18 September 2020

Patient undergoing dialysis treatment at Felda Haemodialysis Center

KUALA LUMPUR, 18 September 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) contributes RM5 million annually to Yayasan FELDA (YF) as part of the Group’s corporate social responsibility.

FGV Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan said, through this contribution FGV has the opportunity to provide significant support especially for education, welfare and health, which are the main activities of YF since its establishment in 2009.

Part of this annual allocation is also distributed to the Felda Haemodialysis Center (PHF) which is run by YF. The centre provides kidney dialysis treatment for the B40 group that includes patients who do not have sponsorship or insurance coverage.

Open to all underprivileged Malaysians, PHF is able to handle 120 patients and has 20 units of dialysis machines and 15 staff.

Earlier this week, FGV has also distributed its business zakat contribution of RM52,500 directly to all patients and staff at the centre.

“As a responsible and caring company, FGV is very aware of those who are affected by the MCO and COVID-19 pandemic. We also appreciate the sacrifice and dedication of our frontliners who gave their best despite facing high risk situations. We hope that this contribution from FGV can help alleviate the financial burden of patients and staff,” said Haris Fadzilah.

In April, FGV also returned RM100,000 of its wakalah zakat funds to the Federal Territories Islamic Religious Council’s Zakat Collection Centre (PPZ-MAIWP) and RM26,434.75 to the Islamic Religious Malay and Customs Council Perak (MAIPk) to help frontliners.   

“It is FGV’s intention to work hand in hand to help ease the burden of the needy. We would like to express our gratitude to all Malaysians who continue to support our brand. Through such support, FGV can continue to contribute in the future,” explained Haris Fadzilah.

ENDS

Petugas Pusat Haemodialisis Felda membantu pesakit menjalani rawatan

KUALA LUMPUR, 18 September 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) menyalurkan dana tahunan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan FELDA (YF) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Kumpulan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, menerusi pembiayaan ini FGV berpeluang memberi bantuan bermakna terutama dalam bidang pendidikan, kebajikan dan kesihatan, yang merupakan kegiatan utama YF sejak ditubuhkan pada 2009.

Sebahagian daripada peruntukan tahunan ini turut disalurkan kepada Pusat Haemodialisis Felda (PHF) yang dikendalikan oleh YF. PHF menyediakan rawatan dialisis buah pinggang untuk golongan B40 serta pesakit yang tidak mempunyai tajaan atau perlindungan insuran.

Terbuka kepada semua warga Malaysia kurang berkemampuan, PHF mampu mengendalikan 120 pesakit serta memiliki 20 unit mesin dialisis dan 15 petugas.

Pada minggu ini FGV turut menyalurkan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM52,500 secara terus kepada semua pesakit dan petugas di PHF.

“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin, FGV amat peka terhadap mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan PKP. Kami juga tidak melupakan pengorbanan dan dedikasi petugas barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan terbaik meskipun berhadapan risiko yang tinggi. Diharap sumbangan dari FGV ini dapat membantu kewangan pesakit dan petugas,” kata Haris Fadzilah. 

Pada April lalu, FGV turut menyalurkan sumbangan zakat wakalah sebanyak RM100,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan sebanyak RM26,434.75 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perak untuk membantu petugas barisan hadapan.

“Adalah menjadi hasrat FGV untuk bersama-sama membantu usaha meringankan beban golongan yang memerlukan. Kami berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong barangan jenama kami. Melalui sokongan sebegini FGV dapat terus berkongsi rezeki di masa-masa yang akan datang,” jelas Haris Fadzilah. 

TAMAT

Find