21 February 2023

DUBAI, 21 February – FGV Holdings Berhad (FGV) is expanding its presence in the thriving Middle East and North Africa (MENA) market by launching the latest addition to its fast-moving consumer goods, ADELA Margarine.

The product was unveiled at Gulfood 2023, the world’s largest food exhibition held at the Dubai World Trade Centre from 20 to 24 February and it was officially launched by the H.E. Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Ambassador of Malaysia to the United Arab Emirates. Also present, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Secretary General of Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (MEDAC), Mohd Fadly Amri Aliaman, Consul General of Malaysia in Dubai, Management & Representatives of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) and Senior Management of FGV.

From Left: Shammim Azad Kamruzaman, CEO of Delima Oil Products Sdn. Bhd., Mohd Fadly Amri Aliaman, Consul General of Malaysia in Dubai, H.E. Dato’ Sri Ahmad Fadil Shamsuddin, Ambassador of Malaysia to the United Arab Emirates, Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Secretary General of Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (MEDAC), Dato’ Wira Dr. Aria Putera Ismail, Group President/CEO of SME Bank, Zulkifli Othman, Head of Downstream of FGV and Abu Bakar Yusof, Deputy CEO, Exporters Development of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

“As Malaysia’s premier food and agribusiness company, we are again honoured to take part in Gulfood 2023 in a much bigger scale.  We are proud to unveil our latest ADELA margarine and presenting other high-quality food products at the global stage. We look forward to building relationships with new global partners and customers especially in the MENA market to allow us to further promote and market our new products in the region,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

FGV showcases its diverse product line, which includes cooking oils, creamer, coconut milk, and Ladang’57 products at Gulfood 2023.

According to the Future Market Insights report, the global margarine market reached a value of US$33 billion in 2022, and the market is expected to reach US$53.7 billion by 2032, with a CAGR of 4.9%. ADELA margarine is a multi-purpose margarine made from the finest palm oils and enriched with 9 vitamins, including Omega 3, 6, and 9, and contains zero cholesterol. It has a superior taste and is versatile in its usage, making it an ideal choice for baking cakes, pastries, and biscuits, as well as a perfect bread spread. The margarine comes in convenient and hygienic packaging, available in four different sizes: 240gm, 480gm, 1kg, and 2.5kg tubs.

“MENA is one of the strongest regions for FGV, which operates in more than 10 countries across Asia, the Middle East, North America, and Europe. Currently, FGV’s export products are sold in packed size to international traders and direct buyers. The MENA margarine market is poised for growth, with huge opportunities in hypermarkets, convenience stores, and e-retail markets. The newly launched ADELA Margarine is positioned to leverage the strength and presence of other FGV products in the region,” said Zulkifli Othman, Head of Downstream of FGV.

FGV also displays a variety of high-quality products including cooking oil, shortening, vegetable ghee and margarine under the SAJI, ADELA & SERI PELANGI brands as well as fresh produce products under its Ladang’57 brand. FGV’s participation in Gulfood 2023 is a testament to its commitment to establishing a solid presence in the global food market in line with its vision to delivering sustainable foods and agriproducts to the world. 

The MENA market is a large and diverse region with a rapidly growing population and a rapidly expanding economy, an attraction for businesses looking to expand their customer base. The demand for Malaysian F&B products in the MENA region has been growing its popularity. In 2022, Malaysia’s exports of processed food recorded a double-digit growth of 15.5% to reach RM28.40 billion from RM24.60 billion last year. Exports to the Gulf Cooperation Council (GCC) region also increased significantly by 23.1% to RM1.71 billion as compared to 2021 which recorded RM1.39 billion.

ENDS

DUBAI, 21 Februari – FGV Holdings Berhad (FGV) meluaskan kehadirannya di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) dengan pelancaran produk Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG), marjerin ADELA.

Majlis pelancaran produk diadakan di Gulfood 2023, pameran makanan terbesar dunia yang berlangsung dari 20 sehingga 24 Februari di Pusat Dagangan Dunia Dubai. Pelancaran disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Sri Ahmad Fadil Shamsuddin, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu. Turut hadir, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Mohd Fadly Amri Aliaman, Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Pengurusan dan wakil Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Pengurusan Kanan FGV.

Dari Kiri: Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn. Bhd., Mohd Fadly Amri Aliaman, Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Tuan Yang Terutama Dato’ Sri Ahmad Fadil Shamsuddin, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu, Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Wira Dr. Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Zulkifli Othman, Ketua Bahagian Hiliran FGV dan Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

“Sebagai sebuah syarikat makanan dan perniagaan agri terunggul di Malaysia, kami amat berbesar hati dapat menyertai Gulfood 2023 dalam skala yang lebih besar. Kami mengambil peluang ini untuk turut memperkenalkan marjerin ADELA dan mempamerkan produk makanan berkualiti tinggi yang lain di persada antarabangsa. Kami mahu memperkukuhkan hubungan dengan rakan kongsi dan pelanggan global baharu terutamanya di rantau MENA untuk membolehkan kami terus mempromosi dan memasarkan produk baharu kami di rantau ini,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

FGV mempamerkan pelbagai rangkaian produknya termasuk minyak masak, krimer, santan dan produk Ladang’57 di Gulfood 2023.

Menurut laporan Future Market Insights, pasaran marjerin global mencapai nilai AS$33 bilion pada 2022, dan pasaran dijangka mencecah AS$53.7 bilion menjelang 2032, dengan CAGR sebanyak 4.9%. Marjerin ADELA adalah marjerin serbaguna yang diperbuat daripada minyak sawit terbaik dan diperkaya dengan 9 vitamin, termasuk Omega 3, 6 dan 9 serta tanpa kolestrol. Marjerin ini mempunyai rasa tersendiri dengan pelbagai kegunaan, menjadikannya pilihan ideal untuk membakar kek, pastri dan biskut serta sesuai dijadikan sapuan roti. Produk ini didatangkan dalam pembungkusan bersih dan mudah guna dengan empat saiz berbeza: tab 240gm, 480gm, 1kg dan 2.5kg.

“MENA merupakan salah satu rantau terkuat FGV yang turut beroperasi di lebih 10 negara termasuk Asia, Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah. Ketika ini, produk untuk pasaran eksport FGV dipek dan dijual kepada pedagang dan pembeli antarabangsa. Pertumbuhan pasaran marjerin di MENA dijangka lebih kukuh dengan percambahan peluang pemasaran di pasaraya besar, kedai serbaneka dan e-peruncitan. Pelancaran Marjerin ADELA ini sekaligus akan memperkukuhkan kedudukan produk FGV yang lain di rantau ini,” kata Zulkifli Othman, Ketua Bahagian Hiliran FGV.

FGV turut mempamerkan pelbagai produk berkualiti tinggi termasuk minyak masak, lelemak sayuran, ghee sayuran dan marjerin di bawah jenama SAJI, ADELA & SERI PELANGI serta produk keluaran segar di bawah jenama Ladang’57. Penyertaan FGV dalam Gulfood 2023 adalah bukti komitmennya untuk memperkukuhkan kehadiran syarikat dalam pasaran makanan global sejajar dengan visinya untuk menjadi pengeluar makanan dan produk agri yang lestari.

Saiz pasaran MENA yang besar dan berpelbagai, selari dengan percambahan populasi dan ekonomi yang pesat manjadikan rantau ini tarikan bagi perniagaan yang mahu mengembangkan pangkalan pelanggan mereka. Permintaan untuk produk makanan dan minuman keluaran Malaysia di rantau MENA juga mencatatkan pertambahan. Pada tahun 2022, eksport makanan diproses Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 15.5% kepada RM28.40 bilion daripada RM24.60 bilion tahun lalu. Eksport ke rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC) turut meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 23.1% kepada RM1.71 bilion berbanding 2021 yang mencatatkan RM1.39 bilion.

TAMAT

Find