27 April 2020

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2020: Going through the month of Ramadan during the Movement Control Order (MCO) is certainly a new experience for Malaysians. One of the many activities being carried out at home is cooking a variety of dishes for the whole family to enjoy.

Group Chief Executive Officer of FGV Holdings Berhad (FGV), Dato’ Haris Fadzilah Hassan said FGV products have received higher demand among consumers during the MCO period. In recognition of the increased support of the public, SAJI has come up with a campaign to match the value of its products purchased by the public to be donated on behalf of the purchasers, until a targeted amount has been reached.

FGV, through its subsidiary Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), is giving the public an opportunity to do charity by participating in the Kongsi Rezeki Seikhlas Hati campaign. The campaign runs from April 24 to May 22, 2020, whereby consumers who purchase any FGV products under the brands of SAJI, ADELA, Tiara, Tiga Udang, Seri Pelangi, Prai sugar and FGV’s latest dairy product, Bright Cow, could send their receipts with full name via WhatsApp to 017-6428765.

SAJI will donate the amount collected in the form of FGV products and cash to be distributed to selected non-governmental organizations (NGOs) each week.

“This is the second year DOP has organised a campaign for Ramadan. Last year DOP managed to raise a target of RM300, 000 through the public’s purchase of SAJI cooking oil for the Infak Ramadan SAJI campaign. The proceeds were donated to Yayasan Felda, MERCY Malaysia and the National Cancer Council (MAKNA),” Haris Fadzilah said.

SAJI will honour consumers who have contributed in this campaign through a special ‘posting’ on SAJI’s official social media. More information can be found on Facebook and Instagram SAJI Malaysia.

 

End

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2020: Menjalani bulan Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya pengalaman baharu bagi rakyat Malaysia. Salah satu pertambahan aktiviti yang dijalankan di rumah ketika ini ialah memasak pelbagai juadah untuk dinikmati seisi keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV), Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, produk keluaran FGV menerima permintaan yang lebih tinggi di kalangan pengguna sepanjang tempoh PKP ini. Dan bagi menghargai pertambahan sokongan orang ramai tersebut, SAJI tampil dengan kempen di mana setiap nilai pembelian produk akan didermakan atas nama pengguna sehingga mencapai jumlah kutipan yang disasarkan.  

FGV melalui syarikatnya Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli sambil beramal dengan menyertai kempen ‘Kongsi Rezeki Seikhlas Hati’. Kempen ini bermula dari 24 April sehingga 22 Mei 2020, di mana pengguna yang membeli mana-mana produk keluaran FGV seperti SAJI, ADELA, Seri Pelangi, Tiara, Tiga Udang serta Gula Prai dan produk tenusu terbaharu Bright Cow hanya perlu menghantar resit berserta nama penuh melalui WhatsApp ke 017-6428765.

SAJI akan mendermakan jumlah yang terkumpul dalam bentuk barangan keluaran FGV dan wang tunai untuk disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih setiap minggu.

“Ini merupakan tahun kedua DOP menganjurkan kempen sempena bulan Ramadan. Tahun lalu DOP berjaya mengumpul jumlah sasaran sebanyak RM300,000 hasil sumbangan orang ramai melalui pembelian minyak masak SAJI untuk kempen Infak Ramadan SAJI. Jumlah terkumpul tersebut telah disalurkan kepada Yayasan FELDA, MERCY Malaysia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA),” jelas Haris Fadzilah.

SAJI akan memberikan penghargaan kepada pengguna yang memberi sumbangan melalui ‘posting’ khas di media sosial rasmi SAJI. Maklumat lanjut boleh diperolehi di Facebook dan Instagram SAJI Malaysia.

Tamat

 

Find