27 June 2022

KUALA LUMPUR, 27 June 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) had recently concluded its 14th Annual General Meeting (AGM) on 23 June 2022 and announced a sterling performance for year 2021. FGV has recorded the best result since going public in 2012.

“The Group’s revenue grew 39% year-on-year around RM19.57 billion, profit before zakat and tax increased significantly to RM1.71 billion, while profit after tax and minority interest increased to RM1.17 billion” says Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Non-Executive Chairman of FGV.

“In the year 2021, FGV has contributed RM11.2 million to assist the FELDA settlers by channelling the fund to Yayasan Felda which helps fund a number of charitable causes and initiatives focused primarily on education, healthcare and other philanthropic causes. Aside to this, the contribution also goes to programs like Waqaf Felda and Zakat for the community welfare” added Dato’ Dzulkifli Abd Wahab.

The resolutions relating to the Non-Executive Chairman and Directors’ fees and benefits are among the resolutions normally tabled as ordinary business at all AGMs. In 2019, the Non-Executive Chairman’s fees was reduced from RM600,000 to RM300,000 together with some abolishment and reduction in certain benefits.

In 2022, FGV Board had appointed an independent consultant to conduct a review and benchmarking on the non-executive directors’ remuneration. The Non-Executive Chairman was currently being accorded to receive on a cash basis, director fee of RM300,000 per annum (or RM25,000 per month) and car allowance of RM180,000 per annum (or RM15,000 per month).

FGV Board was advised by the independent consultant that the car allowance accorded to the Non-Executive Chairman be replaced with the provision of a company car as it is not reflective of market and sectorial norms as companies do not generally monetise the provision of a company car benefit in the form of allowances.

Pursuant to the advice, FGV Board proposed to provide a company car to the Non-Executive Chairman and maintain the amount of cash accorded to him previously by converting the car allowance of RM180,000 to board fees. Hence, there is no increase in the total cash received by the Non-Executive Chairman.

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab intends to use an existing car belonging to a subsidiary company to be the company car with an annual budgeted expense of not more than RM180,000 as per approved at the AGM.

FGV Board would also like to highlight that Dato’ Dzulkifli Abd Wahab has agreed to waive his fees as Chairman of the Board Sustainability Committee until the next AGM in 2023 amounting to RM40,000 per annum and the meeting allowances of RM2,000 per meeting. In 2021, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab did not utilise his entitlement for benefits relating to entertainment allowance, club membership and personal bodyguard.

ENDS

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) baru-baru ini telah selesai
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 pada 23 Jun 2022 dan
mengumumkan prestasi cemerlang bagi tahun 2021. FGV telah mencatat keputusan terbaik
sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012.

“Pendapatan Kumpulan meningkat 39% tahun ke tahun sekitar RM19.57 bilion. Keuntungan
sebelum zakat dan cukai meningkat dengan ketara kepada RM1.71 bilion, manakala
keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti meningkat kepada RM1.17 bilion,” kata
Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi Bukan Eksekutif FGV.

“Pada tahun 2021, FGV telah menyumbang RM11.2 juta untuk membantu peneroka FELDA
dengan menyalurkan dana tersebut kepada Yayasan Felda, yang membantu membiayai
beberapa aktiviti amal dan inisiatif yang kebanyakannya tertumpu pada pendidikan,
penjagaan kesihatan dan tujuan amal lain. Selain itu, sumbangan ini juga disalurkan kepada
program-program seperti Waqaf Felda dan Zakat untuk kesejahteraan masyarakat,” tambah
Dato’ Dzulkifli Abd Wahab.

Resolusi yang berkaitan dengan fi dan faedah Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif
adalah antara resolusi yang dibentangkan sebagai hal-hal kebiasaan di semua AGM. Pada
2019, fi Pengerusi Bukan Eksekutif telah dikurangkan daripada RM600,000 kepada
RM300,000, di samping beberapa pemansuhan dan pengurangan faedah tertentu.

Pada 2022, Lembaga Pengarah FGV telah melantik perunding bebas untuk menjalankan
semakan dan penanda aras ke atas imbuhan pengarah bukan eksekutif. Ketika ini,
Pengerusi Bukan Eksekutif menerima secara tunai fi pengarah sebanyak RM300,000
setahun (atau RM25,000 sebulan) dan elaun kereta sebanyak RM180,000 setahun (atau
RM15,000 sebulan).

Lembaga FGV telah dinasihatkan oleh perunding bebas bahawa elaun kereta yang
diberikan kepada Pengerusi Bukan Eksekutif digantikan dengan penyediaan kereta syarikat
kerana ia tidak mencerminkan norma pasaran dan sektoral kerana syarikat pada umumnya
tidak menawarkan faedah penyediaan kereta syarikat dalam bentuk elaun.

Selaras saranan itu, Lembaga FGV mencadangkan untuk menyediakan sebuah kereta
syarikat kepada Pengerusi Bukan Eksekutif dan mengekalkan jumlah wang tunai yang
diberikan kepadanya sebelum ini dengan menukar elaun kereta sebanyak RM180,000
kepada fi lembaga pengarah. Oleh itu, tiada peningkatan dalam jumlah tunai yang diterima
oleh Pengerusi Bukan Eksekutif.

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab berhasrat menggunakan kereta sedia ada milik anak syarikat
untuk dijadikan sebagai kereta syarikat dengan perbelanjaan tahunan yang diperuntukkan
tidak melebihi RM180,000 seperti yang diluluskan pada AGM.

Lembaga Pengarah FGV juga ingin menekankan bahawa Dato’ Dzulkifli Abd Wahab
bersetuju untuk mengetepikan fi beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian
sehingga AGM berikutnya pada 2023, yang berjumlah RM40,000 setahun, dan elaun
mesyuarat sebanyak RM2,000 bagi setiap mesyuarat. Pada 2021, Dato’ Dzulkifli Abd
Wahab tidak menggunakan kelayakannya untuk faedah berkaitan elaun keraian, keahlian
kelab dan pengawal peribadi.

TAMAT

Find