8 April 2022

KUALA LUMPUR, 8 April 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV), through its subsidiary Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOPSB) today launched its SAJI Raikan Bersama campaign, as an initiative to express appreciation and gratitude to loyal customers of DOPSB products and Malaysians in general.

“In the spirit of Ramadan, the SAJI Raikan Bersama campaign is the perfect opportunity for DOPSB to show its appreciation to its loyal customers who have shown support towards its products such as SAJI, ADELA and Seri Pelangi,” said Mohd Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

He said DOPSB is collaborating with Mydin Malaysia on a roadshow at several selected Mydin outlets including Mydin MITC Melaka, Mydin Kuala Terengganu and Mydin Bukit Mertajam. Various activities and exciting prizes are up for grabs to create more engagements between FGV and the public.


From left Wan Maizatun Wan Hassan, Deputy Manager Zakat Distribution Division Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Vincent TS Chui, Chief Consumer Products Officer FGV Holdings Berhad, Zulkifli Othman, CEO Delima Oil Products Sdn. Bhd (DOPSB), Mohd Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer FGV Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin, Managing Director of Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, Director of Mydin Mohamed Holdings Bhd and Norhayati Wan Abib,Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa.

Nazrul also thanked Mydin Malaysia for their unwavering support of FGV products over the years and the opportunity to market FGV products at all Mydin outlets nationwide.

The SAJI Raikan Bersama campaign runs from April 2 to May 27, 2022. Customers who purchased any products from DOPSB worth RM25 and above just need to upload the receipts of their purchases to www.sajiraikanbersama.com and get the chance to win up to RM150,000 worth of prizes.

At the launch, FGV also handed a donation of RM30,000 including FGV products to Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Takwa and RM250,000 worth of FGV products to Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), which will be distributed to the underprivileged.


From left Wan Maizatun Wan Hassan, Deputy Manager Zakat Distribution Division Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Shammim Azad Kamruzaman, Chief Executive Officer FGV Products Sdn. Bhd, Vincent TS Chui, Chief Consumer Products Officer FGV Holdings Berhad, Zulkifli Othman, CEO Delima Oil Products Sdn. Bhd (DOPSB), Mohd Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer FGV Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin, Managing Director of Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, Director of Mydin Mohamed Holdings Bhd and Norhayati Wan Abib,Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa.

END

KUALA LUMPUR, 8 April 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikatnya Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOPSB) hari ini melancarkan kempen SAJI Raikan Bersama untuk menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada pelanggan setia produk DOPSB dan juga rakyat Malaysia secara amnya.

“Bersempena dengan bulan Ramadan ketika ini, Kempen SAJI Raikan Bersama adalah peluang terbaik untuk DOPSB menzahirkan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia yang memberikan sokongan terhadap produk-produk kami seperti SAJI, ADELA dan SERI PELANGI,” kata Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Nazrul berkata, DOPSB berkolaborasi dengan Mydin menerusi jerayawara di beberapa cawangan Mydin terpilih seperti Mydin MITC Melaka, Mydin Kuala Terengganu dan juga Mydin Bukit Mertajam. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan bagi mengeratkan hubungan antara FGV dan orang ramai.


Dari kiri Wan Maizatun Wan Hassan, Timbalan Pengurus Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Vincent TS Chui, Ketua Pegawai Produk Pengguna FGV Holdings Berhad, Zulkifli Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn. Bhd (DOPSB), Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd dan Norhayati Wan Abib, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa.

Nazrul turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mydin Malaysia di atas sokongan tidak berbelah bahagi dan peluang bagi memasarkan produk-produk FGV di semua cawangan Mydin di seluruh Malaysia selama ini.

Kempen SAJI Raikan Bersama akan bermula pada 2 April sehingga 27 Mei 2022. Pelanggan yang melakukan pembelian produk DOPSB bernilai RM25 dan ke atas hanya perlu memuat naik resit pembelian berkenaan di www.sajiraikanbersama.com dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM150,000.

Pada majlis perasmian itu, FGV turut memberikan sumbangan RM30,000 termasuk produk FGV kepada Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa dan sumbangan produk FGV bernilai RM250,000 kepada Majilis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang akan mengagihkannya kepada golongan yang memerlukan.


Dari kiri Wan Maizatun Wan Hassan, Timbalan Pengurus Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Products Sdn. Bhd, Vincent TS Chui, Ketua Pegawai Produk Pengguna FGV Holdings Berhad, Zulkifli Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn. Bhd (DOPSB), Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd dan Norhayati Wan Abib, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa.

TAMAT

Find