22 June 2022

LAHAD DATU, 22 June 2022 – In conjunction with World Day Against Child Labour, FGV Holdings Berhad (FGV) and Project Liber8 co-organised a workshop to promote greater awareness and understanding on the issue of child trafficking and child labour among students from the public schools in Lahad Datu and FGV’s Community Learning Centres (CLCs). The workshop saw the support and participation of the Sabah Education Department.

The workshop was held at Felda Residence Sahabat and it was facilitated by Project Liber8, a non-governmental organisation aimed to raise public awareness on human trafficking. The workshop was participated by approximately 117 students and teachers, and 15 personnel from FGV. Also present were Encik Mohd Sarian Md Sahid, FGV’s Group Divisional Director of Plantation Sector, Ms. New Su Shern, Executive Director of Project Liber8, Tuan Haji Abdul Sani Paijo, Principal Assistant Director for School Management Sector (Secondary and Form Six Unit) of Sabah State Education Department, and Encik Edy Joko Yulianto, Indonesian Liaison Officer representing the Indonesian Consulate in Tawau.

FGV Group Divisional Director of Plantation Sector, Encik Mohd Sarian Md Sahid said, “FGV respects child rights and is fully committed to contributing to the achievement of the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs) including on eliminating child labour. We recognise that businesses have an obligation to play an important role in this regard and FGV has worked on various programmes and initiatives to promote child rights and child protection, including the establishment of the CLCs with support from the Indonesian Government and development of relevant company policies.”

From left: Encik Mohd Sarian Mohd Sahid, FGV Group Divisional Director of Plantation Sector with Ms. New Su Shern, Executive Director of Project Liber8

He also mentioned that the raising awareness is one of several aspects of FGV’s initiative to further strengthen its child protection programme, which is an integral component of FGV’s commitment under the National Pledge against Child Labour. 

Project Liber8’s Executive Director, Ms. New Su Shern said, “Child trafficking is a process which may lead to child labour and forced labour, and such crimes can be prevented with sufficient awareness among the public especially children. Children too can play a role in protecting themselves against child trafficking and at the same time, protect others too including their friends and families. It is with this notion that we continue to conduct similar programmes for students across Malaysia.”

The interactive session brought together students from the primary and secondary schools in Lahad Datu and students from FGV’s CLCs, accompanied by their teachers. The session focused on activities with students to explain what is child rights and examples of actions which could be taken by children when facing situations of child trafficking.

Recognising the importance of awareness among children on child trafficking, FGV has formalised its adoption of the Advoc8 Module on Child Trafficking developed by Project Liber8. Following the adoption of the module, it will be implemented across FGV’s CLCs. FGV and Project Liber8 emphasised their continued commitment to play a meaningful role in instilling awareness among children and contribute to the elimination of child labour. 


The interactive session brought together students from the primary and secondary schools in Lahad Datu

ENDS

LAHAD DATU, 22 Jun 2022 – Bersempena Hari Membasmi Buruh Kanak-Kanak Sedunia, FGV Holdings Berhad (FGV) dan Project Liber8 telah menganjurkan bengkel kerjasama bagi menggalakkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan pelajar sekolah mengenai isu pemerdagangan kanak-kanak dan buruh kanak-kanak. Bengkel ini disertai pelajar dari sekolah – sekolah kawasan Lahad Datu, Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) FGV dan juga Jabatan Pendidikan Sabah.

Bengkel yang diadakan di Felda Residence Sahabat itu, dikendalikan oleh Project Liber8, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemerdagangan manusia. Bengkel ini disertai oleh kira-kira 117 pelajar dan guru, dan 15 kakitangan dari FGV.

Bengkel turut dihadiri Encik Mohd Sarian Md Sahid, Pengarah Bahagian Sektor Perladangan Kumpulan FGV, Cik New Su Shern, Pengarah Eksekutif Projek Liber8, Tuan Haji Abdul Sani Paijo, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah (Unit Menengah dan Tingkatan Enam) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dan Encik Edy Joko Yulianto, Pegawai Perhubungan Indonesia yang mewakili Konsulat Indonesia di Tawau.

Dari kiri: Encik Mohd Sarian Mohd Sahid, Pengarah Bahagian Sektor Perladangan Kumpulan FGV dan Pengarah Eksekutif Project Liber8, Cik New Su Shern.

Pengarah Bahagian Sektor Perladangan Kumpulan FGV, Encik Mohd Sarian Md Sahid berkata, “FGV menghormati hak kanak-kanak dan komited sepenuhnya bagi menyumbang kepada pencapaian Pencapaian Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk membasmi buruh kanak-kanak. Kita sedar bahawa sebagai sebuah perniagaan, FGV perlu memainkan peranan yang penting dalam isu ini. FGV telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengetengahkan hak kanak-kanak dan juga perlindungan terhadap kanak-kanak. Ini termasuklah penubuhan CLC dengan sokongan Kerajaan Indonesia dan juga pembangunan polisi syarikat-syarikat lain.”

Tambah beliau, peningkatan kesedaran adalah salah satu daripada beberapa inisiatif FGV untuk mengukuhkan program perlindungan kanak-kanak yang merupakan komponen penting dalam komitmen FGV di bawah Ikrar Kebangsaan Membasmi Buruh Kanak-Kanak.

Pengarah Eksekutif Project Liber8, Cik New Su Shern berkata, “Pemerdagangan kanak-kanak adalah satu faktor yang menyumbang kepada buruh kanak-kanak dan buruh paksa. Jenayah tersebut boleh dicegah dengan adanya kesedaran yang sewajarnya dalam kalangan orang ramai terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak juga memainkan peranan yang penting dalam melindungi diri daripada pemerdagangan termasuklah melindungi orang lain seperti rakan dan ahli keluarga. Hasrat ini akan kami teruskan dengan melaksanakan program yang sama untuk para pelajar di seluruh Malaysia.”

Sesi interaktif ini menghimpunkan pelajar dari sekolah rendah dan menengah di Lahad Datu dan pelajar dari CLC FGV bersama guru mereka. Sesi ini juga memfokuskan aktiviti bersama pelajar untuk menerangkan hak kanak-kanak dan contoh tindakan yang boleh diambil oleh kanak-kanak apabila berhadapan dengan situasi pemerdagangan kanak-kanak.

Menyedari kepentingan kesedaran pemerdagangan kanak-kanak, FGV telah merasmikan Modul Advoc8 mengenai Pemerdagangan Kanak-kanak yang dibangunkan oleh Project Liber8 dan akan dilaksanakan di seluruh CLC di bawah FGV. FGV dan Project Liber8 menegaskan komitmen berterusan mereka untuk memainkan peranan yang efektif dalam menyemai kesedaran di kalangan kanak-kanak untuk membasmi buruh kanak-kanak.

Sesi interaktif ini menghimpunkan pelajar dari sekolah rendah dan menengah di Lahad Datu

TAMAT

Find