FGV’s operational transformation on track

FGV’s operational transformation on track

CPO price weighs on Group’s performance

Kuala Lumpur, 28th August 2019 – FGV Holdings Berhad (“FGV”) recorded a profit before interest and tax (“PBIT”) of RM23 million for its second quarter ended 30 June 2019, down 54% from a PBIT of RM50 million registered in the previous corresponding quarter. FGV’s financial performance was affected mainly by losses in the sugar sector and a 19% decline in crude palm oil (“CPO”) price realized for the period under review of RM1,955 per metric tonne, compared to average CPO price of RM2,419 per metric tonne for 2Q2018.

Despite the steep 19% drop in CPO price, FGV’s revenue slipped by a marginal 5% to RM3.28 billion, compared to the previous corresponding quarter’s RM3.44 billion. This was mainly due to the early impacts of the Group’s transformation plan which has resulted in a 15% increase in fresh fruit bunch (“FFB”) production to 1.15 million MT and a 19% improvement in FFB yield to 4.76 MT/ha compared to the previous year. Also, efficiency improvements were evident in increased utilization factor (“UF”) of 24% and significantly lower ex-mill cost at RM1,455 per MT.

For 1H2019, FGV posted a PBIT of RM102 million against a revenue of RM6.56 billion, compared to the previous corresponding period’s PBIT of RM146 million against a revenue of RM7.04 billion.

“I am pleased to report that FGV’s operational performance has improved significantly, with higher yields and much lower operating costs,” Group Chief Executive Officer Dato’ Haris Fadzilah Hassan said. “However, overall performance was affected by a number of factors, chief among which are softer CPO prices and the poor showing in the sugar business. This is the main reason why we are reviewing FGV’s sugar business, because we believe the current structure is suboptimal and does not consider policy shifts or industry trends,” Haris Fadzilah added.

In the upstream segment, the FFB production of 1.15 million MT was 15% higher than 0.99 million MT in the previous corresponding quarter. The 19% FFB yield increase to 4.76 MT/ha compares against the previous corresponding period’s 3.97 MT/ha. OER dropped by 2% due to lower quality FFB processed arising from rainfall after a long dry season, whilst total CPO production increased 21% to 787,000 MT, compared to 652,000 MT previously. Continuous enhancements on operational effectiveness and efficiencies resulted in lower ex-mill costs in 2Q2019 of RM1,455 per metric tonne, 23% lower than RM1,884 per metric tonne in 2Q2018.

The Group’s downstream segment performed better for the period under review, registering a profit before zakat and tax (“PBZT”) of RM22 million, compared to RM6 million previously. This is primarily due to higher sales volume in the oleo chemical business and higher margin in the palm kernel processing business.

The Logistics and Others Sector recorded a PBZT of RM43 million for the period, a significant increase, compared to RM15 million before. The performance was attributable to a 17% increase in transport volume, improved tank utilization rates by 33%, and a 34% increase in the bulk/storage volume. Additionally, the improved performance is also due to a reversal of impairment of RM20 million.

The Sugar Sector was affected by higher finance cost from MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd, the newly commissioned refinery in Tanjung Langsat, as well as lower sales volume and sales price for the period.

Going forward

FGV Holdings will continue on its operational transformation and expects to achieve all targets set by the Board of Directors at the start of this financial year.

“We expect CPO prices to pick up towards the end of the year and next year’s average selling price should be higher than this year’s. There are several reasons for this, including the escalating US – China trade war, higher demand with the new B30 and B10 mandates in Indonesia and Malaysia respectively, as well as the upcoming festive seasons,” Haris Fadzilah said, cautioning however that the anticipated imposition of import taxes by India may impact prices in the future.

Considering unfavourable CPO prices, FGV has revised its replanting area for FY2019 to 11,000 ha, but remains on track to normalise palm age profile by 2026.

As part of its initiative to reduce the impact of CPO price fluctuations on financial performance, FGV is closely monitoring its 59 key strategic initiatives group-wide, which amongst others, include potential collaborations, diversification plans, structural changes and improvements and cost saving measures. Of the 59 key strategic initiatives, FGV has completed 31% of its targeted milestones, and 32% are on track, whilst the remaining 36% are either in early stages of implementation or yet to begin.

Meanwhile, as part of ongoing efforts to improve its procurement spending and to optimize costs, FGV has achieved RM88.9 million in cost reduction against its RM150 million target for FY2019 through contract renegotiations and other efforts.

“Operationally the results are encouraging, and we are focused on turning around FGV whilst ensuring a more sustainable business with the aim to create value for all our shareholders”, Haris added.

END


Transformasi operasi FGV di landasan yang betul

Harga MSM mempengaruhi prestasi Kumpulan

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2019 – FGV Holdings Berhad (“FGV”) mencatatkan keuntungan sebelum faedah dan cukai (“PBIT”) sebanyak RM23 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2019, merosot 54 peratus berbanding PBIT sebanyak RM50 juta yang dicatatkan pada suku yang sama sebelumnya. Prestasi kewangan FGV terjejas terutamanya oleh kerugian dalam sektor gula dan penurunan 19 peratus dalam harga  minyak sawit mentah (“MSM”) yang direalisasikan bagi tempoh yang disemak sebanyak RM1,955 per tan metrik (“MT”), berbanding harga purata MSM sebanyak RM2,419 MT untuk suku kedua 2018 (2Q2018).

Walaupun berlaku penurunan mendadak 19 peratus harga MSM, namun pendapatan FGV hanya susut sedikit sebanyak lima peratus kepada RM3.28 bilion, berbanding suku sebelumnya yang berjumlah RM3.44 bilion. Ini disebabkan oleh kesan awal pelan transformasi Kumpulan yang menghasilkan peningkatan pengeluaran tandan buah segar (“TBS”) sebanyak 15 peratus kepada 1.15 juta MT dan peningkatan 19 peratus hasil TBS kepada 4.76 MT/ha berbanding dengan tahun sebelumnya. Selain itu, penambahbaikan kecekapan terbukti dalam peningkatan penggunaan faktor (“UF”) sebanyak 24 peratus dan kos tidak termasuk kilang (ex-mill) yang jauh lebih rendah pada RM1,455 MT.

Bagi separuh pertama 2019 (1H2019), FGV mencatatkan PBIT sebanyak RM102 juta berbanding pendapatan sebanyak RM6.56 bilion, manakala PBIT tempoh yang sama sebelumnya sebanyak RM146 juta berbanding pendapatan sebanyak RM7.04 bilion.

“Sukacita saya melaporkan bahawa prestasi operasi FGV menunjukkan peningkatan yang ketara menerusi pertambahan hasil dengan kos operasi yang lebih rendah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haris Fadzilah Hassan. “Bagaimanapun, prestasi keseluruhannya terjejas disebabkan oleh beberapa faktor, terutamanya kejatuhan harga MSM dan sektor gula yang lemah. Inilah sebab utama mengapa kami menilai semula perniagaan gula FGV, kerana kami percaya struktur semasa di bawah paras optimum dan belum mengambil kira perubahan dasar atau trend industri,” tambah Haris Fadzilah

Dalam segmen huluan, pengeluaran TBS sebanyak 1.15 juta MT adalah 15 peratus lebih tinggi daripada 0.99 juta MT pada suku yang sama sebelumnya. Hasil 19 peratus TBS meningkat kepada 4.76 tan metrik bagi setiap hektar (MT/ha) berbanding tempoh yang sama 3.97 MT/ha sebelumnya. Kadar perahan minyak (OER) menurun sebanyak dua peratus kerana TBS berkualiti rendah yang diproses akibat hujan selepas musim kering yang panjang, manakala jumlah pengeluaran MSM meningkat 21 peratus kepada 787,000 MT, berbanding 652,000 MT sebelumnya. Peningkatan berterusan ke atas keberkesanan dan kecekapan operasi menghasilkan kos pengeluaran yang lebih rendah pada suku kedua 2019 (2Q2019) sebanyak RM1,455 MT, 23 peratus lebih rendah daripada RM1,884 MT pada suku kedua 2018 (2Q2018).

Segmen hiliran Kumpulan menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk tempoh yang disemak, mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai (“PBZT”) sebanyak RM22 juta, berbanding RM6 juta sebelumnya. Ini disebabkan oleh peningkatan jumlah jualan dalam perniagaan oleo kimia dan margin yang lebih tinggi dalam perniagaan pemprosesan isirung sawit.

Sektor Logistik dan Lain-lain mencatatkan PBZT sebanyak RM43 juta untuk tempoh tersebut, peningkatan ketara, berbanding RM15 juta sebelum ini. Prestasi ini disebabkan peningkatan 17 peratus dalam jumlah pengangkutan, kadar penggunaan tangki yang lebih baik sebanyak 33 peratus dan kenaikan 34 peratus dalam jumlah pukal/simpanan. Di samping itu, prestasi yang lebih baik juga disebabkan oleh pulangan semula rosot nilai sebanyak RM20 juta.

Sektor Gula dipengaruhi oleh kos pembiayaan yang lebih tinggi daripada MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd, kilang penapis baru di Tanjung Langsat, serta harga jualan dan jumlah jualan yang lebih rendah untuk tempoh tersebut.

Maju Ke Hadapan

FGV Holdings akan meneruskan transformasi operasi dan menjangkakan untuk mencapai semua sasaran yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah pada permulaan  tahun kewangan ini.

“Kami menjangkakan harga MSM meningkat menjelang akhir tahun dan harga jualan purata tahun depan lebih tinggi berbanding tahun ini. Terdapat beberapa sebab, termasuk perang perdagangan AS-China, permintaan yang lebih tinggi dengan mandat B30 di Indonesia dan B10 di  Malaysia, serta musim perayaan yang akan datang,” kata Haris Fadzilah, walaubagaimanapun pengenaan cukai import oleh India mungkin menjejaskan harga pada masa akan datang.

Memandangkan harga MSM yang tidak mengalakkan, FGV telah menyemak semula kawasan penanaman semula untuk tahun kewangan 2019 (FY2019) kepada 11,000 hektar, tetapi masih berada dalam landasan untuk menormalisasikan profil umur kelapa sawit menjelang 2026.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan kesan turun naik harga MSM ke atas prestasi kewangan, FGV memantau dengan teliti 59 inisiatif strategik utama dalam seluruh kumpulan, yang antara lain termasuk kerjasama yang berpotensi, pelan kepelbagaian, perubahan struktur dan penambahbaikan dan langkah penjimatan kos. Daripada 59 inisiatif strategik utama, FGV telah menyiapkan 31 peratus daripada sasaran yang disasarkan, dan 32 peratus berada dalam landasan, manakala baki 36 peratus berada di peringkat awal pelaksanaan atau belum bermula.

Sementara itu, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk memperbaiki perbelanjaan perolehan dan mengoptimumkan kos, FGV telah mencapai RM88.9 juta dalam pengurangan kos berbanding sasaran RM150 juta untuk tahun kewangan 2019 (FY2019) melalui rundingan semula kontrak dan usaha lain.

“Dari segi operasi hasilnya menggalakkan dan kami memberi tumpuan kepada usaha memulihkan FGV disamping memastikan perniagaan yang lebih mampan dengan matlamat untuk mencipta nilai bagi semua pemegang saham kami,” tambah Haris.

TAMAT