24 August 2020

From left: COO of Logistics Sector, Azman Ahmad, Group CEO, Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Group CFO, Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, Group CEO of MSM Malaysia Holdings Berhad, Dato’ Khairil Anuar Aziz

Kuala Lumpur, 24 August 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) recorded a profit before zakat and tax (PBZT) of RM18 million for the second quarter of the financial year ending December 2020, a significant improvement from a loss before zakat and tax (LBZT) of RM56.8 million in the previous corresponding quarter. The improved financial performance was largely due to increase in crude palm oil (CPO) prices and narrowing losses at the Sugar Sector.

The RM18 million PBZT is after taking an impairment provision of RM20 million for assets in a subsidiary in Cambodia, as the rubber processing mill ceased operations due to continuous losses as a result of volatility in global rubber prices, unattractive government incentives, strong competition and rising demand for synthetic rubber.

For the period under review, CPO price averaged RM2,309 per metric tonne (MT), which was 18% higher than the average CPO prices realised in 2Q2019 of RM1,955 per MT. Despite higher CPO prices, the Group’s revenue for the period increased marginally to RM3.29 billion, compared to RM3.28 billion in 2Q2019 as other business segments reported lower revenues.

“I am pleased to report that FGV’s financial performance has substantially improved. However, overall performance was affected by the coronavirus pandemic which continues to spread globally. As a result of efficiency improvements in our operations, we managed to normalise our fresh fruit bunch (FFB) and CPO productions after a slow start this year, despite losing unharvested FFB of 79,000 MT in Q2 due to the movement control order,” Group Chief Executive Officer Dato’ Haris Fadzilah Hassan said.

For the quarter in review, the Plantation Sector recorded a PBZT of RM47 million, a significant improvement from a loss of RM54 million in the previous corresponding quarter. This was achieved on the back of improved CPO margins as a result of higher CPO prices.

In the upstream segment, FFB production in FGV’s estates of 1.19 million MT was 3% higher than 1.15 million MT in 2Q2019. This was primarily due to higher mature hectarage and improved crop recovery. Despite a 3% increase in CPO production from 0.79 mil MT in 2Q2019 to 0.81 mil MT in 2Q2020, resulting from increased FFB processed, there was a marginal drop in the CPO oil extraction rate (OER) as quality dropped due to the imposition of the movement control order in Malaysia which started from mid-March 2020. As a result of improved production volumes together with close monitoring of operational costs, ex-mill costs dropped marginally by 3% to RM1,410 per MT, compared to RM 1,455 per MT in 2Q2019. Meanwhile, mill utilisation factor (UF) increased by 5% to 81%, compared to the 2Q2019.

The Group’s downstream segment performed better for the period under review, despite being partially impacted by low biodiesel demand due to reduced activity as a result of the pandemic. The business registered a PBZT of RM36 million, compared to RM22 million previously. This is attributable to higher margins for Fast Moving Consumer (FMCG) products, supported by reduced processing costs.

The Sugar Sector narrowed its LBZT to RM26 million in 2Q2020, as compared to a loss of RM53 million in 2Q2019. This reduced loss was a result of better industry average selling price and improved production costs.

“The sugar business saw the decline in sales volume in tandem with a reduction in wholesale demand in the domestic market. As global markets open up from strict lockdowns, we expect to recover in phases. Additionally, as we focus on our product diversification plan and export markets, we aim to increase the utilization rate of our sugar refinery in Johor to 50%”, Haris Fadzilah said.

The Logistics Sector registered a PBZT of RM22 million, a slight decline compared to RM23 million in 2Q2019. This was due to lower tonnage carried and lower throughput due to a drop in export volumes of CPO products, by 1% and 7% respectively, compared to the previous corresponding quarter.

Moving forward

FGV’s diversification plans are in motion and one of the newer Sectors that has been established is the FMCG sector, which will be operating alongside the Group’s other businesses. All of FGV’s consumer products will be consolidated under this Sector and categorised into two segments – food and non-food. FGV will focus on building the brands and expand its product portfolio to be able to grow its footprint internationally, starting with Southeast Asia.

“Our dairy business has shown encouraging growth as we have been aggressively promoting and re-establishing Bright Cow products in the market. In addition, our farm in Linggi, Negeri Sembilan has been installed with a new automated milking system which has the capability to record the performance of individual cows for precision monitoring.” said Haris Fadzilah.

Meanwhile, as at 31 July 2020, the animal feed business has generated a revenue of RM11.5 million. The aim is to achieve a revenue of RM20 million by the end of the financial year as FGV ramps up some of its initiatives as part of its diversification strategy. To date, the Group has appointed seven (7) distributors nationwide, and targets to double the number of distributors by end of 2020. FGV encourages more entrepreneurs and large-scale livestock farmers to be part of the distributorship programme. The Group also aims to enhance the animal feed volume by introducing cassava-based products and total mixed ration feed, to be able to meet the variety of demand in the animal feed market.

“We are mindful that signs of recovery are still at a nascent stage and globally, uncertainty and volatility continue to affect all major economies. However, we are upbeat on our plans moving forward and committed to the strategies in diversifying our revenue streams,” Haris Fadzilah added.

-End-

 

Dari kiri: Ketua Pegawai Operasi Sektor Logistik, Azman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad, Dato’ Khairil Anuar Aziz

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM18 juta untuk suku kedua tahun kewangan berakhir Disember 2020, peningkatan ketara daripada kerugian sebelum zakat dan cukai (LBZT) sebanyak RM56.8 juta pada suku yang sama sebelumnya. Prestasi kewangan yang lebih baik sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) dan penyusutan kerugian di Sektor Gula.

PBZT bernilai RM18 juta adalah setelah mengambil peruntukan rosot nilai untuk aset- aset anak syarikat FGV di Kemboja sebanyak RM20 juta, kerana kilang memproses getah menghentikan operasinya disebabkan kerugian berterusan akibat ketidaktentuan harga getah global, insentif kerajaan yang tidak menarik, persaingan yang kuat dan peningkatan permintaan untuk getah sintetik.

Untuk tempoh yang dikaji, harga purata CPO sebanyak RM2,309 per tan metrik (MT), 18% lebih tinggi daripada harga purata CPO yang direalisasikan pada suku kedua 2019 sebanyak RM1,955 per MT. Walaupun harga CPO lebih tinggi, pendapatan Kumpulan untuk tempoh tersebut meningkat sedikit kepada RM3.29 bilion, berbanding RM3.28 bilion pada suku kedua 2019 kerana segmen perniagaan yang lain mencatatkan pendapatan yang lebih rendah.

“Saya gembira melaporkan bahawa prestasi kewangan FGV telah meningkat dengan ketara. Namun, prestasi keseluruhan dipengaruhi oleh wabak coronavirus yang terus merebak secara global. Hasil daripada peningkatan kecekapan dalam operasi, kami berjaya menormalkan pengeluaran FFB dan CPO selepas permulaan yang agak perlahan tahun ini, walaupun kehilangan FFB yang belum dituai sebanyak 79,000 MT pada suku kedua kerana perintah kawalan pergerakan,” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata.

Untuk suku yang dikaji, Sektor Perladangan mencatatkan PBZT sebanyak RM47 juta, peningkatan yang ketara daripada kerugian RM54 juta pada suku yang sama sebelumnya. Ini dapat dicapai berikutan peningkatan margin CPO disebabkan oleh kenaikan harga CPO.

Di segmen huluan, pengeluaran tandan buah segar (TBS) di ladang FGV sebanyak 1.19 juta MT adalah 3% lebih tinggi daripada 1.15 juta MT pada suku kedua 2019. Ini terutamanya disebabkan oleh hektar matang yang lebih tinggi dan pemulihan tanaman yang bertambah baik. Walaupun terdapat peningkatan 3% dalam pengeluaran CPO daripada 0.79 juta MT pada suku kedua 2019 kepada 0.81 juta MT pada suku kedua 2020, yang disebabkan oleh peningkatan TBS yang diproses, terdapat sedikit penurunan dalam kadar perahan minyak (OER) CPO kerana kualiti menurun disebabkan perintah kawalan pergerakan di Malaysia yang bermula dari pertengahan Mac 2020. Hasil daripada peningkatan jumlah pengeluaran bersama dengan pemantauan ketat terhadap kos operasi, kos ke pintu kilang turun sedikit sebanyak 3% kepada RM1,410 per MT, berbanding RM 1,455 per MT pada suku kedua 2019. Sementara itu, faktor penggunaan kilang (UF) meningkat sebanyak 5% kepada 81%, berbanding dengan suku kedua 2019.

Segmen hiliran Kumpulan menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk tempoh yang dikaji, walaupun dipengaruhi oleh permintaan biodiesel yang rendah disebabkan oleh aktiviti yang berkurang akibat wabak tersebut. Perniagaan hiliran mencatatkan PBZT sebanyak RM36 juta, berbanding RM22 juta sebelumnya. Ini disebabkan oleh margin yang lebih tinggi untuk produk FMCG, disokong oleh pengurangan kos pemprosesan.

Sektor Gula mengecilkan LBZTnya sebanyak RM26 juta pada suku kedua 2020, berbanding kerugian RM53 juta pada suku kedua 2019. Kerugian yang dikurangkan ini adalah hasil daripada harga jualan purata industri yang lebih baik dan kos pengeluaran yang bertambah baik.

“Perniagaan gula menyaksikan penurunan volum penjualan seiring dengan penurunan permintaan borong di pasar domestik. Apabila pasaran global terbuka daripada perintah berkurung yang ketat, kami jangka pemulihan secara berperingkat. Selain itu, sedang kami fokus menumpukan rancangan diversifikasi produk dan pasaran eksport, kami juga mensasarkan untuk meningkatkan kadar penggunaan kilang penapisan gula kami di Johor kepada 50%”, kata Haris Fadzilah.

Sektor Logistik mencatatkan PBZT sebanyak RM22 juta, sedikit penurunan berbanding RM23 juta pada suku kedua 2019. Ini disebabkan oleh penurunan tan yang dibawa dan jumlah lepas (throughput) lebih rendah disebabkan oleh penurunan jumlah eksport produk CPO, masing-masing sebanyak 1% dan 7%, berbanding suku sebelumnya.

Langkah ke hadapan

Rancangan diversifikasi FGV sedang berjalan dan salah satu Sektor baharu yang telah dibentuk adalah barang pengguna laris (FMCG), yang akan beroperasi bersama dengan perniagaan Kumpulan yang lain. Kesemua produk pengguna FGV akan digabungkan di bawah Sektor ini dan dikategorikan kepada dua segmen – makanan dan bukan makanan. FGV akan memberi tumpuan untuk membina jenama dan mengembangkan portfolio produknya untuk meluaskan perniagaannya ke peringkat antarabangsa, bermula dengan Asia Tenggara.

“Perniagaan tenusu kami telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan kerana kami secara agresif mempromosi dan membangunkan kembali produk Bright Cow di pasaran. Sebagai contoh, ladang kami di Linggi, Negeri Sembilan telah dipasang dengan sistem pemerahan susu automatik baharu yang mempunyai kemampuan untuk merekodkan prestasi setiap lembu untuk pemantauan yang tepat, ” kata Haris Fadzilah.

Pada 31 Julai 2020, perniagaan makanan ternakan haiwan telah menjana pendapatan sebanyak RM11.5 juta. Sasaran pendapatan pada akhir tahun kewangan adalah sebanyak RM20 juta, kerana FGV sedang meningkatkan beberapa inisiatifnya sebagai sebahagian daripada strategi diversifikasinya. Sehingga kini, Kumpulan telah melantik tujuh (7) pengedar di seluruh negara, dan menyasarkan untuk menggandakan jumlah pengedar pada akhir tahun 2020. FGV menggalakkan lebih ramai pengusaha dan petani ternakan berskala besar untuk terlibat sebagai sebahagian daripada program pengedaran. Kumpulan turut mensasarkan untuk meningkatkan jumlah makanan ternakan haiwan dengan memperkenalkan produk berasaskan ubi kayu dan makanan ternakan campuran yang seimbang (total mixed ration feed), agar dapat memenuhi pelbagai permintaan di pasaran perladangan.

“Kami sedar bahawa tanda-tanda pemulihan tanda-tanda pemulihan yang baru muncul mungkin tidak berterusan kerana ketidaktentuan pasaran global dan ekonomi. Namun, kami optimis dengan rancangan kami untuk bergerak ke hadapan dan komited dengan strategi dalam mendiversifikasikan aliran pendapatan kami,” tambah Haris Fadzilah.

-Tamat-

Find