24 July 2020

KUALA LUMPUR (24 July 2020): FGV Holdings Berhad (FGV) will partner with more SME distributors in an effort to expand its animal feed and animal nutrition business, and to penetrate the nationwide market more effectively.

This week FGV through its subsidiary FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd signed a distributor partnership agreement with My Agro Hub Resources (My Agro Hub) to market an estimated of 30 MT of formulated animal feed every month, for dairy cattle, beef cattle and goat farmers in Negeri Sembilan and Melaka.

FGV Group Chief Executive Officer Dato’ Haris Fadzilah Hassan says, “Under the Integrated Farming sector, animal nutrition and protein has been identified as a growingly important revenue stream for the Group. With abundance of raw materials coming from our palm oil plantations and mills, we can produce up to 400,000 MT of highly nutritious animal feed every year. Internal sourcing of palm kernel expeller as one of the ingredient for our animal feed is very important to ensure these feeds are manufactured with high standards to safeguard the quality and health of the livestock”.

“Internal sourcing of the ingredient is also very important for traceability, which is a key feature of our products. We know the source of the animal feeds,” added Haris Fadzilah.

As an appointed distributor of FGV animal feed products, My Agro Hub will enjoy all the benefits and tools provided by FGV. My Agro Hub will also be among the first few farms to test FGV’s soon-to-be launched formulated goat feed. Both parties are targeting local farmers as well as feed shops and retailers in Negeri Sembilan and Melaka. My Agro Hub is already supplying Halal feed for the local farmers in the two states.

Earlier this year, FGV signed agreements with six distributors in the states of Pahang, Kelantan, Selangor and Kedah. FGV plans to double the number of distributors by the end of the year and to include distributors for the other states in Peninsular Malaysia. To increase market reach to our farmers for our quality animal feed and animal nutrition, FGV would encourage more potential SME for each district to register with FGV as an appointed distributor.

With the encouraging growth in distributor partnerships, FGV is confident that the 50,000 MT of sales volume target set this year can be achieved. 

End

 

KUALA LUMPUR (24 Julai 2020): FGV Holdings Berhad (FGV) akan bekerjasama dengan lebih banyak pengedar PKS dalam usaha mengembangkan perniagaan makanan dan nutrisi haiwan, dan bagi menembusi pasaran di seluruh negara dengan lebih berkesan.

Minggu ini FGV melalui anak syarikatnya FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian perkongsian pengedaran dengan My Agro Hub Resources (My Agro Hub) untuk memasarkan anggaran 30 MT setiap bulan, makanan haiwan yang diformulasikan kepada petani lembu tenusu, lembu daging dan kambing di Negeri Sembilan dan Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Dato Haris Fadzilah Hassan berkata,“ Di bawah sektor Pertanian Bersepadu, makanan dan protein haiwan telah dikenal pasti sebagai aliran pendapatan yang semakin penting bagi Kumpulan. Dengan lebihan bahan mentah yang berasal dari ladang dan kilang kelapa sawit kami, kami dapat menghasilkan sehingga 400,000 MT makanan haiwan berkhasiat setiap tahun. Sumber dedak isirung sawit yang diperolehi secara dalaman sebagai salah satu ramuan makanan haiwan sangat penting untuk memastikan makanan ini dihasilkan dengan standard yang tinggi demi menjaga kualiti dan kesihatan ternakan. ”

“Sumber bahan dalaman juga sangat penting untuk pengesanan, yang merupakan ciri utama produk keluaran kami. Kami tahu sumber bahan-bahan bagi penghasilan makanan haiwan tersebut, ” tambah Haris Fadzilah.

Sebagai pengedar produk makanan haiwan FGV yang dilantik, My Agro Hub akan menikmati semua faedah dan kaedah yang disediakan oleh FGV. My Agro Hub juga akan menjadi antara beberapa ladang pertama yang menguji makanan kambing formulasi FGV yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kedua-dua pihak mensasarkan petani tempatan serta kedai makanan haiwan dan peruncit di Negeri Sembilan dan Melaka. My Agro Hub juga adalah pembekal makanan haiwan Halal untuk petani tempatan di dua negeri tersebut.

Pada awal tahun ini, FGV menandatangani perjanjian dengan enam pengedar di negeri Pahang, Kelantan, Selangor dan Kedah. FGV merancang untuk menggandakan jumlah pengedar pada akhir tahun termasuk pengedar untuk negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Untuk meningkatkan jangkauan pasaran para petani kepada makanan haiwan dan nutrisi haiwan yang berkualiti, FGV akan mendorong PKS yang berpotensi untuk setiap daerah agar mendaftar dengan FGV sebagai pengedar yang dilantik.

Dengan pertumbuhan yang menggalakkan dalam perkongsian pengedar, FGV yakin bahawa sasaran sebanyak 50,000 MT untuk jumlah jualan pada tahun ini dapat dicapai.

Find