KUALA LUMPUR, 10 April 2018

FGV Holdings Berhad (FGV) will hold an open interview session for the Young Entrepreneurs Programme aimed at producing young entrepreneurs who will be involved in the palm oil industry and become vendors to FGV in the future.

The open interview programme will be held on April 18, 2018, 9.00 am to 5.00 pm concurrently at FGV offices in 18 selected locations throughout the country as follows: Kelantan – Aring 6, Terengganu – Chador, Pahang – Lepar Hilir 8, Lepar Utara 8, Bukit Sagu 8 and Kechau 6, Negeri Sembilan – Palong 18 and Tembangau 3, Johor – Tenggaroh Timur 2, Selendang 4, Selancar 9 and Moakil 7, Perak / Selangor – Besout 7 and Lawin Tengah, Kedah / Perlis – Laka Selatan and Sabah – Sahabat 55, 56 and Umas 5.

The application is open to Malaysian citizens including FELDA settlers, children of FGV and FELDA staff residing in FELDA’s settlements. The criteria for participants is Men, aged 18 to 30 years old, holds at least  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or equivalent, has a good degree of literacy (reading, writing, calculating, IT literacy) and healthy body. Applicants are required to bring relevant certificates during interviews, identity cards and neatly dressed.

The selected participants will attend six-month training and all learning costs, equipment and monthly allowances are fully borne by FGV.

The training covers the introduction of basic business and financial management of a company, field training on FGV estates and on-the-job training and assessment by the Mentor who is an experienced manager at FGV.

This programme will be implemented on an ongoing basis with the ultimate goal of producing more young entrepreneurs who are competitive and able to support the development of the country’s palm oil industry and in line with FGV’s social responsibility goals that are concerned with the environmental sustainability and social development of the local community

For more information please visit fgvholdings.com or FGV’s official Facebook page – @fgvholdings

END.

FGV Holdings Berhad (FGV) akan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi Program Usahawan Muda yang bermatlamat untuk melahirkan usahawan muda yang bakal berkecimpung dalam industri perladangan sawit serta menjadi vendor kepada FGV pada masa hadapan.

Program temu duga terbuka akan dijalankan pada 18 April 2018, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang secara serentak di pejabat ladang FGV di 18 lokasi terpilih seluruh negara seperti berikut: Kelantan – Aring 6, Terengganu – Chador, Pahang – Lepar Hilir 8, Lepar Utara 8, Bukit Sagu 8 dan Kechau 6, Negeri Sembilan – Palong 18 dan Tembangau 3, Johor – Tenggaroh Timur 2, Selendang 4, Selancar 9 dan Moakil 7, Perak/Selangor – Besout 7 dan Lawin Tengah, Kedah/Perlis – Laka Selatan dan Sabah – Sahabat 55, 56 dan Umas 5.

Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada warga FELDA, anak-anak petugas FGV dan FELDA yang menetap di rancangan FELDA. Kriteria pemilihan peserta adalah Lelaki, berumur 18 hingga 30 tahun, memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya, mempunyai tahap literasi yang baik (membaca, menulis, mengira, celik IT) dan sihat tubuh badan. Para pemohon diminta membawa sijil yang berkaitan semasa sesi temu duga, kad pengenalan dan berpakaian kemas.

Peserta yang terpilih akan mengikuti latihan selama enam bulan dan segala kos pembelajaran, peralatan dan elaun ditanggung sepenuhnya oleh FGV.

Latihan meliputi pengenalan asas perniagaan dan pengurusan kewangan syarikat, latihan lapangan di ladang – ladang FGV dan latihan dalam kerja serta penilaian oleh Mentor yang merupakan pengurus berpengalaman di FGV.

Program ini akan dilaksanakan secara berterusan dengan matlamat utama untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan mampu menyokong perkembangan industri perladangan sawit negara dan selari dengan matlamat tanggungjawab sosial FGV yang mengambil berat terhadap kelestarian alam sekitar dan pembangunan sosial masyarakat setempat.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang fgvholdings.com atau laman Facebook rasmi FGV – @fgvholdings

TAMAT.

Find