20 July 2022

FGV Holdings Berhad (FGV) has announced the appointment of Azmi Yaakop as the Group Chief Strategic Communication Officer effective July 15, 2022.

Azmi has more than 22 years of working experience in the corporate world mainly in the Strategic Communication area. He joins FGV from British American Tobacco (BAT) Malaysia Berhad, where he was the Head of External Affairs, primarily responsible for BAT’s Environmental, Social and Governance (ESG) agenda and new categories portfolio.

He had served various multinational corporations including Aramco Overseas Malaysia Sdn Bhd, as the Public & Government Relations Consultant. He was also the Head, Corporate Affairs of BASF PETRONAS Chemicals Malaysia and the Communications Advisor of Shell Business Service Centre Sdn Bhd (previously known as Shell IT International Sdn Bhd).

He has also served various public listed and government-linked companies (GLCs) such as Celcom Axiata Berhad, Telekom Malaysia Berhad and Hong Leong Group Capital Berhad.

Azmi obtained his Master of Science (MSc) Degree in Corporate Communications from Universiti Putra Malaysia and Bachelor of Arts Degree (Double Major in Economics & Mass Communications) from Indiana University Bloomington, USA.

Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV Holdings said, “On behalf of the Board and senior management team of FGV, we are pleased to welcome Azmi Yaakop to the Group. Moving forward, in line with our vision to be among the world’s leading, integrated and sustainable Agribusiness, Azmi’s extensive experiences covering communications, branding and sustainability/ESG will bring us to greater heights for Group’s long-term success and in delivering greater value for our customers and stakeholders”.

ENDS

FGV Holdings Berhad (FGV) mengumumkan pelantikan Azmi Yaakop sebagai Ketua Pegawai Komunikasi Strategik Kumpulan bermula 15 Julai 2022.

Azmi mempunyai pengalaman selama lebih 22 tahun dalam dunia korporat, khususnya dalam bahagian Komunikasi Strategik.

Sebelum ini, Azmi pernah berkhidmat di British American Tobacco (BAT) Malaysia Berhad sebagai Ketua Perhubungan Luaran yang bertanggungjawab bagi agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), serta portfolio kategori baharu BAT.

Beliau juga pernah berkhidmat untuk beberapa syarikat multinasional, termasuklah Aramco Overseas Malaysia Sdn Bhd sebagai Penasihat Perhubungan Awam dan Kerajaan.

Selain itu, beliau juga pernah memikul tugas sebagai Ketua Hal Ehwal Korporat di BASF PETRONAS Chemicals Malaysia. Azmi juga pernah menjadi Penasihat Komunikasi di Shell Business Service Centre Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Shell IT International Sdn Bhd).

Beliau juga telah berkhidmat di beberapa syarikat tersenarai dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Celcom Axiata Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan juga Hong Leong Group Capital Berhad.

Azmi memperolehi Ijazah Sarjana Sains Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (pengkhususan Ekonomi dan Komunikasi Massa) dari Universiti Indiana Bloomington, USA.

Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Bagi pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan Azmi Yaakop ke organisasi kami. Selaras dengan visi kami untuk menjadi antara perniagaan tani terkemuka, bersepadu dan mampan di dunia; kami percaya pengalaman luas Azmi dalam bidang komunikasi, penjenamaan dan kelestarian/ESG akan membawa FGV ke tahap yang lebih tinggi dalam memastikan kejayaan syarikat untuk tempoh jangka panjang selain memberi nilai tambah untuk pelanggan kami dan pihak berkepentingan.”

TAMAT

Find