23 June 2020

From left: Mohd Yusof Abdullah – Head of Zon 3, FGVPI hands over the contributions to ACP Nasri Mansor witnessed by Md Yahaya Judin – Regional Controller, FGVPM Sabah Zone and Tuan Haji Azhar Deris – FGVPM Operation General Manager.

Lahad Datu, 23 Jun 2020  FGV Holdings Berhad (FGV), through its subsidiaries FGV Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (FGVPM) and FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPI), has come forward to assist frontliners in Sabah to curb the spread of the COVID-19 pandemic by distributing financial aid to several government agencies and the local community.

The priority of the contribution is for the purchase of personal protective equipment (PPE) for frontliners at Lahad Datu Hospital and the Lahad Datu Health Department. government agencies in Lahad Datu including the District Police Station, The Malaysia Civil Defence Force and the District Council.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Group Chief Executive Officer FGV said, “Even though FGV’s operations in Wilayah Sahabat were slightly affected following the Movement Control Order (MCO), contributions were still being made to assist our frontliners in the spirit of corporate social responsibility”

“In a challenging situation, we all have to work together and play a role in preventing the COVID-19 outbreak. This contribution is to show FGV Group’s appreciation and gratitude for the frontliners’ dedication and hard work in carrying out their work,” he said.

Apart from government agencies in Lahad Datu, several municipalities, district councils, police stations and selected mosques also received financial assistance for the purchase of PPE. These include Tawau Municipal Council, Kalabakan District Council, Kinabatangan District Council, Beluran District Council, Tongod District Council, Telupid District Council and Tungku Sub-District Office.

Frontliners at several police stations in Kalabakan, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Telupid, Tawau, Tambisan, Desa Kencana, Cenderawasih dan Tungku also received the contribution.

Several mosques in Tambisan, Bandar Sahabat, Labian, Nipah River and Tegupi Laut are also listed as beneficiaries.

The Group also provided aid to 1,647 FELDA settlers in Felda Umas 01, Umas 02, Umas 03, Umas 04, Sahabat 01, Sahabat 02, Sahabat 03, Sahabat 04 and Sahabat 05.

FGV also provided daily basic supplies to 9,975 of its plantation and mill workers in Sabah covering the Sahabat, Kalabakan and Umas regions throughout the MCO period.

FGV remains committed to adhering to all standard operating procedures and guidelines in all of its estates and mills and continues to working closely with all stakeholders, especially the State health department to ensure that the risks to the safety and health of all employees are minimised. 

End

Dari kiri Mohd Yusof Abdullah – Ketua Zon 3, FGVPI menyerahkan sumbangan kepada ACP Nasri Mansor disaksikan oleh Md Yahaya Judin – Regional Controller, Zon Sabah FGVPM dan Tuan Haji Azhar Deris – Pengurus Besar Operasi, FGVPM.

Lahad Datu, 23 Jun 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya FGV Plantations (Malaysia) Sdn Bhd tampil membantu menangani penularan pandemik Covid-19 di Negeri Sabah. FGV telah menyalurkan sumbangan berupa bantuan kewangan kepada beberapa agensi kerajaan serta masyarakat setempat.

Keutamaan sumbangan adalah untuk pembelian peralatan perlindungan diri (PPE) bagi petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia di Hospital Lahad Datu dan Jabatan Kesihatan Lahad Datu. Agensi-agensi kerajaan di Lahad Datu yang terlibat di barisan hadapan seperti Balai Polis Daerah, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Daerah turut menerima sumbangan tersebut.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Walaupun operasi FGV di Wilayah Sahabat sedikit terjejas susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sumbangan tetap diberikan untuk membantu petugas barisan hadapan atas semangat tanggung jawab sosial korporat”. 

“Dalam situasi mencabar, kita semua perlu berganding bahu dan memainkan peranan untuk sama-sama menangani wabak Covid-19. Sumbangan ini adalah tanda terima kasih dan penghargaan daripada Kumpulan FGV atas dedikasi dan usaha gigih petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugas,“ ujar beliau lagi.

Selain daripada agensi-agensi kerajaan di Lahad Datu, turut menerima bantuan kewangan untuk pembelian PPE adalah beberapa majlis perbandaran, majlis daerah, balai polis dan masjid terpilih. Antaranya Majlis Perbandaran Tawau, Majlis Daerah Kalabakan, Majlis Daerah Kinabatangan, Majlis Daerah Beluran, Majlis Daerah Tongod, Majlis Daerah Telupid dan Pejabat Daerah Kecil Tungku.

Petugas barisan hadapan di beberapa balai polis iaitu di Kalabakan, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Telupid, Tawau, Tambisan, Desa Kencana, Cenderawasih dan Tungku turut diberi perhatian.

Beberapa buah masjid di Tambisan, Bandar Sahabat, Labian, Sungai Nipah dan Tegupi Laut juga tersenarai sebagai penerima bantuan.

Tidak dilupakan seramai 1,647 peneroka FELDA di Felda Umas 01, Umas 02, Umas 03, Umas 04, Sahabat 01, Sahabat 02, Sahabat 03, Sahabat 04 dan Sahabat 05 yang menerima sebahagian daripada sumbangan kewangan tersebut.

Pihak FGV turut menyalurkan bantuan berupa barangan asas harian kepada 9,975 petugas serta pekerja ladang dan kilang FGV di Sabah meliputi Wilayah-wilayah Sahabat, Kalabakan dan Umas di sepanjang tempoh PKP.

FGV memberikan komitmen penuh menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk mencegah wabak ini dengan mengamalkan SOP yang ketat di semua ladang dan kilang. Langkah ini diambil untuk memastikan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan semua petugas dan pekerja berada pada tahap minima.

END

 

Find