31 July 2020

FGV Innovation Centre in Bandar Enstek produces banana clone varieties for market demand

KUALA LUMPUR, 31 July 2020: What began as a banana clonal research, leads to an opportunity for FGV Holdings Berhad (FGV) in generating mass production of high-quality banana clone varieties. 

FGV is targeting to produce one million banana clones in 2021, an increase of 100% from the current production to cater to the niche market demand for fresh bananas and banana-based food industry. With this, FGV will be able to fulfil an estimated 30% of national consumption demand for the fruit.

FGV Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan said, “The high quality of our banana clonal seedlings has been proven with over six million berangan banana ramets sold between 2007 to July 2020, making FGV one of the biggest producers of banana clonal seedlings in Malaysia.” 

“FGV’s Innovation Centre located in Bandar Enstek, Negeri Sembilan is producing banana clone varieties to fulfil the demand for intercropping during oil palm replanting and banana farmers in the country. With experienced and dedicated researchers in tissue culture production, technical advisory and nursery operation, we have the expertise to support the banana agropreneurs and smallholders with superior banana clonal seedlings, banana contract cloning and contract farming,” said Haris Fadzilah. 

“This is in line with FGV’s strategic move to expand its Integrated Farming initiatives and at the same time increase local banana production with a target of 50% market share or equivalent to 1.7 million seedlings which will ultimately improve banana farmers’ livelihood in Malaysia,” Haris Fadzilah added. 

Banana has been identified to have the highest demand and is the most marketable cash crop in Malaysia, which can generate additional income for oil palm plantation during the immature phase using the intercropping planting system. The most banana variety in demand by local farmers is the berangan and FGV is currently producing 850,000 ramets annually. FGV’s mother plant of the berangan clone is certified by the Department of Agriculture under the Planting Material Validation Scheme. 

Growth stage of banana clone

The banana clonal seedlings produced by FGV are free of disease, have uniform growth and can produce early yield as compared to sucker planting material.

FGV’s banana clonal seedlings which include several varieties such as tanduk, lang, nipah, nangka, rastali, mas and lemak manis are available for bulk purchases in five nurseries and outlets located in Bandar Enstek (Negeri Sembilan), Trolak (Perak), Jerantut (Pahang), Bukit Tongkat (Johor) and Lahad Datu (Sabah). The banana clonal seedlings are also sold online through Shopee under FGV Agri Services Sdn Bhd. 

Following this success, FGV is now developing clonal planting material for other high-value crops, such as pineapple, bamboo, vanilla and aquatic plant to fulfil high market demands. 

FGV’s banana clonal seedlings are available for bulk purchases in five nurseries and outlets located in Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Johor and Sabah

 

End

FGV Innovation Centre di Bandar Enstek menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan pasaran 

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2020:  Bermula sebagai kajian pisang klon, ianya terus membuka peluang kepada FGV Holdings Berhad (FGV) dalam menghasilkan pengeluaran besar-besaran varieti pisang klon berkualiti tinggi.

FGV mensasarkan untuk menghasilkan satu juta pisang klon pada tahun 2021, peningkatan 100 peratus daripada pengeluaran semasa untuk memenuhi permintaan pasaran khususnya pisang segar dan untuk industri makanan berasaskan pisang. Dengan ini, FGV dapat memenuhi sekitar 30 peratus permintaan penggunaan negara untuk buah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata,” Kualiti tinggi benih pisang klon kami terbukti dengan lebih dari enam juta ramet pisang berangan terjual antara 2007 hingga Julai 2020, menjadikan FGV salah satu pengeluar benih pisang klon terbesar di Malaysia. “

“Pusat Inovasi FGV yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan industri sawit di dalam tempoh tanam semula dan petani pisang di negara ini. Dengan penyelidik yang berpengalaman dan berdedikasi dalam pengeluaran kultur tisu, nasihat teknikal dan operasi tapak semaian, FGV mempunyai kepakaran untuk menyokong agropreneur pisang dan pekebun kecil dengan benih pisang klon yang terbaik, kontrak pengklonan pisang dan pertanian kontrak,” kata Haris Fadzilah.

“Ini selari dengan langkah strategik FGV untuk meluaskan inisiatif Pertanian Bersepadu dan pada masa yang sama meningkatkan pengeluaran pisang tempatan dengan sasaran penguasan pasaran sebanyak 50 peratus atau bersamaan 1.7 juta anak benih yang akhirnya akan meningkatkan kehidupan petani pisang di Malaysia,” tambah Haris Fadzilah.

Pisang telah dikenalpasti mempunyai permintaan yang paling banyak dan merupakan tanaman kontan paling laris di Malaysia yang mampu menjana pendapatan tambahan untuk pekebun kelapa sawit semasa fasa belum matang menggunakan sistem tanaman selingan. Varieti pisang yang mendapat permintaan paling tinggi di kalangan petani tempatan adalah berangan dan FGV kini menghasilkan 850,000 ramet setiap tahun. Pokok pisang induk FGV iaitu klon berangan diperakui oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman.

Proses pertumbuhan pisang klon

Anak benih pisang klon yang dihasilkan oleh FGV bebas dari penyakit, mempunyai pertumbuhan yang seragam dan mampu menghasilkan hasil lebih awal dibandingkan dengan bahan penanaman sulur.

Anak pokok pisang klon FGV merangkumi beberapa jenis seperti tanduk, lang, nipah, nangka, rastali, mas dan lemak manis tersedia untuk pembelian pukal di lima tapak semaian yang terletak di Bandar Enstek (Negeri Sembilan), Trolak (Perak), Jerantut (Pahang), Bukit Tongkat (Johor) dan Lahad Datu (Sabah). Anak pokok pisang klon juga dijual secara dalam talian melalui platform Shopee di bawah FGV Agri Services Sdn Bhd.

Berikutan kejayaan ini, FGV kini mengembangkan bahan penanaman klon untuk tanaman bernilai tinggi seperti nanas, buluh, vanila dan tanaman air untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi.

Anak pokok pisang klon FGV tersedia untuk pembelian pukal di lima tapak semaian dan outlet yang terletak di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Johor dan Sabah

Tamat

Find