5 March 2021

Kuala Lumpur, 5 March 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) will be organising the first meeting of its newly established Committee on Gender Equality and Women Empowerment  this month, in conjunction with International Women’s Day 2021. This clearly demonstrates FGV’s seriousness in advancing the gender equality and women empowerment agenda for all women under FGV’s duty of care, comprising employees at all levels including migrant workers and relevant community members.

Gender equality

FGV is committed to integrating a gender perspective to fulfil the Group’s responsibility in respecting human rights.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, FGV’s Group Chief Executive Officer said that FGV is committed to integrating a gender perspective to fulfil the Group’s responsibility in respecting human rights.

“This Committee is established to assist the Group in promoting full respect and support for the rights of women in the workplace on the basis of equality and non-discrimination. By creating an enabling environment for women to have equal access to all opportunities, we will be able to adopt a gender-responsive and gender-mainstreaming approach throughout our operations,” said Haris Fadzilah.

While FGV complies with the recommended target of 30 percent female representation at Board level, the Committee also aims to devise strategies to increase women representation in leadership positions in the company. Currently, 31 percent of women occupy positions in FGV’s Group Management Committee.

The Committee will be guided by international human rights standards and principles, including the Universal Declaration of Human Rights (UDHR), the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW), the Convention on the Rights of the Child (CRC), the Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD), the Sustainable Development Goals (SDGs), the United Nations Guiding Principles on Business and Human Rights (UNGPs), the Gender Guidance for the UNGPs, as well as the relevant International Labour Organisation’s (ILO) conventions, among others.

FGV is advancing gender equality and women empowerment for employees of all levels, including migrant workers and relevant community members.

The Committee strives to promote the education, training and professional development of women employees and shall ensure that all internal capacity-building programmes are gender-sensitive. It is also a platform to implement enterprise development, introduce supply chain and marketing practices that will empower women, and encourage business units to promote equality through community initiatives and advocacy.

The roles and responsibilities of the Committee include overseeing an independent assessment of the situation of gender equality in FGV, establishing a competent mechanism to remedy any discriminatory practices and policies, and addressing systemic issues and trends relating to gender equality and women empowerment. These are highlighted in the Committee’s Terms of Reference (TOR), which also set out the purpose, principles and membership of the Committee. The TOR were developed in consultation with various stakeholders including women’s rights organisations and relevant agencies. FGV thanks them for their input and suggestions, which added much value to the TOR.

Siti Norbaya Mohammad Sarif, FGV’s Chief Human Resources Officer shall act as the Chairperson of the Committee, and the members will consist of all relevant Heads of Divisions of FGV. Women who hold leadership positions will become permanent invitees to Committee meetings, where FGV’s Group Chief Executive Officer will serve as an advisor.

Among the agenda items that will be discussed during the first meeting of the Committee include the formulation of FGV’s Gender Equality Policy and the Committee’s action plan.

END

Kuala Lumpur, 5 Mac 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) akan menganjurkan mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita yang baharu ditubuhkan bulan ini, bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2021. Ini jelas menunjukkan kesungguhan FGV dalam memajukan agenda kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita untuk semua wanita di bawah tanggungjawab FGV, yang terdiri daripada pekerja di semua peringkat termasuk pekerja migran dan anggota masyarakat yang berkaitan.

Gender equality

FGV komited untuk mengintegrasikan perspektif gender bagi memenuhi tanggungjawab Kumpulan dalam menghormati hak asasi manusia.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata FGV komited untuk mengintegrasikan perspektif gender bagi memenuhi tanggungjawab Kumpulan dalam menghormati hak asasi manusia.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membantu Kumpulan dalam mempromosikan penghormatan dan sokongan penuh terhadap hak-hak wanita di tempat kerja berdasarkan kesaksamaan dan tanpa diskriminasi. Dengan mewujudkan persekitaran yang membolehkan wanita mendapat akses yang sama bagi semua peluang, kami akan dapat menerapkan pendekatan responsif gender dan gender-mainstreaming dalam operasi kami,” kata Haris Fadzilah.

Walaupun FGV telah memenuhi sasaran yang disyorkan iaitu 30 peratus wakil wanita di peringkat Lembaga, Jawantankuasa juga menyasarkan untuk merancang strategi bagi meningkatkan jumlah wanita menerajui jawatan kepimpinan di dalam syarikat. Pada masa ini, 31 peratus wanita menduduki jawatan dalam Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan FGV.

Jawatankuasa ini akan berpandukan standard dan prinsip hak asasi manusia antarabangsa, termasuk Deklarasi Universal mengenai Hak Asasi Manusia (UDHR), Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC), Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD), Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), Panduan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGPs), Panduan Gender untuk UNGP, serta konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang berkaitan.   

FGV memajukan kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita bagi pekerja di semua peringkat, termasuk pekerja migran dan anggota masyarakat yang berkaitan.

Jawatankuasa berusaha untuk mempromosikan pendidikan, latihan dan pembangunan profesional petugas wanita dan memastikan bahawa semua program pembangunan keupayaan dalaman peka gender. Ini juga merupakan platform untuk melaksanakan pembangunan perusahaan, memperkenalkan rantai bekalan dan amalan pemasaran yang akan memperkasakan wanita, dan mengalakkan unit perniagaan untuk mempromosikan kesaksamaan melalui inisiatif dan perakuan masyarakat.

Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa termasuk mengawasi penilaian bebas mengenai situasi kesaksamaan gender di FGV, mewujudkan mekanisme yang kompeten untuk memperbaiki segala amalan dan polisi yang mendiskriminasi, dan menangani masalah dan trend sistemik yang berkaitan dengan kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita. Ini dinyatakan di dalam Bidang Rujukan Jawatankuasa (TOR), yang juga menetapkan tujuan, prinsip dan keanggotaan Jawatankuasa. TOR dibangunkan melalui konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk organisasi hak wanita dan agensi yang berkaitan. FGV merakamkan ucapan terima kasih atas input dan cadangan mereka, yang menambah nilai pada TOR.

Siti Norbaya Mohammad Sarif, Ketua Pegawai Sumber Manusia FGV akan bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa, dan anggotanya terdiri daripada semua Ketua Bahagian FGV yang berkaitan. Wanita yang memegang jawatan kepimpinan akan menjadi jemputan tetap ke mesyuarat Jawatankuasa, di mana Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV akan berkhidmat selaku penasihat.

Antara agenda yang akan dibincangkan semasa mesyuarat pertama Jawatankuasa ini merangkumi penggubalan Polisi Kesaksamaan Gender FGV dan pelan tindakan Jawatankuasa.

TAMAT

Find