1 September 2023

KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER – FGV Holdings Berhad (FGV), Malaysian based, world’s leading producer of crude palm oil (CPO) is proud to announce the release of its new corporate video in conjunction with the upcoming 66th Merdeka Celebration.  Themed ‘Cultivating a Sustainable Future’, the 3D animation video tells a high-level story about FGV through a unique narrative lens and exudes a compelling glimpse into FGV’s journey towards a more sustainable future.

FGV’s new corporate video covers approaches such as farm-to-table, implementation of biological methods, as well as investment in research efforts.

The video eloquently showcases FGV’s sustainability strategies, encompassing farm-to-table approach, implementing biological control methods like owls for pest control, and investing in extensive research and development efforts. It also showcases how FGV embraces digitalisation, including data integration and real-time monitoring, along with automation for enhanced efficiency across the supply chain especially in its logistics business. Those strategies boost efficiency and productivity while ensuring traceability and responsible practices from the plantation to mills, to logistics and all the way through to the end-consumers.

“At FGV, sustainability is not just a corporate buzzword; it is at the front and centre of our business. We are committed to respecting human rights, protecting the environment as well as in promoting economic growth particularly in the communities we serve.  Our video theme, ‘Cultivating a Sustainable Future,’ aligns well with our Re-Defining FGV efforts in highlighting FGV as a company that champions sustainable foods and agriproducts for generations to come. It also beautifully complements the 66th Merdeka slogan, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” in giving hopes for sustainable food supply for all Malaysians,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

Dato’ Nazrul Mansor, Chief Executive Officer of FGV delivered the opening speech at the recent SAJI campaign launch.

In leveraging the 66th Merdeka celebration and in further supporting FGV’s role in championing sustainable foods and agriproducts, FGV’s homegrown food brand, SAJI, will also be launching its heartwarming ‘SAJI Terima Kasih Malaysia’ campaign in August 2023. This campaign serves as a poignant tribute to the unwavering support of devoted customers who have remained loyal to the brand, contributing to SAJI’s enduring success.

FGV’s top management was also present to participate in the launch ceremony of ‘SAJI Terima Kasih Malaysia’ which was held recently.

The campaign encompasses a wide array of promotional offers, including special promotions, discounts, giveaways, exclusive deals, and engaging themed social media activities. Additionally, a booth has been set up from 26-31 August at KL Golden Triangle, offering a range of activities, including a grand countdown on 30 August, the eve of Merdeka Day. A video tribute named “Perajurit Dapur”, dedicated to the unsung heroes of our society will also be unveiled as part of the campaign.

Gathering in the spirit of independence! Hundreds came together for the SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur Merdeka Eve celebration at Lot 10, Kuala Lumpur.

FGV is fully committed to meeting the surging demand for quality, nourishing and affordable products in the market through its various consumer goods brands such as SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 and BRIGHT COW.  Being one of the key food players in Malaysia, FGV aims to play a significant role in the country’s national food security agenda by bringing high-quality and nutritious food products at affordable prices to all Malaysians and in achieving our vision in delivering sustainable foods and agriproducts to the world.

 

100 Warga FGV represented Group FGV Contingent at the National Day Celebration Parade 2023 in Putrajaya.

For an exclusive viewing of the new FGV corporate video, please visit FGV Holdings social media platform namely Facebook, Instagram, TikTok. LinkedIn and YouTube and our website at www.fgvholdings.com. Additionally, join us in celebrating the unsung culinary heroes by watching the “Perajurit Dapur” video on SAJI Malaysia’s Facebook and Instagram.

ENDS

KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER – FGV Holdings Berhad (FGV), pengeluar utama Minyak Sawit Mentah (MSM) dunia yang berpangkalan di Malaysia mengumumkan pelancaran video korporat baharunya bersempena Sambutan Kemerdekaan ke-66 yang akan tiba. Bertemakan ‘Memupuk Masa Depan Lestari’, video animasi 3D ini menceritakan kisah FGV melalui lensa naratif yang tersendiri dengan memaparkan gambaran yang menarik mengenai perjalanan FGV ke arah masa depan yang lebih lestari.

Video korporat baharu FGV ini merangkumi pendekatan seperti dari ladang ke meja, pelaksanaan kaedah biologi, serta pelaburan dalam usaha penyelidikan.

Video ini memaparkan strategi kelestarian FGV, merangkumi pendekatan seperti dari ladang ke meja, pelaksanaan kaedah kawalan biologi seperti burung hantu untuk kawalan makhluk perosak, serta pelaburan dalam usaha penyelidikan dan pembangunan yang meluas. Video ini juga mempertontonkan bagaimana FGV mengadaptasi pendigitalan, termasuk penyepaduan data dan pemantauan masa nyata, termasuk automasi untuk meningkatkan kecekapan merentas rantaian bekalan terutamanya dalam perniagaan logistik. Strategi tersebut meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil memastikan kebolehkesanan dan amalan bertanggungjawab dari ladang ke kilang, logistik dan sehinggalah kepada pengguna.

“Di FGV, kelestarian bukan sekadar istilah korporat; ia menjadi keutamaan perniagaan kami. FGV komited untuk menghormati hak asasi manusia, melindungi alam sekitar serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi, khususnya di komuniti berhampiran kawasan operasi kami. Tema video, ‘Melahirkan Masa Depan Lestari,’ adalah selaras usaha mendefinisikan semula FGV, dengan matlamat menjadikan FGV sebagai syarikat yang menerajui produk makanan dan pertanian lestari untuk generasi akan datang. Ia juga selari dengan slogan Merdeka ke-66, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dalam memastikan bekalan makanan yang lestari untuk semua rakyat Malaysia,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif FGV menyampaikan ucapan perasmian ketika pelancaran kempen SAJI baru-baru ini.

Bersempena sambutan Merdeka ke-66 dan bagi terus menyokong peranan FGV dalam menerajui produk makanan dan pertanian lestari, jenama makanan tempatan keluaran FGV, SAJI, juga akan melancarkan kempen ‘SAJI Terima Kasih Malaysia’. Kempen ini yang akan dilancarkan bermula Ogos 2023, adalah sebagai tanda penghormatan kepada pelanggan setia SAJI yang sentiasa menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi dan kekal setia kepada jenama ini, sekali gus menyumbang kepada kejayaan berterusan SAJI.

 

Barisan pengurusan tertinggi FGV turut hadir menyertai majlis pelancaran ‘SAJI Terima Kasih Malaysia’ yang telah diadakan baru-baru ini.

Kempen ini merangkumi pelbagai tawaran promosi istimewa seperti, diskaun, hadiah, tawaran eksklusif dan aktiviti media sosial yang menarik. Selain itu, sebuah reruai akan dibuka dari 26-31 Ogos di KL Golden Triangle, yang menawarkan pelbagai aktiviti, termasuklah kiraan detik akhir pada malam 30 Ogos, menjelang Hari Merdeka. Sebuah video penghormatan bertajuk “Perajurit Dapur”, yang didedikasikan kepada wira masyarakat juga akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen tersebut.

 

Berkumpul dengan semangat kemerdekaan! Ratusan berkumpul untuk sambutan Ambang Merdeka SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur di Lot 10, Kuala Lumpur.

FGV komited untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi produk berkualiti, berkhasiat dan mampu milik di pasaran melalui pelbagai jenama barangan penggunanya seperti SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 dan BRIGHT COW. Sebagai salah satu pemain makanan utama di Malaysia, FGV berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam agenda keselamatan makanan negara dengan menyediakan produk makanan berkualiti tinggi dan berkhasiat pada harga berpatutan kepada semua rakyat Malaysia, dan dalam mencapai visi kami bagi menyediakan makanan dan produk pertanian lestari kepada dunia.

 

100 Warga FGV mewakili Kontinjen Perbarisan Kumpulan FGV di Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya.

Untuk tontonan eksklusif video korporat FGV yang baharu, layari laman media sosial FGV Holdings iaitu Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube, serta laman sesawang kami di www.fgvholdings.com. Selain itu, sertai kami dalam meraikan wira kulinari dengan menonton video “Perajurit Dapur” di Facebook dan Instagram SAJI Malaysia.

TAMAT

Find