20 December 2022

KUALA LUMPUR, 20 December  – FGV Holdings Berhad (FGV) is contributing RM5 million to Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) to assist victims of the floods which have been occurring in some parts of the country. The fund is under the supervision of National Disaster Management Agency (NADMA) under the Prime Minister’s Office.

The donation was handed over by Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV to Datuk Armizan Mohd Ali, Minister in the Prime Minister’s Department (Sabah, Sarawak Affairs & Special Functions) witnessed by Encik Mohd Khairi Abd Ghani, Director, Logistic Section of NADMA.

Dato’ Dzulkifli said, “Our donation to NADMA is part of our relentless commitment to provide immediate supports when the communities need it most. The monsoon season now is in full swing and natural disasters especially floods could potentially happen. As a caring corporate citizen, we hope our contribution would help ease the burden of flood victims to rebuild their lives accordingly.”

FGV has been supporting disaster relief efforts on the local fronts in the past years. These include providing aid during and post-disaster in the form of cash or food donation through the FGV Food Relief Bag (FGV FReB) which contains FGV’s food products with the aim to provide temporary relief to the victims.

From left: Encik Mohd Khairi Abd Ghani, Director, Logistic Section of NADMA, Datuk Armizan Mohd Ali, Minister in the Prime Minister’s Department (Sabah, Sarawak Affairs & Special Functions) and Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV. 

ENDS

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR, 20 Disember  – FGV Holdings Berhad (FGV) menyumbangkan RM5 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (TTBN) untuk membantu mangsa banjir terutamanya di beberapa lokasi yang telah dilanda banjir. Tabung ini diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bantuan sumbangan itu diserahkan oleh Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV kepada Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas –tugas Khas) disaksikan oleh Encik Mohd Khairi Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA.

Dato’ Dzulkifli berkata, “Sumbangan FGV kepada NADMA adalah sebahagian daripada komitmen FGV untuk memberikan bantuan sementara kepada masyarakat ketika mereka betul-betul memerlukannya. Kini kita sekali lagi dilanda musim tengkujuh dan bencana alam terutamanya banjir boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebagai warga korporat yang prihatin, kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan mereka.”

Sejak beberapa tahun lalu, FGV telah melaksanakan inisiatif membantu rakyat Malaysia dengan memberikan bantuan ketika bencana banjir. Ini termasuk pemberian bantuan semasa dan pasca bencana dalam bentuk wang tunai atau sumbangan makanan melalui FGV Food Relief Bag (FGV FReB) yang mengandungi produk makanan FGV dengan tujuan untuk memberi bantuan sementara kepada mangsa banjir.

Dari kiri: Encik Mohd Khairi Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas –tugas Khas) dan Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV. 

TAMAT

Find