16 December 2022

KUALA LUMPUR, 16 December – FGV Holdings Berhad (FGV) continues to make headlines by winning multiple coveted environment, social and governance (ESG) awards recently that include ASEAN Asset Class – Malaysia in the 2021 ASEAN Corporate Governance Scorecard (ACGS) at the ASEAN Capital Markets Forum (ACMF), the 2022 Malaysia Sustainable Palm Oil Developments Market Leadership Award at the Frost & Sullivan Best Practices Awards and the Corporate Excellence in the Commodities Sector for Sustainable Value Chain Award 2022 at the International Business Review ASEAN Awards (IBR ASEAN Awards).

The Minority Shareholders Watch Group (MSWG) announced FGV as one of the 54 Malaysian public listed companies (PLCs) that is recognized as the recipient of the ACGS, making FGV as one of the 234 companies who scored at least 97.5 points in the 2021 ACGS among the six countries of ASEAN namely Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, and Vietnam). The assessment is based on publicly available information and benchmarked against international best practices of corporate governance. FGV ranking also moved up from 70th to 51st place in the MSWG Scorecard 2021.

 

The ACGS award demonstrated FGV’s commitments to implement ethical business practices in its operations to further improve reputation and foster trust among its stakeholders in line with its vision to be the leading and sustainable global food and agribusiness company. This includes its continuous efforts in promoting integrity and strongest adherence to code of conducts in combating all forms of corruption and abuse of power.

Frost & Sullivan Best Practices Awards recognised leading companies that have accomplished innovative or disruptive breakthroughs while continually demonstrating tremendous achievements in their respective industries. Through a rigorous analytical evaluation process involving multiple nominees, Frost & Sullivan acknowledges FGV’s solid initiatives and best practices in ensuring compliance with responsible sourcing & productions, human rights, labor standards, child protection, gender equality, circular economy and biodiversity and wildlife management as enshrined in the pillars of FGV’s sustainability framework.

Meanwhile, the IBR ASEAN Awards 2022 recognised organizations and leaders who have demonstrated corporate excellence in their performance within the ASEAN region. FGV is picked as the recipient of the Corporate Excellence in the Commodities Sector for Sustainable Value Chain Award 2022 based on its exemplary sustainability initiatives by the panel of adjudicators.

These prestigious awards acknowledge FGV’s continuous efforts in making ESG a top priority within FGV’s business operations and activities, as well as in ensuring its business is aligned with global sustainability initiatives as outlined by the 17 United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive of FGV said, “This is a huge encouragement for all of us in FGV to continue our efforts towards executing our ESG initiatives alongside our stakeholders and business partners. We would like to thank all award organisers and the panel of adjudicators for recognising FGV’s efforts.

“As Malaysia’s largest palm oil products and sugar producer, we are subjected to increasingly stringent global sustainability standards. We are facing the challenges head on, and we aspire to change the narrative for Malaysian palm oil industry through our Group Sustainability Framework, which encompasses promoting economic growth, respecting human rights, and protecting the environment. In FGV, we believe that sustainability comes first, profit and growth will follow,” he added.

ENDS

 

 

KUALA LUMPUR, 16 Disember – FGV Holdings Berhad (FGV) terus menempa nama dengan merangkul beberapa anugerah Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang dipandang tinggi pemain industri iaitu Kelas Aset ASEAN – Malaysia pada Anugerah Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN (ACGS) 2021 di Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF), diikuti Anugerah Kepimpinan Pembangunan Minyak Sawit Lestari Malaysia 2022 di Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan dan Anugerah Kecemerlangan Korporat Sektor Komoditi bagi Rantaian Nilai Lestari 2022 di Anugerah International Business Review (IBR) ASEAN, baru-baru ini.

Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) mengumumkan FGV sebagai salah satu daripada 54 syarikat senaraian awam (PLC) Malaysia dan merupakan antara 234 syarikat yang memperoleh sekurang-kurangnya 97.5 mata di ACGS 2021. Anugerah ini membabitkan enam negara ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam. Penilaian adalah berdasarkan maklumat yang tersedia secara umum dan memenuhi piawaian tadbir urus korporat antarabangsa. Kedudukan FGV juga meningkat daripada tempat ke-70 kepada tempat ke-51 dalam Kad Skor MSWG 2021.

Anugerah ACGS membuktikan komitmen FGV dalam melaksanakan amalan perniagaan yang beretika dalam operasinya bagi mempertingkatkan reputasi dan memupuk kepercayaan di kalangan pemegang berkepentingannya. Ini sejajar dengan visi Kumpulan untuk menjadi pemain industri makanan dan perniagaan tani yang lestari di peringkat global. FGV terus berusaha untuk memperkasakan integriti dan pematuhan kepada kod tingkah laku dalam memerangi sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan mengiktiraf syarikat terkemuka menerusi pelaksanaan inovasi dan pencapaian luar biasa dalam industri masing-masing. Melalui proses penilaian analitikal yang ketat membabitkan beberapa pencalonan lain, Frost & Sullivan memperakui inisiatif dan amalan terbaik FGV dalam memastikan pematuhan terhadap sumber dan pengeluaran yang bertanggungjawab, hak asasi manusia, piawaian buruh, perlindungan kanak-kanak, kesaksamaan jantina, ekonomi pekeliling dan pengurusan biodiversiti dan hidupan liar seperti yang termaktub dalam tonggak Rangka Kerja Kelestarian Kumpulan FGV.

Sementara, Anugerah IBR ASEAN 2022 mengiktiraf organisasi dan pemimpin korporat yang mencatat prestasi cemerlang di rantau ASEAN. FGV dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Korporat Sektor Komoditi bagi Rantaian Nilai Lestari 2022 berdasarkan inisiatif contoh terbaik amalan kelestarian oleh panel juri.

Anugerah berprestij ini membuktikan usaha berterusan FGV mengutamakan ESG dalam operasi dan aktiviti perniagaan Kumpulan, sejajar dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Ini adalah pembakar semangat untuk meneruskan usaha ke arah pelaksanaan inisiatif ESG bersama rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan kami. FGV ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penganjur anugerah dan panel juri kerana mengiktiraf usaha kami.

“Sebagai pengeluar produk minyak sawit dan gula terbesar di Malaysia, kami tertakluk kepada piawaian kelestarian global yang semakin ketat. Kami menghadapi pelbagai cabaran berterusan dan kami berhasrat untuk mengubah naratif industri minyak sawit Malaysia menerusi Rangka Kerja Kelestarian Kumpulan kami yang merangkumi pertumbuhan ekonomi, menghormati hak asasi manusia dan melindungi alam sekitar. Di FGV, kami percaya kelestarian perlu diutamakan, barulah keuntungan dan pertumbuhan akan menyusul,” tambahnya.

TAMAT

 

Find