1 April 2021

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV Holdings Berhad

KUALA LUMPUR, 1 April 2021: FGV Holdings Berhad (FGV) welcomes the appointment of Dato’ Dzulkifli Abd Wahab as the Non-Independent and Non-Executive Chairman of FGV Holdings Berhad effective 1 April 2021.

Dato’ Dzulkifli, 65, has 35 years of experience in the plantation field, where he began his career with Federal Land Development Authority (FELDA) in 1977. He was appointed as the Director General (DG) of FELDA in 2009 where he held the position for three years until 2012.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, FGV’s Group Chief Executive Officer said, “We are confident that under Dato’ Dzulkifli’s leadership and extensive experience, FGV will be able to continue its BP21 transformation programme and achieve greater heights.”

During his tenure as the DG of FELDA, Dato’ Dzulkifli oversaw over 450,000 hectares of plantation consisting of palm oil and rubber and executed a myriad of action plans to continuously drive the socio-economic values of 112,635 settlers and their families. He was also involved in top-level decision-making on investing FELDA’s funds into its subsidiaries, joint ventures and associate companies.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, FGV’s Group Chief Executive Officer together with FGV’s Senior Management welcoming the arrival of FGV Chairman, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab

Dato’ Dzulkifli was later appointed as an agricultural attaché at the Embassy of Malaysia in Rome, Italy. Whilst being the representative for Malaysia, he also represented the country in the Food and Agriculture Organisation (FAO), World Food Programme and International Finance Agricultural Development, United Nations. He was also appointed and served as a Council Member of FAO, Deputy Chairman for the FAO Asia Group in 2014 and as a Committee Member on Commodity Problems in FAO in 2015.

Dato’ Dzulkifli is currently a member of the Group National Association of Smallholders Malaysia (NASH) – the Think Tank Group and also a Consultant/Head of Energy and Resources Industry at Evant & Co.

“On behalf of the Group, I would like to express our deepest appreciation to Datuk Wira Azhar Abdul Hamid for his service as Chairman from 8 September 2017 until 31 March 2021,” Haris Fadzilah added.

End

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV Holdings Berhad

KUALA LUMPUR, 1 April 2021: FGV Holdings Berhad (FGV) mengalu-alukan pelantikan Dato’ Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif FGV Holdings Berhad berkuatkuasa 1 April 2021.

Dato’ Dzulkifli, 65, mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam bidang perladangan, di mana dia memulakan kerjayanya dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1977. Beliau dilantik sebagai Pengarah Besar FELDA pada tahun 2009 dan memegang jawatan tersebut selama tiga tahun sehingga 2012.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Kami yakin di bawah kepimpinan dan pengalaman luas Dato’ Dzulkifli, FGV akan dapat meneruskan program transformasi BP21 dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi.”

Semasa menggalas jawatan sebagai Pengarah Besar FELDA, Dato’ Dzulkifli memantau lebih daripada 450,000 hektar ladang yang terdiri daripada kelapa sawit dan getah dan melaksanakan beberapa pelan tindakan untuk terus memacu nilai sosio-ekonomi 112,635 peneroka dan keluarga mereka. Dia juga terlibat dalam membuat keputusan peringkat atasan untuk melaburkan dana FELDA ke anak syarikat, usaha sama dan syarikat bersekutu.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV bersama Pengurusan Kanan FGV menyambut kedatangan Pengerusi FGV, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab

Dato’ Dzulkifli kemudiannya dilantik sebagai atase pertanian di Kedutaan Besar Malaysia di Rom, Itali. Sewaktu menjadi wakil Malaysia, beliau juga mewakili negara dalam Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Program Makanan Dunia dan Pembangunan Pertanian Kewangan Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Beliau juga dilantik dan berkhidmat sebagai Ahli Majlis FAO, Timbalan Pengerusi Kumpulan FAO Asia pada tahun 2014 dan Ahli Jawatankuasa untuk Masalah Komoditi di FAO pada tahun 2015.

Dato’ Dzulkifli kini merupakan ahli Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH) – Kumpulan Think Tank dan juga Perunding Ketua Industri Tenaga dan Sumber di Evant & Co.

“Bagi pihak Kumpulan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Azhar Abdul Hamid atas perkhidmatannya sebagai Pengerusi daripada 8 September 2017 hingga 31 Mac 2021,” tambah Haris Fadzilah.

Tamat

Find