27 July 2021

KUALA LUMPUR, 27 JULY 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV), through its subsidiary and tech arm, FGV Prodata Systems Sdn Bhd (FGV Prodata), has been offered an extension to expedite installation works and support systems for Tenaga Nasional Berhad’s (TNB) phase two of the Advanced Meter Infrastructure (AMI) project for Smart Meter, until March 2022.

FGV Prodata was appointed as one of the vendors to supply and install AMI phase two’s infrastructure worth RM6.5 million. Under this phase, there are about 1600 sites to be completed and installed with AMI equipment including gateway, extender bridge, nan collector and repeater, by all vendors in Kuala Lumpur and several areas in Selangor. To date, FGV Prodata has successfully installed the equipment at more than 166 sites.

FGV Prodata is responsible for the installation of pole infrastructures which are 15 to 30 metres high, for radio-frequency access at each sub-station location identified by TNB. The installation includes site preparation, site build, equipment installation and cabling, as well as commissioning and testing.

Azman Ahmad, FGV’s Officer-In-Charge and Group Divisional Director of Logistics and Support Businesses Sector said, that the contract extension with TNB signifies customer’s confidence in FGV’s services and digital abilities in managing large scale national projects.

“FGV’s continued participation in TNB’s AMI project reflects our commitment in supporting the national agenda for digitalisation. We believe that this project is an integral enabler of a much-needed modern power grid infrastructure that can deliver a more energy-efficient future.”

“The Smart Meter is a new opportunity for FGV to expand the scope of our digital and smart telecommunications business. As the specialist in information and communication technology (ICT) solutions and end-to-end component consolidation, FGV aims to continuously empower TNB’s consumers with enhanced access to their energy usage data through new technologies and facilities. This will ultimately lead to better management of electricity bills,” explained Azman Ahmad.

Commissioning progress on TNB’s AMI equipment at Main Intake Substation (MIS) Shah Alam South

The Smart Meter is a device that records daily electricity usage and communicates this information automatically to TNB via radio-frequency waves for precise billing. The system provides real-time energy consumption information, auto-billing and immediate supply connection.

Moving forward, FGV will continue to offer new applications through Industry Revolution 4.0 which includes Big Data Analytics, Cloud Computing, and Internet of Things (IoT) services to meet the technological needs of users.

 

END

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2021  – FGV Holdings Berhad (FGV), menerusi anak syarikat dan cabang teknologinya, FGV Prodata Systems Sdn Bhd (FGV Prodata) telah ditawarkan lanjutan kontrak bagi mempercepat kerja-kerja pemasangan serta sistem sokongan projek Infrastruktur Permeteran Maju (AMI) Fasa Kedua meter pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga Mac 2022.

FGV Prodata dilantik sebagai salah satu vendor bagi membekal dan memasang infrastruktur AMI Fasa Kedua bernilai RM6.5 juta. Di bawah fasa ini, terdapat kira-kira 1600 tapak yang dilengkapi dengan peralatan AMI merangkumi gateway, extender bridge, nan collector dan repeater bakal disiapkan oleh vendor yang terbabit di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor. Sehingga kini, FGV Prodata telah berjaya memasang peralatan berkenaan di lebih 166 tapak.

FGV Prodata bertanggungjawab memasang infrastruktur tiang berukuran 15 hingga 30 meter bagi membolehkan capaian kepada frekuensi radio di setiap lokasi pencawang yang ditetapkan oleh TNB. Kerja-kerja pemasangan ini meliputi persiapan tapak, pembinaan tapak, pemasangan peralatan dan kabel di samping pengujian dan pengoperasian.

Azman Ahmad, Pegawai Bertanggungjawab (Officer-In-Charge) dan Pengarah Bahagian Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan Kumpulan FGV berkata, lanjutan kontrak TNB ini menandakan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan dan keupayaan digital FGV dalam menguruskan projek berskala besar negara.

“Penyertaan berterusan FGV dalam projek AMI TNB ini mencerminkan komitmen kami dalam menyokong agenda digitalisasi negara. Kami yakin projek ini akan menjadi nadi penting dalam infrastruktur grid kuasa yang mampu meningkatkan kecekapan tenaga di masa hadapan.”

“Meter pintar merupakan peluang baharu FGV dalam mengembangkan skop perniagaan digital dan komunikasi pintar kami. Menerusi kepakaran yang dimiliki dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penyatuan komponen hujung-ke-hujung, FGV menyasar untuk terus memperkasa pelanggan TNB dengan meningkatkan capaian mereka terhadap data penggunaan tenaga menerusi kemudahan dan teknologi baharu. Ini membolehkan pengurusan bil elektrik dilakukan dengan lebih baik lagi,” jelas Azman Ahmad.

Pengoperasian peralatan AMI TNB di Pencawang Masuk Utama (PMU), Shah Alam Selatan

Meter pintar ialah peranti yang merekodkan penggunaan elektrik harian dengan menyampaikan maklumat tersebut secara automatik kepada TNB menerusi frekuensi gelombang radio untuk ketepatan bil. Sistem ini turut menyediakan maklumat penggunaan tenaga pada masa sebenar, pengebilan secara automatik dan penyambungan bekalan elektrik serta merta.

Menuju ke hadapan, FGV akan terus menawarkan aplikasi baharu menerusi Revolusi Industri 4.0 yang merangkumi perkhidmatan Analisis Data Besar, Pengkomputeran Awan, dan Internet Kebendaan (IoT) bagi memenuhi keperluan teknologi pengguna di masa akan datang. 

 

Tamat

 

Find