17 July 2020

KUALA LUMPUR, 17 July 2020: With 45 years of experience in the logistics and transport services industry, FGV Holdings Berhad (FGV) is set to grow its logistic sector’s revenue with newly added road tankers, curtain sider trailers and dumper trucks. These added assets, received in July 2020 will boost its logistics arm under FGV Transport Sdn Bhd, which also offers inland transport, multimodal transport, courier services and warehousing.

FGV Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan said FGV Transport is instrumental to the Group’s supply chain network, being the biggest palm products transporter in the nation with a fleet of nearly 500 trucks (tanker, cargo, courier) and 14 nationwide hubs, inclusive of five main depots and nine sub-depots.

“We are focused and determined to expand our logistic business in line with the industry’s demand for a reliable and efficient logistics provider. Our service is not just transporting from point A to point B, but we offer a team of experienced professionals in logistics and transportation management with state of the art vehicle tracking system to monitor the movement of the trucks and delivered products,” said Haris Fadzilah.

Curtain sider trailers

As part of the expansion, this month FGV Transport bought 15 units of 45ft curtain sider trailers to cater to the fast-moving consumer goods (FMCG) industry. The trailers are strategically located in its depot in Shah Alam and Port Klang, Selangor, Pasir Gudang, Johor, and Kuantan, Pahang. They could transport up to 22 pallets with a capacity of 20MT or 40MT depending on the type of products.  FGV Transport is planning to own 15 units more by end of the year.

With the additional curtain sider trailers, FGV Transport is tapping into the petrochemical segment particularly for specialty chemicals including resin, high-density polyethylene (HDPE), low-density polyethylene (LDPE) and urea.

Dumper trucks

FGV Transport has also acquired 15 units of dumper trucks this month, to fulfil the requirement of logistics business in port areas. The dumper trucks could transport between 18MT and 20MT of goods such as palm kernel expeller, fertiliser, palm kernel shell, raw sugar and corn from ports to warehouses and vice-versa.

PME trucks

Responding to the Government’s B20 mandate, FGV has also added five new trucks for the transportation of palm methyl esther (PME – for the use in biodiesel), making a total of nine units of PME trucks with approximately 350MT capacity that will be ready on the road by end of July 2020.

FGV Transport has obtained the biofuel license transportation under the Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC), a compulsory license for all transport companies involved in PME/biodiesel transportation. With these new trucks, FGV foresees an expansion of its services to external parties as well.

 

About FGV Transport Sdn Bhd

FGV Transport is a total logistics service provider catering to both domestic and international transportation and shipping requirements. Our experienced logistics professionals, with our own fleet, reliable agents and partners worldwide, are ever-ready to offer tailor-made transportation and logistics solutions for our customers. The company operates from various locations nationwide including all major Malaysian ports offering customers a variety of transportation and logistics services. It also has an office in Kuala Lumpur International Airport to handle airfreight shipments. Our large fleet of trucks of varying capacities from one-tonne to 50-tonne are equipped with advance GPS tracking system to ensure all products are carried safely to destinations.

End

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2020: Dengan pengalaman selama 45 tahun dalam industri perkhidmatan logistik dan pengangkutan, FGV Holdings Berhad (FGV) akan meningkatkan pendapatan sektor logistiknya dengan lori tangki, treler tirai tepi (curtain sider trailer) dan trak pembuang (dumper truck) yang baharu. Aset tambahan ini, yang diterima pada bulan Julai 2020 akan meningkatkan kekuatan logistiknya di bawah FGV Transport Sdn Bhd, yang juga menawarkan pengangkutan darat, pengangkutan multimodal, perkhidmatan kurier dan pergudangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, FGV Transport memainkan peranan penting dalam rangkaian rantaian bekalan Kumpulan, menjadi pengendali pengangkutan produk sawit terbesar di negara ini dengan hampir 500 trak (lori tangki, kargo, kurier) dan 14 hab di seluruh negara, merangkumi lima depot utama dan sembilan sub-depot.

  “Kami fokus dan berazam untuk mengembangkan perniagaan logistik kami sebagai penyedia perkhidmatan logistik yang cekap dan boleh dipercayai sejajar dengan permintaan industri. Perkhidmatan kami bukan hanya bergerak dari lokasi A ke lokasi B, tetapi kami menawarkan pasukan profesional yang berpengalaman dalam bidang logistik dan pengurusan pengangkutan dengan sistem pengesanan kenderaan yang terkini untuk memantau pergerakan trak dan produk yang dihantar,” kata Haris Fadzilah.

Treler tirai tepi

Sebagai sebahagian daripada plan pengembangan perniagaan, bulan ini FGV Transport menambah 15 unit treler tirai tepi 45 kaki untuk memenuhi keperluan industri barang pengguna cepat laris (FMCG). Treler tersebut terletak secara strategik di depot Shah Alam dan Pelabuhan Klang, Selangor, Pasir Gudang, Johor, dan Kuantan, Pahang. Ia dapat mengangkut hingga 22 palet dengan kapasiti 20MT atau 40MT bergantung pada jenis produk. FGV Transport merancang untuk memiliki 15 unit lagi pada akhir tahun ini

Dengan tambahan treler tirai tepi, FGV Transport memasuki segmen petrokimia terutamanya untuk bahan kimia khas termasuk resin, polyethylene berketumpatan tinggi (HDPE), polyethylene berketumpatan rendah (LDPE) dan urea.

Trak Pembuangan

FGV Transport juga telah memperolehi 15 unit trak pembuang bulan ini, untuk memenuhi keperluan perniagaan logistik di kawasan pelabuhan. Trak pembuang dapat mengangkut antara 18MT dan 20MT barang seperti dedak isirung sawit, baja, tempurung isirung sawit, gula mentah dan jagung dari pelabuhan ke gudang dan sebaliknya.

Trak Metil Ester Sawit (PME)

Bagi menyokong mandat B20 kerajaan, FGV juga telah menambah lima trak baharu untuk pengangkutan metil ester sawit (PME – bahan campuran untuk penghasilan biodisel), menjadikan sejumlah sembilan unit trak PME dengan kapasiti sekitar 350MT yang akan sedia untuk digunakan di jalan raya pada akhir Julai 2020.

FGV Transport juga telah memperolehi lesen pengangkutan bahan api di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), ia merupakan lesen wajib untuk semua syarikat pengangkutan yang terlibat dalam pengangkutan PME/biodiesel. Dengan trak baharu ini, FGV mensasarkan pengembangan perkhidmatannya kepada pihak luar juga. 

 

Mengenai FGV Transport Sdn Bhd

FGV Transport adalah penyedia perkhidmatan logistik yang memenuhi keperluan pengangkutan dan penghantaran domestik dan antarabangsa. Petugas profesional logistik kami yang berpengalaman, dengan aset kami sendiri, ejen dan rakan kongsi yang boleh dipercayai di seluruh dunia, sentiasa bersedia untuk menawarkan penyelesaian pengangkutan dan logistik yang disesuaikan untuk pelanggan kami. Syarikat ini beroperasi dari pelbagai lokasi di seluruh negara termasuk semua pelabuhan utama Malaysia yang menawarkan pelanggan pelbagai perkhidmatan pengangkutan dan logistik. Ia juga memiliki pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengendalikan perkhidmatan kargo udara. Trak besar kami dengan kapasiti yang berbeza-beza dari satu tan hingga 50 tan dilengkapi dengan sistem GPS yang terkini untuk memastikan semua produk dibawa dengan selamat ke destinasi.

Tamat

Find