6 July 2023

LINGGI, 6 July – FGV Holdings Berhad (FGV) is expanding the reach of its dairy products brand, Bright Cow to 5,000 new retail locations across the nation through the appointment of its new distribution agents.

The official appointment of the agents was inked through the signing of the Memorandum of Agreement (MOA) between FGV Dairy Industries Sdn Bhd (FGVDI), a subsidiary of FGV Holdings Berhad together with Bexpress Marketing Sdn Bhd, ARTY Foods Sdn Bhd and DPO Malaysia Sdn Bhd. FGVDI was represented by Dato’ Iszhar Ibrahim, the company’s Chief Executive Officer, while his counterparts were Bee Zhang Long, Executive Director of Bexpress Marketing Sdn Bhd, Raymond Teoh and Andy Yap, Managing Directors of ARTY Foods Sdn Bhd, as well as Inneke F Tjakradidjaja, Chief Commercial Officer of DPO Malaysia Sdn Bhd.

Dato’ Iszhar Ibrahim, CEO of FGVDI (second from right) celebrating the latest milestone for Bright Cow with newly appointed distribution partners.

Bright Cow made its entry into the local dairy market in 2020, offering a range of milk-based products such as fresh milk, flavoured kefir and milk yogurt, yogurt drinks, and cheese products.

“With these new partnerships, Bright Cow products will be able to gain more brand visibility given the wider reach. Our distribution partners were carefully chosen based on their logistical capabilities and the extensiveness of their supply chain, particularly in the retail network. Bright Cow products will now be available in more than 5,000 retail outlets as we aim to leverage on our distributors’ contacts to bring our dairy brand to greater heights. Thus, we foresee a double digit growth in sales for our dairy business in 2024,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

As Malaysia’s premier food and agribusiness company, FGV is fully committed to meeting the surging demand for dairy products in the market by developing new, innovative and nourishing offerings. By being one of the key food players in Malaysia, FGV aims to play a significant role in the country’s national food security agenda by bringing high quality and nutritious food products at affordable prices to all Malaysians.

Previously being only available in selected stores such as Aeon, Village Grocer, Mydin, Ben’s Independent Grocer and Mercato, consumers can now get their own Bright Cow products from more retail locations such as Jaya Grocer, Isetan, FamilyMart, CU Mart, myNews, PETRONAS Mesra stores, Shell Select stores, NSK Grocer, Lulu Hypermarket, Billion Supermarket, and HeroMarket, among others.

“Customers today are more well-informed and conscious about the nutritional aspects of the food they consume, leading to a rise in demand for healthier variants in the dairy segment. We are also working closely with nutritionists from Universiti Putra Malaysia (UPM) to continue to develop and innovate our Bright Cow products and we look forward to introducing our new dairy offerings to the market in the third quarter of 2023,” Dato’ Nazrul added.

Located in Linggi, FGV’s dairy farm houses more than 200 cows and is currently processing 1 million litres of fresh milk annually. The farm’s location which is near to focused consumer areas such as Kuala Lumpur, Selangor, and Putrajaya, enables the fresh milk to reach its market destinations within 24 hours. Our “farm to table” approach guarantees freshness to our consumers, as milk produced in the morning can be enjoyed on the same day.

Bright Cow offers a range of milk-based products such as fresh milk, flavoured kefir and milk yogurt, yogurt drinks, and cheese products

ENDS

LINGGI, 6 Julai – FGV Holdings Berhad (FGV) sedang giat meluaskan jejak jenama tenusunya, Bright Cow ke 5,000 lokasi di seluruh negara melalui pelantikan rakan-rakan pengedar baharu.

Pelantikan rasmi tersebut telah dibuat sewaktu majlis tandatangan Memorandum Perjanjian (MOA) antara FGV Dairy Industries Sdn Bhd (FGVDI), anak syarikat FGV, bersama Bexpress Marketing Sdn Bhd, ARTY Foods Sdn Bhd dan DPO Malaysia Sdn Bhd. FGVDI telah diwakili oleh Dato’ Iszhar Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, manakala Bexpress Marketing Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Eksekutif syarikat, Bee Zhang Long, ARTY Foods Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah-pengarah Urusan, Raymond Teoh serta Andy Yap, dan DPO Malaysia Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Komersil, Inneke F Tjakradidjaja.

Dato’ Iszhar Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FGVDI (dua dari kanan) meraikan jalinan kerjasama Bright Cow dengan rakan-rakan pengedar yang baharu dilantik.

Jenama Bright Cow mula menembusi pasaran tempatan pada tahun 2020 dan menawarkan produk-produk berasaskan susu seperti susu segar, yogurt susu dan kefir berperisa, serta produk-produk keju.

“Dengan kerjasama yang terjalin pada hari ini, jenama Bright Cow diperkukuhkan dengan capaian pengguna yang lebih meluas. Rakan-rakan pengedar kami dipilih dengan teliti berdasarkan keupayaan logistik serta kekuatan rantaian bekalan mereka, terutamanya dalam rangkaian runcit. Produk-produk Bright Cow kini boleh didapati di lebih daripada 5,000 cawangan runcit serata Malaysia. Strategi kami adalah untuk memanfaatkan rangkaian rakan-rakan pengedar baharu kami bagi membawa jenama tenusu Bright Cow ke tahap yang lebih tinggi. Kami menjangkakan pertumbuhan dua digit bagi jualan perniagaan tenusu kami pada tahun 2024,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Sebagai syarikat makanan dan perniagaan-agri yang terulung di Malaysia, FGV komited untuk memenuhi permintaan pasaran yang meningkat untuk produk tenusu dengan mencipta produk-produk baharu, inovatif dan berkhasiat. Sebagai salah satu pengeluar makanan utama di Malaysia, FGV berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam agenda sekuriti makanan negara dengan membawa produk makanan premium dan berkhasiat pada harga yang berpatutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebelum ini, produk Bright Cow boleh didapati di cawangan runcit terpilih seperti Aeon, Village Grocer, Mydin, Ben’s Independent Grocer dan Mercato. Kini, pengguna boleh mendapatkannya di rangkaian runcit lain seperti Jaya Grocer, Isetan, FamilyMart, CU Mart, myNews, kedai PETRONAS Mesra, kedai Shell Select, NSK Grocer, Lulu Hypermarket, Pasaraya Billion, HeroMarket, dan lain-lain.

“Pengguna hari ini lebih bijak dan prihatin tentang aspek pemakanan sihat. Ini membawa kepada peningkatan permintaan bagi pilihan-pilihan yang lebih sihat dalam segmen tenusu. FGV bekerjasama rapat dengan pakar pemakanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menbangun dan menginovasi produk-produk Bright Cow yang berkhasiat. Kami akan memperkenalkan pilihan-pilihan produk tenusu baharu di pasaran pada suku ketiga 2023 nanti,” tambah Dato’ Nazrul.

Ladang tenusu FGV yang terletak di Linggi mempunyai lebih dari 200 ekor lembu yang menghasilkan sebanyak 1 juta liter susu segar setiap tahun. Lokasi ladang yang dekat dengan lokasi pengguna sasaran seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membolehkan susu segar sampai ke destinasi dalam tempoh 24 jam selepas diperah. Pendekatan “dari ladang ke meja” kami menjanjikan kesegaran untuk pengguna produk kami, di mana susu yang diperah di waktu pagi boleh dinikmati pada hari yang sama.

Jenama Bright Cow menawarkan produk-produk berasaskan susu seperti susu segar, yogurt susu dan kefir berperisa, serta produk-produk keju

TAMAT

 

Find