28 February 2022

KUALA LUMPUR, 28 February 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) posted a surge in profit after tax and minority interest (PATAMI) of RM1.17 billion for the financial year ended 31 December 2021 (FY2021), an eight-fold increase from RM146 million recorded last year. Its annual revenue grew 39% to RM19.57 billion, a record high from RM14.07 billion in 2020.

The Group announces a final dividend payment of 8.0 sen per share, translating to a total dividend payout of RM291.85 million.

The Group’s operating profit rose to RM1.79 billion in FY2021 compared to RM603 million from the previous year, driven by stronger crude palm oil (CPO) price and better performance from both its Sugar and Logistics Sectors.

The average CPO price realised in FY2021 increased by 37% to RM3,671 per metric tonne (MT), compared to RM2,675 per MT in FY2020.

Meanwhile, for the fourth quarter ended 31 December 2021 (4Q FY2021), FGV recorded a significant PATAMI of RM465 million, higher by more than three times compared to RM131 million recorded in 4Q FY2020.

For the quarter under review, the Group’s revenue rose 54% year-on-year (y-o-y) to RM6.18 billion, while operating profit increased to RM633 million compared to RM222 million posted in the previous year. The higher operating profit is mainly attributable to the increase in palm products’ margins due to higher average CPO price realised, reduced CPO cost ex-mill, and better handling rate for its bulking and transport businesses.

FGV’s Plantation Sector, the Group’s business mainstay, which makes up the biggest chunk of its business portfolios, recorded a stronger performance in 4Q FY2021 with a total operating profit before land lease agreement (LLA) and impairment of RM716 million on the back of RM5.41 billion revenues. This was a significant increase of 87% and 65% respectively compared to the previous corresponding quarter, contributed by higher CPO price and better CPO production volume. The operating profit before LLA and impairment for FGV’s upstream segment under the Plantation Sector rose to RM633 million for the quarter under review, a two-fold increase compared to RM300 million in the same quarter last year, underpinned by higher palm products margins gained from higher average CPO price of RM4,194 per MT in 4Q FY2021 versus RM3,059 per MT in 4Q FY2020.

In the upstream operational parameters, FGV reported a slight increase by 1% in both its fresh fruit bunches (FFB) production and yield to 1.05 million MT and 4.16 MT/Ha respectively in 4Q FY2021 compared to the same quarter last year, in tandem with yield improvement from the young mature and prime-age palm trees.

The Group’s CPO production improved by 5% y-o-y to 0.73 million MT, while the oil extraction rate also improved by 1% y-o-y to 21.05% for the quarter under review, on the back of improved FFB processed and better mills performance from stringent process control.

In addition, FGV also achieved a higher utilisation factor (UF) of 69% supported by a higher FFB volume received in 4Q FY2021 compared to 66% in the same quarter last year. This had positively contributed to reduced CPO cost ex-mill by 2% to RM1,773 per MT due to lower processing cost.

Meanwhile, FGV saw its Logistics Sector record a higher operating profit of RM29 million in 4Q FY2021, a 38% rise compared to RM21 million in the previous corresponding quarter, attributed to higher volume of products carried for its transport business and higher volume of high-value products and lower variable operating cost for its bulking business.

The Group’s Sugar Sector under its 51% owned public-listed subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Group) however, posted an operating loss of RM6 million in 4Q FY2021 compared to operating profit of RM72 million in 4Q FY2020 despite registering a higher revenue of RM642 million, a 2% increase from RM630 million a year earlier. This is due to lower sales volume for industry and export as a result of slow domestic demand and flood disaster, decreased gross profit margin resulting from a higher production cost. Nevertheless, the Sector registered a significant jump in total operating profit by 222% to RM116 million in FY2021 versus RM36 million a year earlier.

Going forward

“While uncertainties surrounding labour supply continue to persist, we expect the situation will recover in the third quarter this year. Meanwhile, our Plantation Sector will keep focusing on harvesting, crop recovery and replanting efforts to ensure the profitability of the Group in the long run. Along with this, our Sugar Sector will optimise its local presence through an aggressive sales strategy, regional export penetration and value-added business activities to improve sales volume. Similarly, our Logistics Sector will also continue to explore opportunities for market expansion and diversification while heightening its operational effectiveness,” said Mohd Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

“The rising threats of the new Omicron variant are also threatening our business continuity. Therefore, we have taken the necessary measures to maximise the vaccination rates among our employees and plantation workers while putting in place stringent COVID-19 standard operating procedures (SOPs) and effective containment measures at our operations,” added Nazrul.

He said in line with the commitment of the Group to sustainability, FGV is currently enhancing its wide array of initiatives, particularly on environmental protection, climate action, and good labour practices. These efforts are guided, across its operations, by the environment, social and governance (ESG) framework as enunciated in the Group Sustainability Policy (GSP).

“On the environment front, we are enhancing our Group-wide commitment to environmental protection with our renewed biodiversity conservation and wildlife protection programmes, as well as our strengthened adaptability to environmental adverse impacts and risks. I have put acting on climate change at the heart of our Group priorities. FGV will become a net-zero business, and were the first food and agribusiness company in our sector to have a commitment to science-based targets.

For social sustainability, we continue to uphold best labour practices and human rights by enhancing labour programmes and championing gender equality, women empowerment and child protection. Meanwhile, on governance, we will continue to progressively strengthen our sustainability policy and guidelines, compliance to sustainability practices through traceability and supply chain management, as well as continuous monitoring and evaluation of the effectiveness of our sustainability programmes, among others,” continued Nazrul.

END

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan lonjakan dalam keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM1.17 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021), peningkatan lapan kali ganda daripada RM146 juta yang direkodkan tahun lepas. Pendapatan tahunan meningkat 39% kepada RM19.57 bilion, rekod tertinggi berbanding RM14.07 bilion pada 2020.

Kumpulan mengumumkan pembayaran dividen akhir sebanyak 8.0 sen sesaham, dengan jumlah keseluruhan pembayaran dividen sebanyak RM291.85 juta.

Keuntungan operasi Kumpulan meningkat kepada RM1.79 bilion pada TK2021 berbanding RM603 juta tahun sebelumnya, didorong oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih kukuh dan prestasi yang lebih baik daripada kedua-dua Sektor Gula dan Logistiknya.

Purata harga MSM yang direalisasikan pada TK2021 meningkat sebanyak 37% kepada RM3,671 setiap tan metrik (MT), berbanding RM2,675 setiap MT pada TK2020.

Sementara itu, bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (S4 TK2021), FGV mencatatkan peningkatan PATAMI sebanyak RM465 juta, lebih tiga kali ganda daripada RM131 juta yang dicatatkan pada S4 TK2020.

Bagi suku yang ditinjau, pendapatan Kumpulan meningkat 54% tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM6.18 bilion, manakala keuntungan operasi meningkat kepada RM633 juta berbanding RM222 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Keuntungan operasi yang lebih tinggi ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam margin produk sawit berikutan harga purata MSM yang lebih tinggi, pengurangan kos MSM ke pintu kilang, dan kadar pengendalian yang lebih baik untuk perniagaan pukal dan pengangkutannya.

Sektor Perladangan FGV, perniagaan utama Kumpulan yang membentuk sebahagian besar portfolio perniagaannya, merekodkan prestasi yang lebih kukuh pada S4 TK2021 dengan jumlah keuntungan operasi sebanyak RM716 juta dengan pendapatan sebanyak RM5.41 bilion sebelum perjanjian pajakan tanah (LLA) dan rosot nilai. Ini merupakan peningkatan ketara sebanyak 87% dan 65% masing-masing berbanding suku yang sama sebelumnya, disumbangkan oleh harga MSM yang lebih tinggi dan volum pengeluaran MSM yang lebih baik. Keuntungan operasi sebelum LLA dan rosot nilai bagi segmen huluan di bawah Sektor Perladangan FGV meningkat kepada RM633 juta bagi suku yang ditinjau, peningkatan dua kali ganda berbanding RM300 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh margin produk sawit yang lebih tinggi yang diperoleh daripada harga purata MSM lebih tinggi iaitu RM4,194 setiap MT pada S4 TK2021 berbanding RM3,059 setiap MT pada S4 TK2020.

Bagi operasi huluan pula, FGV melaporkan sedikit peningkatan sebanyak 1% dalam kedua-dua pengeluaran tandan buah segar (TBS) dan hasil kepada 1.05 juta MT dan 4.16 MT/Ha masing-masing pada S4 TK2021 berbanding suku yang sama tahun lepas, seiring dengan penambahbaikan hasil daripada pokok kelapa sawit yang matang dan muda.

Pengeluaran MSM Kumpulan meningkat sebanyak 5% tahun ke tahun kepada 0.73 juta MT, manakala kadar pengekstrakan minyak juga meningkat sebanyak 1% tahun ke tahun kepada 21.05% untuk suku yang ditinjau, didorong oleh peningkatan TBS yang diproses dan prestasi kilang yang lebih baik berikutan kawalan proses yang ketat.

Selain itu, FGV juga mencapai faktor penggunaan (UF) yang lebih tinggi sebanyak 69% disokong oleh volum TBS diterima yang lebih tinggi pada S4 TK2021 berbanding 66% pada suku yang sama tahun lepas. Ini telah menyumbang secara positif kepada pengurangan kos MSM ke pintu kilang sebanyak 2% kepada RM1,773 setiap MT disebabkan oleh kos pemprosesan yang lebih rendah.

Sementara itu, FGV menyaksikan Sektor Logistiknya mencatatkan keuntungan operasi yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM29 juta pada S4 TK2021, meningkat 38% berbanding RM21 juta pada suku yang sama sebelumnya, disumbangkan oleh volum produk dibawa yang lebih tinggi untuk perniagaan pengangkutannya dan volum produk bernilai tinggi yang lebih tinggi dan kos operasi berubah yang lebih rendah untuk perniagaan pukalnya.

Selain itu, Sektor Gula di bawah anak syarikat tersenarai awam 51 peratus milikan FGV, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Group) bagaimanapun, mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM6 juta pada S4 TK2021 berbanding keuntungan operasi sebanyak RM72 juta pada S4 TK2020 walaupun mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi sebanyak RM642 juta, peningkatan 2% daripada RM630 juta setahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh volum jualan yang lebih rendah untuk industri dan eksport akibat permintaan domestik yang perlahan dan bencana banjir, penurunan margin keuntungan kasar hasil daripada kos pengeluaran yang lebih tinggi. Namun begitu, Sektor ini mencatatkan lonjakan ketara dalam jumlah keuntungan operasi sebanyak 222% kepada RM116 juta pada TK2021 berbanding RM36 juta setahun sebelumnya.

Maju Kehadapan

“Walaupun isu ketidaktentuan mengenai bekalan buruh masih berterusan, kami menjangkakan situasi berkenaan akan pulih menjelang suku ketiga tahun ini. Sementara itu, Sektor Perladangan kami akan terus menumpukan usaha pada penuaian, pemulihan tanaman dan penanaman semula untuk memastikan keuntungan Kumpulan dalam jangka masa panjang. Seiring dengan ini, Sektor Gula kami akan mengoptimumkan kehadiran tempatannya melalui strategi jualan yang agresif, penembusan eksport serantau dan aktiviti perniagaan nilai tambah untuk meningkatkan jumlah jualan. Sektor Logistik kami juga akan terus meneroka peluang untuk pengembangan dan kepelbagaian pasaran sambil meningkatkan keberkesanan operasi,” kata Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

“Ancaman varian Omicron baharu yang semakin meningkat juga mengancam kesinambungan perniagaan kami. Oleh itu, kami telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memaksimumkan kadar vaksinasi dalam kalangan petugas dan pekerja ladang kami. Kami turut melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat dan langkah pembendungan yang berkesan di setiap operasi,” tambah Nazrul.

Beliau berkata selaras dengan komitmen Kumpulan terhadap kelestarian, FGV kini sedang mempertingkatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif di seluruh operasi syarikat, khususnya berkaitan perlindungan alam sekitar, tindakan iklim dan amalan buruh yang baik. Usaha ini dipandu oleh rangka kerja persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) seperti yang dinyatakan dalam Dasar Kelestarian Kumpulan (GSP).

“Untuk alam sekitar, kami memperkuatkan komitmen seluruh Kumpulan kami terhadap perlindungan alam sekitar melalui program pemuliharaan biodiversiti dan perlindungan hidupan liar yang diperbaharui, serta pengukuhan kebolehsesuaian syarikat terhadap kesan dan risiko buruk alam sekitar. Kami telah meletakkan tindakan terhadap perubahan iklim sebagai teras keutamaan Kumpulan. FGV akan menjadi perniagaan sifar bersih, dan merupakan syarikat makanan dan perniagaan agri pertama dalam sektor yang mempunyai komitmen terhadap sasaran berpandukan sains.

Dari segi kelestarian sosial, kami terus menegakkan amalan buruh terbaik dan hak asasi manusia dengan mempertingkatkan program buruh dan memperjuangkan kesaksamaan jantina, pemerkasaan wanita dan perlindungan kanak-kanak. Sementara itu, bagi segi tadbir urus pula, kami akan terus memperkukuh dasar dan garis panduan kelestarian kami secara progresif, pematuhan kepada amalan kelestarian melalui kebolehkesanan dan pengurusan rantaian bekalan, serta pemantauan dan penilaian berterusan terhadap keberkesanan program kelestarian kami, antara lain,” sambung Nazrul.

TAMAT

 

Find