16 March 2020

National Fiberisation and Connectivity project will increase national cellular coverage from 95% to 98%

Kuala Lumpur, 16 March 2020: FGV Prodata Systems Sdn Bhd (FGV Prodata), a subsidiary of FGV Holdings Berhad, has landed a deal to supply, deliver and install telecommunication towers and its ancillaries, for the purposes of the provisioning of public cellular services for the Malaysian Communications and Multimedia Commission’s (MCMC) National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) 1 project.

NFCP 1 project is part of the MCMC’s efforts to plan and implement universal service provision in Malaysia. The facilities and services are to be deployed at underserved areas, covering 93 districts in eight states within the country, with a total of 152 sites and a target to provide digital connectivity to approximately 40,000 populations.

Group Chief Executive Officer of FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan said FGV Prodata, is a home grown Information & Communication Technology (ICT) service provider specialising in bringing together end-to-end components of ICT into an efficient and cohesive system.

“FGV is proud that FGV Prodata is part of this project in support of the 2030 Shared Prosperity Vision. This is a recognition for FGV Prodata who inspires to become more significant players in the telecommunication industry by providing high quality services and solutions,” said Haris Fadzilah, adding that this achievement is in line with FGV Group’s transformation journey in expanding new growth areas to create more value.

FGV Prodata has been selected by MCMC as one of the four Designated Universal Service Providers (DUSPs) and has been assigned to a total of 39 sites, 26 sites in Sabah and 13 sites in Terengganu. The implementation period is six months from 15th February this year.

This project adds on to FGV Prodata’s achievements after successfully obtaining the Network Facilities Provider (NFP) and Network Services Provider (NSP) licences from MCMC in 2013.

-End-

Projek Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara akan meningkatkan liputan selular negara daripada 95% ke 98%

Kuala Lumpur, 16 Mac 2020: FGV Prodata Systems Sdn Bhd (FGV Prodata), anak syarikat FGV Holdings Berhad telah berjaya memenangi fasa pertama membekal, menyiap dan memasang menara serta sokongannya, untuk tujuan penyediaan perkhidmatan selular awam bagi projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara 1 (NFCP 1) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek NFCP 1 adalah sebahagian daripada usaha SKMM untuk merancang dan melaksanakan peruntukan perkhidmatan sejagat di Malaysia. Kemudahan dan perkhidmatan akan dilaksanakan di kawasan yang kurang mendapat liputan, merangkumi 93 daerah di lapan negeri dengan jumlah 152 tapak dan sasaran untuk menyediakan sambungan digital kepada sekitar 40,000 penduduk.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata FGV Prodata, adalah pembekal perkhidmatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) anak tempatan, yang pakar dalam menyatukan komponen hujung ke hujung ICT ke dalam sistem yang cekap dan padu.

“FGV berbangga kerana FGV Prodata terlibat di dalam projek ini bagi menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ia merupakan pengiktirafan bagi FGV Prodata yang berazam menjadi salah satu pemain telekomunikasi penting di negara ini dalam penyediaan perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti tinggi,” kata Haris Fadzilah, sambil menambah bahawa kejayaan ini selari dengan perjalanan transformasi Kumpulan FGV dalam memperluaskan pelan perniagaan baharu untuk mencipta lebih nilai.

FGV Prodata telah dipilih oleh SKMM sebagai Designated Universal Service Providers (DUSPs) bersama tiga lagi pemegang lesen di bawah projek NFCP 1.  FGV Prodata diberikan sebanyak 39 tapak, iaitu 26 tapak di Sabah dan 13 tapak di Terengganu. Tempoh pelaksanaan adalah enam bulan dari 15 Februari tahun ini.

Projek ini adalah kesinambungan kepada pencapaian FGV Prodata setelah berjaya mendapatkan lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) dan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (NSP) daripada SKMM pada tahun 2013.

-Tamat-

Find