KUALA LUMPUR, 24 June 2015

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) baru-baru ini menerusi Bahagian Sumber Manusia telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara atas sumbangan besar dalam pembangunan modal insan.

Anugerah yang diterima adalah Anugerah Organisasi 2015 dari HRD Asia dan Anugerah Tiga Majikan Terbaik (Sektor Pertanian) dari GRADUAN ASPIRE.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Mohd Emir Mavani melihat pekerja adalah asas penting dalam menyumbang kepada kejayaan Kumpulan.

“Pengiktiragan-pengiktirafan ini menunjukkan keyakinan tinggi pihak luar terhadap FGV dan sebagai majikan kami memang terus berusaha untuk menjadi pilihan utama pekerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia FGV, Mohd Najid Md Yahya. berkata, Kumpulan merancang untuk mencipta nilai daripada pada modal insan menerusi transformasi pekerja kepada budaya berprestasi tinggi.

“Kami secara konsisten membantu, membangun dan mengukuhkan modal insan dengan memastikan pekerja kami memliki daya saing, kualiti, dinamik dan semangat untuk mencapai misi Kumpulan,” tambah beliau.

Penganjuran Asia HRD Awards yang berlangsung di Dubai bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan organisasi-organisasi di dunia dalam pembangunan tenaga kerja dengan memperkenalkan sistem dan proses yang inovatif sekali gus memberi impak kepada produktiviti pekerja secara menyeluruh.

FGV telah melaksanakan program pembangunan tenaga kerja yang cemerlang dengan memberi sokongan dan kekuatan kepada ramai golongan professional. Anugerah HRD Asia melilhat usaha murni ini dijangka menjadi contoh kepada organisasi lain.

Anugerah Organisasi 2015 telah disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Jawatankuasa Pembangunan, UAE, Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan.

Bagi Anugerah Tiga Majikan Terbaik (Sektor Pertanian) pula pemenang anugerah berkenaan dibuat melalui hasil kaji selidik Pameran Inspirasi Kerjaya Graduan dan Lepasan Graduan 2014 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Seramai 21,552 responden terdiri daripada graduan dan profesional muda telah memilih organisasi yang menjadi pilihan utama mereka sepanjang pameran berlangsung.

Anugerah ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran dan disokong oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp).

Secara keseluruhan tahun ini, FGV telah menerima tiga anugerah seumpama ini termasuk Anugerah 50 Jenama Majikan Antarabangsa Terbaik yang diraih pada awal tahun ini di Mumbai.

Find