3 April 2020

Kuala Lumpur, 3rd April 2020: In the cause of humanitarian and social responsibility, FGV Holdings Berhad (FGV) has taken the initiative to provide assistance to the B40 and community in need during the Movement Control Order through the FGV Food Relief Bag (FGV FReB) programme.

In collaboration with The Ministry of Plantation Industries and Commodities and the Malaysian Palm Oil Association (MPOA), FGV successfully distributed 10,000 food relief bags this week.

FGV Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan said the contribution to the selected FELDA areas and communities in Kedah, Pahang, Kelantan and Terengganu was the continuation of the 3,000 food relief bag donated to selected NGOs on March 26.

“FGV is pleased because this assistance reached to the rural community especially the FELDA community as they are part of the team that sends the fresh fruit bunch to FGV processing mills to produce palm oil products of FGV,” said Haris Fadzilah.

“In this difficult time, the availability of daily food is important especially those with family members. Contribution in the form of food products is very close to our hearts as FGV is directly involved in the food supply chain industry,” added Haris.

The FGV FReB bag contains basic foods such as rice, SAJI cooking oil, PRAI sugar, SAJI mountain salt, SAJI instant noodles, SAJI sweetened creamer, SAJI evaporated creamer and SAJI chili sauce, products of the FGV Group.

The FGV FReB was mobilised internally with the involvement of FGV Group’s sectors – Plantation, Logistics and Sugar. The effort to assemble and deliver the goods were carried out by the staff of Delima Oil Products, MSM Malaysia, FGV Transport in collaboration with FGV Security Services while the coordination was managed by staff in the headquarters.

Among the recipient were residents of Felda Teloi Timor and Felda Teloi Senior in Kedah, Felda Chiku and Felda Aring in Kelantan, Felda Kerteh, Felda Jerangau, Felda Neram, Felda Cherul, Felda Seberang Tayu, Felda Bukit Bading, Felda Jerangau West, Felda Mengkawan, Felda Tersat, Felda Chador Farm, Felda Kg. Mercok Rahmat, Felda Selasih, Felda Chalok West and Felda Tenang in Terengganu, while distribution in Pahang was made through the Social Welfare Department in Bentong.

The first 3,000 bags were distributed on March 26 through cooperation with NGOs such as Pertubuhan Amal Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) of Selangor to local residents around Sepang, Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Kapar to the residents of Kampung Perepat and Kampung Sementa, Kapar, Selangor. Meanwhile, Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) distributed relief bags to the Shah Alam Community, Klang Mosque, Hulu Langat Mosque and Sri Nuang Apartment, Section U11 Shah Alam.

-End-

Kuala Lumpur, 3 April 2020: Atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sosial, FGV Holdings Berhad (FGV) mengambil inisiatif memberi bantuan kepada golongan B40 dan masyarakat yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, melalui program FGV Food Relief Bag (FGV FReB). 

Menerusi kerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), FGV berjaya mengagihkan sumbangan 10,000 beg bantuan makanan sepanjang minggu ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata sumbangan kepada masyarakat dan kawasan FELDA terpilih di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang merupakan lanjutan kepada sumbangan 3,000 beg bantuan yang diagihkan melalui NGO terpilih pada 26 Mac lalu. 

“FGV berbesar hati kerana bantuan ini sampai kepada masyarakat luar bandar terutamanya peneroka FELDA yang merupakan sebahagian daripada pihak yang menghantar buah sawit ke kilang-kilang pemprosesan FGV untuk menghasilkan produk sawit keluaran FGV” ujar Haris Fadzilah.

“Dalam waktu sukar ini, kelangsungan makanan harian amat penting terutamanya bagi yang berkeluarga. Sumbangan berupa produk makanan sangat dekat dengan kami kerana FGV terlibat secara langsung dalam industri rantaian bekalan makanan,” tambah Haris. 

Beg FGV FReB tersebut mengandungi makanan asas seperti beras, Minyak SAJI, Gula PRAI, Garam Gunung SAJI, Mi Segera SAJI, Krimer Pekat Manis SAJI, Krimer Sejat Cair SAJI dan Sos Cili SAJI yang merupakan barangan keluaran Kumpulan FGV. 

Bantuan FGV FReB digerakkan secara dalaman dengan penglibatan petugas sektor Kumpulan FGV iaitu Perladangan, Logistik dan Gula. Usaha untuk mengumpulkan dan menghantar barangan dijalankan oleh petugas Delima Oil Products, MSM Malaysia, FGV Transport dengan kerjasama FGV Security Services manakala koordinasinya dikelolakan oleh petugas ibu pejabat. 

Antara kawasan yang menerima beg bantuan ini adalah penduduk di Felda Teloi Timor dan Felda Teloi Kanan di Kedah, Felda Chiku dan Felda Aring di Kelantan, Felda Kerteh, Felda Jerangau, Felda Neram, Felda Cherul, Felda Seberang Tayu, Felda Bukit Bading, Felda Jerangau Barat, Felda Mengkawan, Felda Tersat, Ladang Felda Chador, Felda Kg. Chalok Rahmat, Felda Selasih, Felda Chalok Barat dan Felda Tenang di Terengganu, manakala agihan di Pahang dibuat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat di Bentong.

Bantuan pertama sebanyak 3,000 beg yang pertama telah disalurkan pada 26 Mac yang lalu menerusi kerjasama dengan NGO seperti Pertubuhan Amal Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Bahagian Selangor kepada penduduk setempat sekitar Sepang, Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian Kapar kepada penduduk sekitar Kampung Perepat dan Kampung Sementa Kapar, Selangor, manakala Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) mengagihkan beg bantuan kepada Komuniti Shah Alam, Kariah Masjid Klang, Kariah Masjid Hulu Langat dan Apartment Sri Nuang, Seksyen U11 Shah Alam.

 

-Tamat-

Find