Exploitation (NDPE) Sugar initiative.

In terms of governance, various improvement initiatives were implemented in our operations, including an establishment of solid procurement system that ensures procurements are done in the most transparent manner. In addition, FGV was also recently awarded with the ‘Strongest Adherence to Corporate Governance’ and ‘Most Organised Investor Relations’ Awards by Alpha Southeast Asia in recognition of its exemplary corporate governance.

Outlook for Malaysia’s plantation sector is expected to remain resilient in the 4Q FY2022, with a flat CPO production forecast of 18.3 million MT. Increased CPO supply from seasonally higher FFB output as well as stockpiles in exporting countries such as Indonesia may continue to put downward pressure on CPO prices. Nonetheless, CPO prices are expected to average around RM4,000 per MT in 4Q FY2022.

Barring any unforeseen circumstances, the Group anticipates a strong fiscal year performance in 2022.

ENDS

KUALA LUMPUR, 30 November 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan peningkatan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM1.49 bilion untuk tempoh sembilan bulan pertama bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022 (9B TK2022), berbanding RM1.02 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan Kumpulan melonjak sebanyak 45 peratus tahun ke tahun (Y-o-Y) kepada RM19.46 bilion berbanding RM13.39 bilion yang dicatatkan sebelum ini, manakala Keuntungan Selepas Cukai & Kepentingan Minoriti (PATAMI) meningkat 40 peratus kepada RM985 juta daripada RM703 juta.

Keuntungan Operasi Kumpulan FGV juga meningkat 53 peratus kepada RM1.78 untuk tempoh 9B TK2022 berbanding RM1.16 bilion yang dilaporkan dalam tempoh kewangan yang sama sebelumnya.

Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Saya berbesar hati mengumumkan bahawa FGV kekal di landasan untuk mengakhiri tahun kewangan ini dengan kukuh. Prestasi operasi kami yang lebih baik untuk suku ketiga disokong oleh margin produk sawit yang lebih tinggi berikutan peningkatan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang direalisasikan serta pencapaian daya pengeluaran dan muatan tan yang dipacu oleh Sektor Logistik.”

Keputusan kewangan diimbangi kerugian yang direkodkan Sektor Gula menerusi anak syarikat FGV, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) disebabkan kos pengeluaran yang lebih tinggi sebanyak 24 peratus.

Secara keseluruhan, untuk suku ketiga berakhir 30 September 2022 , FGV mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak RM6.18 bilion disebabkan harga purata MSM yang diperolehi lebih tinggi pada suku semasa, berbanding RM5.31 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Meskipun merekodkan hasil yang lebih tinggi, FGV mencatatkan PBT yang lebih rendah iaitu sebanyak RM385 juta berbanding RM508 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, berikutan kerugian yang ditanggung dalam Sektor Gula dan penurunan volum jualan MSM dan Minyak Sawit Diproses (PPO) di Sektor Perladangan.

 Sektor Perladangan Suku Ketiga TK2022

Operasi Huluan FGV mencatat peningkatan hasil sebanyak RM3.71 bilion berbanding RM3.24 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu. Walaupun margin yang lebih tinggi dicapai, kos CPO Ex-Mill meningkat sebanyak 39 peratus kepada RM2,262 setiap MT susulan pengeluaran Tandan Buah Segar (FFB) yang lebih rendah, peningkatan pembajaan dan kos pelaksanaan gaji minimum buruh.

Pengeluaran MSM meningkat sebanyak 8 peratus kepada 801,000 MT, didorong oleh peningkatan jumlah BTS sebanyak 10 peratus kepada 3.93 juta MT berbanding 3.56 juta MT pada suku yang sama. Secara keseluruhan, 1.05 juta MT (27 peratus) dihasilkan secara dalaman, 1.74 juta MT (44 peratus) diperoleh daripada peneroka FELDA, dan 1.14 juta MT (29 peratus) diterima daripada pihak ketiga.

Sementara itu, keuntungan operasi bagi Operasi Hiliran Kumpulan meningkat kepada RM30 juta dipacu oleh volum jualan yang lebih tinggi untuk produk pembungkusan dan oleokimia di bawah anak-anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn. Bhd. dan Twin Rivers Technologies (TRT).

 Sektor Logistik Suku Ketiga TK2022

Sektor Logistik FGV mencatatkan peningkatan Keuntungan Operasi sebanyak RM34 juta bersamaan 36 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, yang dijana peningkatan daya pengeluaran dan berat tan dalam perniagaan pukal dan pengangkutannya.

Volum pukal turut meningkat sebanyak 3 peratus hasil pengendalian pemprosesan yang lebih tinggi, manakala volum pengangkutan meningkat sebanyak 16 peratus seiring dengan pengeluaran MSM yang lebih tinggi.

Sektor Gula Suku Ketiga TK2022

Sektor Gula mencatatkan kerugian berjumlah RM71 juta disebabkan peningkatan kos pengeluaran sebanyak 20 peratus. Sektor ini mengalami penurunan margin, akibat kos input yang tinggi bagi gula mentah, pengangkutan, gas asli dan kelemahan Ringgit Malaysia, meskipun terdapat peningkatan pada purata harga jualan keseluruhan.

Bagaimanapun, jumlah volum jualan bagi Sektor itu meningkat sebanyak 10 peratus didorong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada pemborong dan industri, sejajar dengan pemulihan pasaran dan Faktor Penggunaan (UF) yang bertambah baik kepada 46 peratus hasil daripada jumlah pengeluaran yang lebih tinggi di MSM Prai.

Maju ke hadapan

“Visi kami adalah untuk menjadi pemain industri makanan global dan perniagaan tani yang lestari. Kami sedang mengukuhkan kedudukan dalam pasaran makanan Malaysia, bukan sahaja bagi barangan makanan penting seperti minyak masak dan gula, tetapi juga memperkukuh kehadiran kami dalam segmen produk makanan pengguna nilai tambah yang lain,” tambah Dato’ Nazrul.

Dalam aspek kelestarian, FGV kekal komited untuk menghormati dan memperjuangkan hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada rangka kerja kelestariannya. Pada Oktober lalu, FGV telah bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (USCBP) di Washington D.C. bagi mengemas kini inisiatifnya dalam memenuhi keperluan piawaian buruh antarabangsa ketika Kumpulan berusaha untuk menamatkan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO).

Sementara itu, penyumberan gula mentah yang lestari membolehkan MSM mempunyai kebolehkesanan dan amalan gula yang selaras dengan komitmen rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Gula Prai kini boleh dikesan sehingga ke kilang dan menjadi sebahagian daripada inisiatif Gula Tanpa Penebangan Hutan dan Tanpa Eksploitasi Manusia (NDPE).

Dari segi tadbir urus, pelbagai inisiatif penambahbaikan telah dilaksanakan dalam operasi kami, termasuk penubuhan sistem perolehan yang lebih baik bagi memastikan perolehan dilakukan dengan cara paling telus. Di samping itu, FGV turut menerima Anugerah ‘Kepatuhan kepada Tadbir Urus Korporat’ dan ‘Perhubungan Pelabur Paling Tersusun’ oleh Alpha Southeast Asia sebagai pengiktirafan terhadap tadbir urus korporatnya, baru-baru ini.

Ramalan bagi sektor perladangan Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada suku keempat TK2022, dengan unjuran pengeluaran MSM mendatar sebanyak 18.3 juta MT. Peningkatan bekalan MSM daripada pengeluaran BTS yang lebih tinggi secara bermusim serta simpanan di negara pengeksport seperti Indonesia mungkin terus memberi tekanan ke atas harga MSM. Namun begitu, harga MSM dijangka berada pada purata sekitar RM4,000 setiap MT pada suku keempat TK2022.

FGV meramalkan prestasi tahun fiskal yang kukuh pada 2022 melainkan wujud keadaan yang tidak dijangka.

TAMAT

 

Find